Saturday, November 1, 2025

Aku Yang Dulu Engkau Sayangi,Mengapa Kau Tinggal Pergi ??

Salam Kasih Cinta Dan Sayang Semuanya =)

Dah lama x mengupdate blog,rasa dendam semakin ingin dibuka,harapan aku semoga kemerdekaan aku cepat menjelma,perasaan sakit hati ini terbuku kerasnya,tapi kutahan jua dan kuharungi deraian air mata,Ya Allah..jika kebenaran adalah milikku,tunjukkanlah Tuhan,dah lama aku derita dan dah lama aku bersedih hati,hanya kepadaMu tempat aku bermohon,Ya utk aku menjadi sejahat ini,aku telah menjadi org dan mereka yg sebaik2 manusia,sungguh pedih apa yg aku rasakan,tapi nasib x selalunya berpihak padaku,namun aku yakin jika Allah izinkan,maka akan terjadi dan hadir jua saat indah itu,waktu semakin meninggalkan kita dan samakin mencemburui kita,saat manis akan tiba jua dan sebelum itu tempuhi dulu air mata,


Teringat juga dulu,aku menangis seolah2 cinta sejati adalah milikku,namun saat itu hanyalah sementara sahaja ,ternyata manisnya cinta bukan aku insan yg merasainya tapi insan lain,biarlah biarlah walau itu semua terjadi,biar aku rebut dahulu cita2 aku dan cinta yg dulu aku rasa seorang diri ,terbiar dan terpendam seolah2 bom yg x terbunyi dan memendam dan x dapat dirasai ianya ada bahayanya dan bunyinya,aku masih x tahu apakah kenyataan dan keadaan yg sebenarnya terjadi,aku ditipu hidup2,biarlah andainya kenyataan itu bukan milik aku apa lagi hendak aku kesalkan,mungkin di depan hari ada hari gantinya yg bahagia aku yg terlepas dulu,akan berganti dgn perihal lain yg bahagia juga,perasaan kecewa ini aku tutupi seboleh mungkin,agar aku nampak bahagia2 sahaja,


Akulah manusia yg paling hipokrit sebenarnya,diluar nampak tersenyum bahagia tapi hakikatnya dalam hati hanya Tuhan yg tahu,betapa sakitnya menahan malu sejak dulu,betapa sakitnya menahan tangis,betapa sakitnya menahan kecewa dan sakit hati,sejak dulu kebabahagiaan bukan milikku,tapi milik dia,dialah seseorang yg meragut kebahagiaan aku sejak aku kecil sampailah aku berusia sehingga 38 tahun ini,Oh mungkin hari ini nasibnya baik kerana aku,dan nasibnya baik kerana mungkin juga hari ini hari dia dan esok lusa hari aku pula,betapa malunya aku dan keluarga aku,x mengapalah satu hilang yg akan datang banyak juga,tapi x perlu aku kesal apa2 sebenarnya,kerana apa yg aku hilang itu bukan sesuatu yg penting sangat bagi aku,dan x mengapalah dia x menginginkan aku dan dia boleh menggantikan aku dgn org lain,silakan,


Aku memang ditipu hidup2 sejak aku kecil lagi,dan aku x kisahlah kerana depan hari aku adalah milik aku seorang,segalanya telah aku cuba dan aku dapat memiliki,kekayaan,kejayaan,segalanya hanya utk masa depan telah semua aku miliki,tunggu masa nak bahagia sahaja,perihal mereka yg x puas hati dgn aku,aku x perlukan mereka semua dan mereka tidak penting sikit pun utk aku,aku bukan luah dekat siapa2 dan satu2nya tempat aku meluahkan masalah adalah di sini,iaitu blog aku,sudah banyak apa yg aku luahkan di sini,segalanya dan semuanya,jika tidak lalui semua keburukan ini mungkin tiada kejayaan sehebat ini,aku terpaksa lupakan cinta yg ada dulu,tidak ku cari ,tidak ku ingat,aku laluinya dgn samar dan ianya pudar dan ada,dan bukan pudar dan berlalu pergi tapi pudar dan ada ,samar,dan aku tidak ingat serta pudar rasa yg dulu membara,Cinta yg dulu hanya ujian bagiku dan cinta kini adalah sejati bagiku,


Malang sungguh nasib aku,walaupun cinta yg dahulu tidak bermakna sungguh2 bagi aku,tapi masih memerlukan kepastian,dan aku sudah berkata pada diri aku yg aku x akan mencari cinta dulu yg aku x tahu bagaimana keadaan dulunya semasa aku jatuh cinta dulu,yg penting aku akan berpegang teguh dgn cinta yg aku ada sekarang,tapi walaupun cinta dulu belum ada kepastian dan aku sesekali pun x akan mencari setelah pernah pada zaman manisnya dulu aku berair mata aku pernah sekali mencari,kini tidak lagi,andai dia boleh hidup tanpa aku,iye teruskan sahaja ,tapi tidak aku utk mencarinya lagi,aku akan pendamkan dan leraikan segalanya seorang diri,seperti mana kamu meletakkan aku dan meninggalkan aku di belakang dan aku juga semakin akan meninggalkan kamu semua di belakang,kalau kamu semua boleh hidup tanpa aku dalam hidupmu,iye teruskan sahaja kerana aku juga boleh hidup tanpa kamu dalam hidup aku,kamu buat aku macam sampah,dibuang tanpa fikirkan aku penting dlm hidup kamu,


Jika aku x penting utk kamu,biarkan aku hidup dgn cara aku sendiri dan pergi dari hidupmu,semoga kamu semua bahagia tanpa aku,dah lama aku derita dgn kamu semua,mulut x dijaga,asmara kamu yg menghiris hati,dan aku kau bunuh dan fitnah dan kau sakitkan hati ini,dan sakitkan terus hati ini,seolah2 tiada undang2 dapat menghakimi kamu,lambat cepat jer balasan akan tiba utk mu,semua kamu yg bermasalah dgn aku ini,kamu yg x lepas drp kesalahan,terserahlah pada kamu aku begini adanya,kalau ada yg sakit hati dgn ku hanya mereka yg iri hati dgn aku hanya mereka yg dengki,tapi sekalipun dengki xkan lah x boleh jaga mulut sampai nak jaga dalam kain org semata2 nak buat mulut utk nak puaskan hati kamu dan boleh buat kamu bahagia kalau kamu dapat mengata aku,Okay !! 😏😏😏

Luka Lama Dan Luka Baru,Perlukah Aku Berduka & Bersedih !!

Salam Hati Nan Meniti Kekuatan =)

Sejak akhir2 ni org lain senang hati jer,kita ni dilanda kemurungan,x mengapalah wahai hati,sy dah biasa dgn dugaan semua ini,mengharapkan sinar di penghujung jalan,sebelum ni mood aku okay2 ajer,entah lah mengapa,x tahu nak cakap macam mana,betapa tabahnya hati ini mengharungi segala kisah hidup ini,mengapa semua ini terjadi,apa ada salah diri ini sehingga aku memaksa diri ini utk kelihatan biasa2 sahaja,mengapa aku menipu diri ini utk tunjukkan yg diri aku ini biasa2 sahaja ,x selamanya aku di jalan susah ,cuma masanya belum tiba utk aku bahagia dalam hidupku,hancur hati ini,macam2 masalah dalam hidup aku,semoga kita semua temui jalan yg benar dan betul di akhir jalan nanti,


Masalah nombor satu dalam diri ini adalah cinta mungkin,mengapalah ini semua terjadi pada aku,kadang2 malu juga utk berhadapan dgn org sekeliling mengenangkan nasib diri kecewa seperti ini dipermainkan sewenang2nya,x perlulah aku ceritakan segalanya kat sini,cukup utk ku cerita cinta derita dulu kini berdarah kembali,aku dah cuba duduk di jalan yg betul,tapi kali ini sudah cukup bagus kerana aku sudah punyai kekasih hati cuma x dpt bersama kerana terpisah dek penangan Perang Z,banyak aku tipu org dan tip utk diri sendiri,aku sorokkan muka aku yg kecewa dan sorokkan juga hati yg hancur ini agar tidak kelihatan di mata org,sebab aku x mampu mencari kebahagiaan segera utk mengubat hati ini,hati ini mundur telah sekian lama,jangan kau kata ringan dugaan yg aku tanggung ini,kalau mahu tgk keadaan sedalam mana kehancuran hati aku,tgk lah byk mana kemusnahan yg terjadi semuanya,


