Tuesday, April 1, 2025

Duhai Cahaya Hatiku,DiKau Permata Hatiku !!

Salam Kesedihan Dan Kasihan Utk Semua !! =(

X tahu nak cakap macam mana,kes dera kanak2,bila tgk kes fail mahkamah kat tv3,sedih tgk anak2 kecil yg harus dimanja ini diperlakukan secara tanpa belas kasihan didera badan mereka,emosi dan minda,termasuklah jugak melakukan amang seksual terhadap kanak2,pernah aku tgk dalam fail mahkamah seorang kanak2 perempuan kalau x silap,didera ayah mereka sendiri secara melatih komando,Ya Allah di mana jiwa kita sebagai manusia atau seorang dewasa ,di mana perasaan kita dan bagaimana sikap kita,macam mana utk kita perlakukan dari diri kita terhadap kanak2, jika dan kalau kita seorang dewasa yg waras kita semestinya mesti ada perasaan kasih sayang,belas kasihan dan perasaan sayang dan ingin memanjakan kanak2,di mana kewarasan kita sebagai seorang dewasa atau ibu bapa kalau kita x punyai perasaan utk memanjakan kanak2,itu melambangkan anda dan sikap anda di kedudukan yg paling teruk,masalah apa dgn sikap dan perasaan kita sehingga kita bersikap demikian !


Kanak2 ini,mereka golongan yg lemah,bukan sahaja kes dera atau buli,disekolah ada juga di peringkat sekolah rendah am nya,ada di kalangan guru yg melakukan hukuman terhadap pelajar yg tidak sepadan dgn kesalahan pelajar,Ya Allah..sesuka hati jer ye,cikgu2 nak lakukan hukuman yg berat di atas kesalahan yg terlalu ringan atau x setimpal dan x de kesalahan pun ,ada guru yg suka pukul2 atau cubit pelajar,dan ada guru juga yg melakukan kesalahan seperti meluahkan kata2 kesat kepada pelajar,ini adalah perangai dan sikap teruk guru dan bukan salah apa2,tapi cikgu yg xde pendirian dan xde sahsiah yg baik,aku semasa di sekolah rendah dulu,ustaz ustazah ada juga cubit bahu dan cubit telinga,dan masa di sekolah menengah kena angkat kerusi kerana x lepas target matematik utk dapat gred B,pernah juga sekolah rendah,cikgu math merendah2kan pencapai kami semua dgn meluahkan kata2 kesat seperti kami ini xde perasaan !


Apalah sangat salah kanak2, sekalipun dia salah,kita sebagai org dewasa kalau waras sudah tentu kita melayan karenah mereka sebaik mungkin,aku kan kalau nak banding kesalahan2 yg ada,yg aku x boleh terima adalah kes penderaan kanak2,kalau kes ini x dilaporkan kepada pihak berkuasa contohnya pihak polis,aku yakin kes ini terus berleluasa dan semakin meningkat,jika kita semua ambil peranan masing2,dan saling ambil berat tentu kita semua akan aman kerana x lagi mendengar kes2 dera kanak2 ini,ada juga kes yg aku dengar ibu dengan bekas kekasih dera anak,ada juga aku dengar kes dera kanak2 oleh pengasuh dan sekarang ini pula kanak2 diliwat dan ada juga kanak2 umur 2 tahun mati sebab dirogol,kau bayangkanlah budak 2 tahun baru tu,bukan sama umur dgn pelaku,sudah2 2 hari jer hidup then mati,budak2 ni kalau kesalahan paling berat pun dia buat,kalau kita waras dan tahu apalah angat mental dia kan,masih mentah,sudah2 kita maafkan juga,tapi kenapa dgn kamu wahai org dewasa,bersikap seperti binatang dan xder perasaan belas kasihan !


Jika anda sebagai org dewasa kalau xder perasaan kasihan dan dalam kasih sayang terhadap kanak2,x payah kahwin,x payah pelihara kanak2 nanti x pasal2 kamu melakukan kesalahan dan keganasan terhadap kanak2,nak kahwin terlebih dahulu anda perlu ada ilmu keibubapaan,ilmu menjaga anak2,kalau xder ilmu tu semua ,x payah nak ada anak,nanti x pasal2 anda dalam penjara,dalam penjara x per lagi,takutnya ke tali gantung kalau anak anda mati sebab tangan kaki anda sebat anak dan sepak terajang anak,kadang2 aku rasa bagus juga kes2 mahkamah seperti yg disiarkan di tv3,boleh jadi pengajaran utk org lain dan kita semua,ke manalah kemanusiaan kamu,kalau anak kau x mati x per,nasib kau baik tapi andai kata anak kau mati di tangan kau, sah kau di tali gantung,banyak kes2 bunuh juga di sebabkan oleh perkara kecil tapi boleh membawa ke kes bunuh,Okay habis kes bunuh jiwa kanak2 dan dera kanak2,aku nak sentuh pula kes dera anak tapi anak x mati,kau masih beruntung org dewasa kerana anak kau masih sayangkan kau,maksudnya kau x dia bawa ke tali gantung !


Kadang2 ada juga kes kanak2 anak yatim duduk di rumah amal seperti dalam berita tv3 di liwat dan di dera yg ustaz merotan anak2 ,sehingga meronta kanak2 tersebut,dera tubuh badan memang x boleh di terima oleh mana2 manusia biasa pun,tapi kalau nak dibandingkan kes dera dan kes buli,pernah terjadi di kalangan pelajar sama pelajar sehingga mati kawan dia pun ada,macam yg terjadi dekat penuntut UPNM,pelajar sama pelajar dera kawan diorang sendiri,last2 semua yg dera kawan dia tu kena hukuman mati,lama juga kes tu,aku x cakap org lain, aku sendiri pun mangsa buli masa kat sekolah menengah dulu,kes dera dan buli ini x boleh dipandang ringan oleh sesiapa pun,kalau x luka badan pun,luka emosi pun boleh jadi mangsa akan menangis dan sedih dan merana serta tertekan,ini akan menggangu mangsa utk belajar dipotensi yg paling baik dan memusnahkan masa depan mangsa,sampai ke hari ini ,luka masih dalam dan belum sembuh2, Tekanan yg diterima menjadikan hidup tidak bahagia dan derita memanjatkan doa !


Sesungguhnya,marilah kita sama2 tangani masalah dera dan buli kanak2 ini,sanggupkah kita ada di kalangan anak2 kita kalau jadi mangsa dera dan dibuli seperti yg di siar2 dalam media atau tv,agaknya beginilah pemangsa iaitu seorang yg kurang iman tapi kan ada ramai juga di kalangan kita sembahyang x tinggal pun sanggup melakukan perkara terkutuk itu,begitulah kalau dah ketandusan dan kehilangan tamadun,x berfikir dahulu sebelum buat,pepatah ada mengatakan bahawa sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna,tapi aku sebagai manusia yg ada perikemanusiaan ini akan selalu berdoa agar disorok bagaimana sekalipun semoga terbongkar jua kes2 dera dan buli ke muka pengadilan,Amin3..Wahai anak2 ,sy sebagai insan bernama cikgu,harapan sy x mahu lagi melihat perbuatan yg tiada perikemanusiaan ini terjadi lagi walaupun ianya terjadi dari bukan kalangan kaum kerabat sy sendiri,katakan tidak kepada dera dan buli !! 😭😭

No comments:

Post a Comment