Salam menyambut kedatangan ramadhan
salam penuh kesengsaraan bagiku
salam penuh dgn tenang yg disemai
salam kasih sayang juga
Syukurlah sekarang masih cuti
cuti selama 2 minggu ini
aku isi dgn tidur yg cukup
dan isi dgn mencari kesejukan petang
bahagia yg seadanya mungkin
bahagia yg belum tentu realiti buatku
Malam kalau x di rumah
masjid lah tempat yg aku tuju
utk mencari redha Allah
aku bahagia begitu
syukurlah
Cuma tika dan saat ini
bagai ada satu makna
yg aku sendiri tidak dapat jelaskan
adakah sesuatu yang tak dijangka
pada raya nanti????
Aku cuma melalui
jauh sekali utk berharap
aku samar dan adakah
yg membelenggu aku selama ini
ianya semua itu akan berakhir???
Malam yg sepi
jika dilayan pun tidak
berair mata..hanya aku yg merasa
Ya Tuhan..aturkanlah yg terbaik utk aku
hanya doa yg mampu ku panjatkan
sejak dulu hingga kini
hanya itu...
Hadirlah jika sudah tentu ianya
terjadi hanya utk aku
menjelmalah..raikanlah
Tuhan driMu utk ku..
Tidak mampu aku nak jelmakan
apa yg bakal terjadi di hadapanku
sesungguhnya hidup aku ini
penuh dengan duniaku sendiri
tiada teman dan tiada tempat meluahkan
biarlah jika itu yg terjadi..pasrahku dgn doa
semoga hanya teman istimewa sahaja buatku
amin...
Segala yg aku usahakan
segala yg aku lakukan dgn penuh sabar
kini membuahkan dan menampakkan hasil
syukurlah...aku berterima kasih
bukan senang bagi aku semua ini
mungkin aku tidak bijak menghitung
mungkin juga aku lalai dgn apa yg aku lalui
Tidak ku rasakan pahit jalan yg aku lalui
kata orang rumput diseberang sana hijau
tapi bila dekat nampaklah cacat celanya
kata orang juga pahit yg kita lalui itu x dirasakan
setelah melalui barulah dapat kita menilai pahit itu..
biarlah..aku akan menghitung semuanya mungkin..
Tidak dirasakan pahit buat semasa yg melalui
takut utk melalui itu hanya pd mulanya
semasanya dibuang segala pahit dan diselami
di akhirnya itu barulah semuanya memberikan erti dan rasa
sesunguhnya hidupku jika penuh duri sekalipun
tidak ku terasakan...masih lagi melalui kehidupan
yang sempit tapi x pernah mengeluh dan merasakan seksa..
Sekianlah rasa...
*** Aku & Kehidupan..***
Wednesday, June 1, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment