Salam Sayang Semua..
Andai langkah menyakitkan
ingatlah Allah kerana rahmat dari Allah
itu tidak pernah putus untuk hambanya
yg bertakwa dan baik pekerti.
Andai hari ini melukakan
memintalah hanya pada Ilahi..
Andai hari ini engkau insan kerdil
berpautlah pada kasih sayang antara kita
Andai hari ini membuat luka di hati
ingatlah cinta itu mengasyikkan
Andai dapat ku lari sudah pasti
impianku pasti akan tertunai jua
Ingatlah bahawa Allah itu
perancang terbaik.
Sesungguhnya kesudahan pada
kehidupan adalah kematian dan alam kubur
Maka setelah mati akan terpisahlah
dunia dan hubungan persaudaraan
antara kita.
Ingatlah aku tidak pernah terlupa
untuk mendoakan kebahagiaan dirimu
Andai langit akan runtuh
tabahlah menjungjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Xkan ku gemuruh selagiku ada kamu
Ingatlah anda Allah itu cinta
kepada hambanya yg soleh.
Andai pisau itu adalah kerjanya
menghiris ingatlah hati itu luka dgn kata-kata.
Hati kecilku mendoakan untuk diri ini
semoga bertemu insan yang penyayang
dan baik pekerti serta budi agar terubat
segala luka dan berbahagia selalu.
Manis itu ada pada matamu yg bulat
pahit itu ada pada bibirmu yg nipis.
Kesilapan semalam akan menghalal
segala dosa jika kamu meminta
dan memohon ampun dari Allah
Yang Maha Esa.
Ya Tuhan..Terima Kasih atas segala
kasih sayang dan ku pohon
seribu kemaafan di atas segala dosa
dan silap serta salah.
Lihatlah pada daun keladi yg tiada
meresap air yang lalu di atas nya.
Jadilah seperti aur dan tebing
yang saling memerlukan..=)
Thursday, March 1, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment