Tuesday, April 1, 2025

Bermulalah Ketenangan,Kerna Ku Mahu Kebahagiaan,Setelah Kekalutan Fikiran =)

Salam Keabadian Cinta Dan Puncak Cinta Semua =)

Bercinta dgn kamu semua memberikan aku seribu pengalaman pahit dan kini barulah aku semakin merasai manisnya cinta,x kiralah aku bercinta dgn pemuda remaja atau pemuda awal dewasa atau sama juga dgn pemuda dewasa serta boleh dipanggil tua,pada mula2 aku bercinta adalah apabila aku ada dan punyai fon,tapi aku mula minat2 dekat lelaki ni sudah lama bertapak,Huhu..iaitu sejak zaman sekolah menengah lagi,dah ramai sudah yg aku minat dalam hati ini tapi walaupun begitu,aku x mungkin mengubah janji aku pada diri aku iaitu bahawa aku xkan couple sehinggalah habis form 5,dan aku betul2 tepati janji aku yg aku x couple pun sehinggalah habis form 5,bila tiba form 6 di SMK Kamil bermulalah kisah cinta aku betul2 jatuh hati kepada seorang lelaki,sejak itu aku menghadapi pelbagai dugaan dalam cinta dan persahabatan,aku pindah sekolah ke SMK Bukit Jawa,di sini banyak kisah yg terjadi pada aku,nak ker korang tahu kalau aku ceritakan ?


Di SMK Bukit Jawa,3 kisah besar yg terjadi,pertama aku gagal cinta pertamaku dan di sini aku telah kecewakan rakan sekelasku yg menaruh hati padaku,aku sikit pun x memberi hati aku ini padanya dan dia betul2 kecewa dgn aku ,lantas dia pun bercinta dgn org lain,mungkin cinta aku bukan padanya,aku masih setia dgn cinta pertamaku yg telah aku gagal dlm cinta itu,Kisah Kedua pula, aku menjadi mangsa buli sekumpulan perempuan iaitu rakan sekelas dgnku,ada sebab aku dibuli iaitu mereka semua tahu kisah cintaku dgn cinta pertamaku,malas aku nak buka cinta lama dan cerita lama,biarlah berlalu semuanya,Akibat drp peristiwa itu hati aku menangis selalu dan aku pergi sekolah pun ada hari aku x pergi ada hari aku pergi,kerana stress dgn geng mereka sampai pelajar lelaki kelas aku pun takut dgn geng dia,teruk aku kena buli dan sekarang pun hati masih remuk dan kesan luka masih ada,Ketiga aku adalah pelajar terbaik STPM di SMK Bukit Jawa pada tahun 2006,aku benar2 x sangka aku pelajar terbaik di sekolah itu,mujurlah aku drp aliran sains form 6 kepada aliran kemanusiaan ekonomi form 6 dr SMK Kamil ke SMK Bukit Jawa !


Setelah aku gagal cinta pertamaku yg aku hanya ada rasa cinta tapi x pernah bercinta pun,aku kenal ramai lelaki setelah aku habis sahaja form 6 di form 6 hanya seorang lelaki yg aku bermesej iaitu Malik,lepas tu aku kenal Papa ,Along dan Iwan diorang banyak kikis kredit fon aku dan Along byk berhutang dgn aku iaitu RM 350 kalau x silap aku,lepas tu aku kaluar makan dgn lelaki yg pakai kereta kancil merah di pasir puteh dekat bank BSN lama,Papa aku keluar 2 kali jer,keluar pegi kat saloon dan keluar naik kereta kat rantau panjang rasanya,yg aku cerita kat sini ni hanya yg aku ingat sahaja lah,banyak sangat cerita sampaikan lupa,aku kalau couple pun,kejap2 jer x sampai bertahun tapi 2 3 bulan jer then putus, dgn Along pula aku x pernah keluar hanya kawan dalam fon jer dan dgn iwan pula dia ni naik motor RXZ jenis lama,aku selalu bermotor dgn dia,ada kisah masing2 antara aku dgn papa,along,dan iwan,iwan aku paling lama couple dgn dia seingat aku 2 3 bulan juga dan kalau aku stress dan nak lepaskan stress hanya dekat dialah,papa keja kantin sekolah,along edar dadah dan iwan keja buat rumah batu !


Apa lagi yer yg aku ingat,Hurmm setelah keputusan STPM keluar aku mintak UPSI pilihan pertama Pendidikan Khas,dgn itu aku kena hadiri ujian Medsi dan temuduga juga aku lulus,berjayalah aku masuk UPSI dalam bidang Pendidikan :Pendidikan Khas,awalnya sampai sem 3 ,aku belajar dgn x semangat langsung,sem 1 dan sem 2 aku belajar okay lagi tapi dgn hati masih remuk dan dalam diri ada hantu2 dan masih terkejut dgn kes besar buli kat SMK Bukit Jawa dulu,Sem 3 aku main2 aku x pergi kelas dan x buat tugasan dan hanya duduk dan tidur dalam bilik jer,rupanya ada something yg terjadi tahun 2007 dan 2008,peristiwa yg amat dahsyat,sebelum tahu keputusan STPM aku keja jadi org gaji dan baby sitter rumah Datin dan anak dia org ke 2 besar Petronas di KLCC,Tibalah pula cerita tentang aku pula semasa di sem 1 dan 2,minggu Orientasi terganggu juga otak ni,cabaran belajar di Uni hanya hantu2 dalam diri aku jer,menari poco-poco pun x lepas,sem 2 duduk dgn kakak2 matematik ! ada kisah yg terjadi dgn mereka dan rakan sebilik !


Sem 3 aku buat onar,aku x kenal banyak lelaki utk lepaskan frust aku dgn cinta pertama aku dulu,Berlakulah peristiwa perang yg sehingga kini masih lagi bernyawa !!! Lelaki yg bernama Rosmawi aku kenal entah lah,drp salah nombor kot,pernah ada beberapa peristiwa antara aku dan dia,cuma aku x ingat jer,kenangan antara aku dan dia,Sem 3 result aku 1.26 rasanya,aku gagal dan kena ulang sem dan kertas,aku extand 2 sem then masuk sem 4 aku duduk Bahtera Terrace,Sem 5 aku extand lagi 1 sem,then barulah dapat habiskan study sem 6,7 dan 8,aku lalui proses2 study dgn banyak cabaran dgn makan ubat lagi ,jumpa doktor di HUSM kubang kerian,duit xde,stress cinta,stress study ,stress studylah yg paling mencabar dan stress perang iaitu aku gelarkan perang Z,sudah aku jelaskan stress study iaitu banyak proses dan ulang alik situ sini,ada sem 5 ke sem 6 aku ambil 24 jam credit,penuh beb,dalam perang Z ada 3 lelaki terlibat dalam perkahwinan dgn puteri Kayangan iaitu Zulaikha,dan x pasal2 3 lelaki tersebut telah menjamah tubuh aku dan sekaligus mengambil dara aku,Perang Z banyak cerita dan kisah yg terjadi,ada masa aku cerita !


Perang Z adalah perang tersembunyi,masuk Sem 4 aku nak cerita tentang cinta pula dan bukan Akademik,Aku kenal Shamsul iaitu lelaki yg aku minat masa aku form 3 dulu,dia yg kenalkan aku dgn yahoo massegger,bermulalah kisah cinta aku dgn lelaki dan aku meluahkan rasa kecewa dan rasa frust aku kerana di dalam group ym aku ramai kenal lelaki,ada macam2 lelaki aku kenal dan macam2 kerja,nanti ada masa aku cerita lagi,aku berhutang cerita dgn kamu semua tentang perang Z dan kisah ym,ada juga aku kenal lelaki salah nombor askar yg ada kelulusan PMR jer iaitu Yie,aku yakin kalaulah aku couple dgn mana2 lelaki dan meluahkan cinta pasti akan terubat luka di hati dan frust cinta ini akan sembuh,sejak aku kenal ym banyak kisah yg terjadi,aku bersyukur walaupun aku frust cinta masa tu tapi pelajaran aku x pernah lupa dan kini aku sudah berjaya,Kini aku sudah berjaya dan aku sudah semakin bahagia,Terima Kasih Allah !!

Hati Nurani Yang Suci,Menzahirkan Kata Nan Indah Dan Murni =)

Salam Kebaikan Hati Nurani Yang Suci Semuanya =)

Yang paling aku x tahan,mereka2 yg cepat dan mudah terasa hati,kenapa yer dgn hati kita ? Org tegur sikit pun nak ambik hati,padahal kenyataan kot,dan apa yg org tegur tu sekadar gurau2an jer,ada juga di antara kita bukan org sumpah seranah kita pun,tapi org sekadar bergurau atau pun x sengaja bertanye,tapi kita ni mudah sentap,kalau kita ni mudah terasa hati sampai org kena berhati2 dan jaga mulut dan beringat2 dan berpesan2 yg mengatakan kita ni x boleh cakap lepas kerana si Z ni mudah terasa hati,kadang2 org x kata kita pun,tapi kalau org sentuh pasal adik beradik si Z atau mak ayah dia,mulalah nak masam muka dan terus sound depan2 dan cari gaduh dgn org,Kadang2 org yg mudah terasa hati ni suka angkat2 adik beradik dia atau mak ayah dia,kadang2 juga si Z ni lebih suka rendahkan diri dia dari kaum kerabatnya yg lain,si Z ni kalau kita puji2 kaum2 si Z,barulah suka hati dia dan lebih rapat nak kawan dgn kita !


Aku dulu dan mungkin sekarang pun ,pernah digelar mulut lazer,tapi aku rasa aku xlah teruk sgt ,sekadar bergurau jer tapi mungkin ada yg terasa hati,pernah bergaduh juga dgn dan kerana mulut aku ini,dan pasal ada di antara kita yg kita gelarkan si Z iaitu org2 yg mudah terasa hati,si Z ni bukan sahaja suka dipuji2 tapi kalau kita x dengar cerita dia pasal dia angkat kerabatnya mulalah nak terasa hati dan mungkin juga si Z ni lebih merendah diri kalau bersama dgn kerabatnya tapi bila dia bergaul dgn org lain atau org luar,dia banyak mengalah bercerita tentang dirinya tapi lebih banyak bercerita tentang kerabatnya,kalau kita olok2 seronok mendengar ceritanya tentang kerabatnya itu,dia lagi seronok dan mula bersemangat nak kawan dgn kita dan x mustahil kalau kita selalu bertanye2 tentang kerabatnya ,si Z ni semakin berani dan semakin bersemangat nak membuka cerita yg baik2 sahaja tentang kerabatnya itu,kadang2 kita x sedar kita ni mulut lazer ke x ,dan kadang2 kita x sedar kita ni mudah terasa atau x !


Bagi mereka yg mulut lazer,kamu yg di cop mulut lazer kadang2 kamu ini adalah mereka dari golongan mereka yg suka berterus terang dalam meluahkan kata ,tapi ada bezanya antara org yg bermulut lazer dgn org yg suka berterus terang,kadang2 kamu sengaja dicop mulut lazer tapi sebenarnya kamu tidak bermulut lazer,mereka yg mengecop kamu mulut lazer itu adalah mereka yg mudah terasa kadang2 dan bukan salah kamu,ada juga dikalangan kamu yg mudah terasa tapi kamu mengatakan org yg salah kerana telah membuat hatimu terasa,padahal kamu yg salah kerana sebenarnya kamu adalah insan yg lemah sebenarnya, bukan salah org berterus terang mengatakan segalanya tentang dirimu, tapi hatimu x bisa menerima kebenaran,tapi percayalah kalau kita jenis yg mudah terasa x ramai org yg suka berkawan dgn kita sebab org akan rimas dgn kita kerana selalu kena berhati2 dalam meluahkan kata2 kepada kita,tapi bagi aku lah,aku jenis yg tahan maki !


Ya,aku jenis yg tahan maki,bak kata org x hidup dek puji x keji dek maki,itulah aku,aku dah biasa hidup dgn kata2 org dekat diri aku,aku dah biasa,tapi cuba anda bayangkan kalau anda dah kahwin dan selalunya org wanita kadang2 yg mudah terasa ni,si Z ni kalau ada mertua akan x disenangi mertua kalau kita ni mudah terasa hati kerana mertua takut utk tegur perangai kita,kita juga x di senangi ipar duai,yg boleh berkawan tanpa bergaduh, x kiralah salah si Z ker atau salah org lain ker adalah mereka yg x mudah terasa hati dan mereka yg sedar dan boleh terima teguran ,kekurangan diri mereka masing2,alangkah bahagianya kalau dapat menjadi mereka yg berhati mulia,x mulut lazer dan x mudah terasa hati, kita akan disenangi oleh sesiapa pun,org akan suka berkawan dgn kita dan kita akan disayangi org,tapi jika kita jer sering jaga hati org tapi org2 seperti kaum si Z ni x pun jaga hati kita dan hanya si Z jer nak suh kita jer jaga hati dia,siapa larat wei, Deralah sikit hati supaya tahan maki kerana hati yg kebal itu adalah hati yg disenangi Allah ! 