Peluang x datang banyak kali,jika hari ini kamu persiakan peluang mungkin esok hari dah tiada lagi peluang utk engkau,kerana sebab kamu semua aku terluka,nanti atau lepas ini kalau kamu kecewa jangan cari aku lagi ,kerana sudah banyak peluang yg aku berikan utk kamu tapi kamu semua sia2kan,kamu bukan sahaja menempah masalah malah putusnya hubungan kita adalah putus utk selama2nya,jangan kamu semua cari aku lagi,sudah cukup aku terseksa zahir batin kerana perbuatan korang,sampai ke hari ini aku tidak tahu apa salah aku sehingga penyeksaan zahir batin ini terjadi pada aku,percayalah awk semua,di antara kita semua adalah di saat kamu bahagia adalah derita bagi ku dan di saat kamu derita itu lah bahagiaku,jadi yakinlah tiada buta mata utk melihat semua itu,penantian suatu penyeksaan,sedarkah kamu sejak dulu sehingga kini kamu semua telah menyakiti aku,hanya aku sorang yg derita antara kita,


Kamu semua terlalu manja dalam melalui semua ini sedangkan aku menempuhnya dgn kekuatan dan penuh kesabaran,kalau nak lihat sekuat mana kesabaranku,kamu lihatlah berapa banyak kegembiraan kamu semua kumpul dalam melalui semua ini,betapa hanya aku sorang sahaja yg derita di saat kamu bahagia,aku cuba mengbangkitkan kehancuran kisah silam kamu semua dgn ilmu,x putus2 curahan ilmu yg ku berikan,apa baktimu pada negara ? apa curahan mu adakah hubungan intim dan cinta membara ,adakah hanya itu ? X kisah nak bercinta bila jadi figure ,kenapa kemunculan cinta kamu berdua seolah2 macam maksiat yg mengajak mereka yg kurang iman juga kembali rancak ? X terfaham mengapa terjadi punah ranah anak2 bumi Malaysia,cinta yg membara dulu,hancurlah lebur dan punah,betulkah begitu ? Kini aku yg kamu tinggalkan dulu,bangkit sorang2,


Nak kata maksiat apa yg kamu semua buat,aku sendiri x pasti ,apa pun segala hitungan amal akan dihitung jua nanti,banyak lagi apa yg terbuku dalam hati aku,tapi kini dah rasa lega sikit dapat luah kat sini,yg lain nanti2 lah aku lepaskan kat sini,kisah upin dan ipin yg menunjukkan bahawa apa yg kamu tekankan adalah hubungan intim semata2,terpulanglah pada kamu semua utk buat apa,sy x berdaya utk mengubah kamu semua,hanya undang2 yg dapat mengubah kamu semua,biarlah undang2 yg tentukan segala kesalahan dan kesilapan kamu semua,dan utk kamu yg telah melukakan hati ini,ingatlah awk sepandai2 tupai melompat,akhir2 nanti akan jatuh ke tanah jua,aku x ada benda nak buat utk hati aku yg kosong ini,hidup fokus pun rasa stress juga,x mengapalah begini pun,apa org kata sikit2 lama2 jadi bukit,sekarang lapar lama2 nanti akan kenyang juga bila dah makan,X gitu ker,


Tolonglah Tuhan,aku tahu Kau sangat sayangkan aku,Kau beri semua apa yg aku minta,Terima Kasih Tuhan !! hanya Tuhan tempat aku mengadu dan meminta,malangnya nasib aku tapi masih lagi bernasib baik,segala cita2 tercapai dan segala apa yg aku nak aku dapat,tapi bukan sekarang utk aku rasai semua itu,sabarlah wahai hati,dgn dugaan ini aku menjadi lebih kuat ,kuat dalam menjalani keadaan walau sakit jalan nya walau mudah jalan nya,aku boleh hadapi segala nya,itu lah yg mahal yg aku x dapat beli dgn duit,dalam melalui semua ini,memang sakit harungi dugaan ini,memang aku banyak masalah dalam hidup,semua datangnya drp org lain dan diri sendiri sikit jer masalah nya,Aku akan terus berdoa semoga diri ini bahagia nanti,Penat juga lalui ini semua,lelah,letih,Jom lah kita bahagia dan ke arah rahmat Allah, kerana itu adalah jalan rahmatNya dan RedhaNya,Amin3

Kau Ada Otak,Aku Ada Hati ! Kau Ada Hati,Aku Ada Otak ! So..??

