Salam
langit nampak cantik bila bersama bulan
lorong yg kulalui semasa di alam kebudak2kan
berbasikal ke tempat mengaji quran
kudongakkan kepala melihat terang nun di atas sana
sewaktu di alam kebudakan aku
aku sememangnya x tahu
akan erti kepayahan yg baru kini aku sedari
Mungkin aku satu2nya perempuan
yg suka kepada malam
Saat indah dulu dan kulalui juga
sukarnya bila remaja dan dewasa yg muda
Pada siapakah aku patut persalahkan
apa yg terjadi pada diri ini
Segala apa yg ingin aku luahkan
telah kulakukan
Depan hariku..pada saat itu
hanya aku yg tahu
betapa indahnya bahagia
Akan ku kongsi apa yg ku rasa
akan ku luahkan selautan bumi indahnya dunia
Biarlah kini aku hanya berteman kata2
Biarlah kini aku hanya berteman keseorangan
Biarlah kini aku ratah semua kesedihan
dan kepahitan yg mendalam
Telah ku jadikan bunga apa yg busuk
mestikah ada satu perbandingan
sehingga keadaan ku kenali derita dan kenali bahagia
akan ku rungkaikan semuanya beda
yg telah kulalui dulu dan kini dan masa depan hariku
Segalanya bukan sia sia
segalanya amat memberikan terindah
segalanya telah sempurna bgku
apa lagi sayang
yg x boleh ku tempuhi
sungguh tiada yg lurah x dapat dituruni
Mungkin hari ini dan semalam
hanyalah satu kata2 sahaja
dan bukan kenyataan yg nyata
tapi jika belum terbukti nyata
akan kubandingkan ianya
dengan kenyataan yg pasti ku tahu jua akhirnya
Segala yg terburuk jua telah lahirkan
sesuatu yg terindah jua dalam hidupku
namun biarlah aku seperti wanita yg hanya
tahu indahnya cahaya bulan di langit tinggi
siang hari yg mentari panas itu adalah sehangat perjuangan
dan senja nan dingin matahari terbenam itu
sesudah melepaskan lelah umpamanya
X perlulah ku menerangkan segalanya
kerana kadang2 sesuatu itu lagi indah
jika takdir yg tentukan..
Hanya bicara malam minggu..
Friday, November 27, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment