Tuesday, April 27, 2010

Kehidupan

Bila berbicara tentang hidup kita memang tidak dapat lari dari membicarakan tentang suka, duka, cinta, kasih,
kecewa dan banyak lagi. Itu hakikat yang perlu kita terima, tak semua yang kita inginkan menjadi kenyataan,
semuanya adalah rencah kehidupan. Kita ambil contoh bila buat batik.Proses bermula dari kain putih kemudian kita corakkan dan penuhkan dengan warna-warni. Adakala warna ceria, adakala warna gelap, suram. Tapi tetap kita pandang menarik betul tak? Samalah dengan kehidupan kita, kita corakkan kemudian kita warnakan dengan warna warni kehidupan.


Bukan kehidupan kalau sentiasa penuh dengan ceria, begitu juga sebaliknya. Kalau kita menglami kekecewaan ....cuba.... kita renungkan kembali perkara yang menggembirakan kita kemudian ....cuba.... bangkit semula dari kegagalan itu. Orang bijak pandai cakap, bukan jd persoalan berapa kali kita jatuh, tapi berapa kali kita bangun setelah jatuh. Macam waktu kecil dulu, ingat lg? kalau tak Tanya ibubapa kita, waktu mula2 kita belajar berjalan dulu, jatuh, kita bangun semula seterusnya berjalan dan akhirnya mampu berlari sehingga hari ini. Dulu waktu kita belum mampu berfikir kita boleh lakukan kenapa tidak sekarang? Setiap kekecewaan adalah sejarah dan setiap sejarah adalah pengalaman dan pengalaman mematangkan kita. Ingat! Sejarah bukan untuk diulang tapi untuk dipelajari..... (Kata Org la bukan Kata saya OK)Untuk Tatapan Kita Semua.

Pada pandangan saya,kehidupan kita ni Tuhan dah bagi pakej yang lengkap,ada kekecewaan akan ada juga la kegembiraan.Jika kita bersedih hari ini mungkin hari yang mendatang akan buat kita gembira pulak.Kita kena ingat klu kita xpernah merasai kecewa kita juga xkan tahu mcm mana nak hargai kegembiraan.So apa jua yang kita lalui,hadapilah..itulah kehidupan..Cikgu saya pernah ckp..adanya perpisahan kerana adanya pertemuan..adanya kegembiraaan kerana adanya kesedihan.But Kita mesti Happy slalu!

No comments:

Post a Comment