Salam Kepasrahan Di Antara Kita =)

Apalah sangat dengan derita yg sedikit ini kalau nak dibandingkan dgn pemberian Allah kepada hambanya di dunia ini,banyak yg x terhitung maknanya dan nilainya,walaupun aku terpaksa bersusah payah dalam hidup aku,semasa aku dalam perut mak aku lagi sudah bersusah payah dalam mengharungi hidup susah bagi insan seperti aku ini,Tuhan ciptakan manusia ni x semua nya sempurna,tapi penuh dgn kelebihan dan kekurangan,tapi bagi kita semua walaupun penuh kekurangan kita tabah hadapi dan dalam kelebihan kita pulak,bangga kita tempuhinya,


Namun,kisah hidup aku penuh kekurangan aku dibesarkan dgn serba kekurangan oleh keluarga ini,bukan dengan kemewahan oleh keluarga aku sendiri,dihantui pula diwarnai oleh ngeri2 kehidupan,yg x sanggup aku ceritakan,kenapa yer Tuhan ciptakan hantu dikehidupan manusia ini ? penuh ngeri kehidupan manusia ini,bukan seekor Tuhan ciptakan hantu,dan bukan sejenis sahaja hantu yg ada kat dunia ini,ngeri nak diceritakan,itulah keadaan yg membuatkan Tuhan kenyang dlm menjadikan bumi utk manusia,bukan bumi sahaja yg Tuhan cipta utk manusia ,malah ada bumi2 di alam lain yg kita x pernah terfikir,


Malang sungguh hidup aku,kerana mencari gaduh dgn Tuhan, kini hidup aku penuh masalah,Tuhan menghukum aku,dan membelenggu aku dgn pelbagai masalah yg x aku inginkan,namun aku x mahu merempat di bumi Allah ini,akan ku bangkit berdiri dan berdoa semoga hancur segala impian Allah utk tgk aku jatuh dan tersungkur dan menangis derita,dia menjodohkan aku dgn seorang manusia yg aku benci dan dia menjadikan aku lahirkan beratus anak di rahimku,sesungguhnya Tuhan memang ingin mencari gaduh dgn aku,ini semua terjadi tiada punca lain ,hanya satu iaitu dia dengki dgn aku,kerana dia punyai hati yg dengki dan iri,maka Dia membuat nasibku sedemikian rupa,


Tuhan,kamu kena ingat dgn kamu menjadikan hidup insan lain derita dan jatuh ,xkan menjadikan kamu di atas dan terus tersenyum tanpa merasa sekuman hidupMu sedih,kamu kena ingat yg hidup ini sekejap kita kat atas dan sekejap kita kat bawah,kamu xkan merasa hidup ini selamanya kamu akan bahagia,hal ini bukan hanya kamu yg perlu mengerti malah manusia juga terutamanya,sememangnya manusia ada hati dan Tuhan juga punyai hati,so kita sama2 merasa hidup kita ini berada di atas kita akan tersenyum riang dan berada di bawah kita akan masam mengcuka,bila kita katakan kehidupan itu adalah perjuangan,dan juga pilihan,hidup ini pilihan dan memilih,baik kita pilih baik lah hidup kita,buruk kita pilih buruk lah hidup kita,percayalah dan pilihlah sebaik mungkin utk hidupmu,


Tuhan,memang kau berkuasa ciptakan segalanya tapi kau jangan lupa yg hati mu yg membentuk hatimu yg menjadikan hatimu kadang2 kamu diganggu oleh bentuk hatimu yg bukan pintamu,kamu iri kerana kamu x mampu menjadikan hatimu terbaik kerana hatimu itu bukan pilihan walau pun hidup ini pilihan,hatimu boleh memilih,namun jika hatimu ingin iri atau dengki atau suka atau duka,itu maknanya apa yg lahir drp hati,bukan kehendak kita,bukan nya duka suka kita yg pilih, Kamu jangan ingat apa yg kamu buat kepada org lain atau dekat manusia tiada balasan,samada baik atau buruk pasti ada balasannya,bezanya cuma cepat atau lambat jer,cuma itu,Iya ! Memang kamu berkuasa tapi kuasa takdir xkan bisa kamu melawannya,


Berbicara soal takdir pula,x kiralah kamu Tuhan atau kamu manusia waima binatangkah kami,takdir hanya sukakan mereka yg berhati mulia sahaja,percayalah hanya manusia yg baik yg mampu menjadikan hidupnya seindah impian ,jangan lah hendaknya otak kita selalu memikirkan perkara yg buruk sahaja,kerana kesan yg akan terjadi juga adalah kesan yg buruk2 sahaja,selalu2 lah dan biasakan lah memikirkan benda2 yg baik kerana ia akan membimbing kita utk berjumpa benda yg baik sahaja di hadapan sana dan di depan hari kita dan kebaikan kita memikirkan benda baik2 ,kita sudah mengasuh hati kita,otak kita ,utk memeriahkan keadaan dan hati kita akan suka jer selalu kerana berhadapan dgn benda yg baik,malah kehidupan makin tenang,Sekian !