Memiliki hati yg x mudah terasa boleh menjadikan kita insan yg kuat jasmani dan rohani,kalau anda nak jadi tentera sebagai contohnya anda kena miliki hati yg kebal dan kuat,dalam kehidupan yg penuh cabaran ini,berbagai manusia yg kita jumpa ada yg mulut lazer dan ada yg mudah terasa,jadi kita pilihlah kawan2 yg baik tutur kata agar kita x diperlakukan sesuka hati bila berhadapan dgn org bermulut lazer,dan org yg mudah terasa hati ini,bukan anda x boleh terasa hati tapi kalau hal kecil2 jangan lah mudah sgt terasa ,kadang2 org tegur sikit jer,tapi terasa hati kita tu boleh menimbulkan pergaduhan,Tiada istilah mulut lazer bagi mereka yg ingin menegur sesuatu yg ternyata salah,cuma bezanya adalah mereka tegur dgn cara yg lembut dan berbahasa,dan bagi mereka yg mudah terasa,janganlah kerana hal2 kecil kita nak gaduh,hati mereka yg mudah terasa ni akan dibenci oleh sesiapa pun,fikirlah semasa kamu puji2 dan mengangkat maruah kaum kerabatmu,org terpaksa tahan telinga ! 


Bagi mereka yg mudah terasa,semasa kamu puji2 dan mengangkat maruah kaum kerabatmu ,org terpaksa tahan telinga ,kamu jer x tahu betapa org sabar tahan telinga dengar cerita kamu itu si Z,bukan org tahan telinga sebab org suka dengar tapi sebab dia nak jaga hubungan persahabatan dgn kau,tapi kau jer yg x mengerti,kalau dia tegur kau nanti kan kau pulak si Z,terasa hati,aku harap kita semua akan jaga mulut kita jangan terlalu lazer dalam meluahkan kata2 dekat org dan si Z iaitu org yg mudah terasa hati ,belajar2 lah keraskan hati ,tapi bagi aku hanya mereka yg x naik dek puji dan x mati dek keji sahaja yg boleh hidup dalam dunia ni,belajarlah si Z utk menjadi mereka yg x terhina dek keji, barulah kita akan bahagia dgn hidup dan org pun akan suka utk berkawan dgn kita,anda mampu mengubahnya si Z iaitu mereka yg mudah terasa hati ini,org benci kalau kita asyik nak masam muka dgn org,org tegur utk kebaikkan kita bukan utk menjatuhkan maruah kita atau mengaibkan kita,harap anda mampu mengubahnya ! 🙄🙄

Duhai Cahaya Hatiku,DiKau Permata Hatiku !!

Salam Kesedihan Dan Kasihan Utk Semua !! =(

X tahu nak cakap macam mana,kes dera kanak2,bila tgk kes fail mahkamah kat tv3,sedih tgk anak2 kecil yg harus dimanja ini diperlakukan secara tanpa belas kasihan didera badan mereka,emosi dan minda,termasuklah jugak melakukan amang seksual terhadap kanak2,pernah aku tgk dalam fail mahkamah seorang kanak2 perempuan kalau x silap,didera ayah mereka sendiri secara melatih komando,Ya Allah di mana jiwa kita sebagai manusia atau seorang dewasa ,di mana perasaan kita dan bagaimana sikap kita,macam mana utk kita perlakukan dari diri kita terhadap kanak2, jika dan kalau kita seorang dewasa yg waras kita semestinya mesti ada perasaan kasih sayang,belas kasihan dan perasaan sayang dan ingin memanjakan kanak2,di mana kewarasan kita sebagai seorang dewasa atau ibu bapa kalau kita x punyai perasaan utk memanjakan kanak2,itu melambangkan anda dan sikap anda di kedudukan yg paling teruk,masalah apa dgn sikap dan perasaan kita sehingga kita bersikap demikian !


Kanak2 ini,mereka golongan yg lemah,bukan sahaja kes dera atau buli,disekolah ada juga di peringkat sekolah rendah am nya,ada di kalangan guru yg melakukan hukuman terhadap pelajar yg tidak sepadan dgn kesalahan pelajar,Ya Allah..sesuka hati jer ye,cikgu2 nak lakukan hukuman yg berat di atas kesalahan yg terlalu ringan atau x setimpal dan x de kesalahan pun ,ada guru yg suka pukul2 atau cubit pelajar,dan ada guru juga yg melakukan kesalahan seperti meluahkan kata2 kesat kepada pelajar,ini adalah perangai dan sikap teruk guru dan bukan salah apa2,tapi cikgu yg xde pendirian dan xde sahsiah yg baik,aku semasa di sekolah rendah dulu,ustaz ustazah ada juga cubit bahu dan cubit telinga,dan masa di sekolah menengah kena angkat kerusi kerana x lepas target matematik utk dapat gred B,pernah juga sekolah rendah,cikgu math merendah2kan pencapai kami semua dgn meluahkan kata2 kesat seperti kami ini xde perasaan !


Apalah sangat salah kanak2, sekalipun dia salah,kita sebagai org dewasa kalau waras sudah tentu kita melayan karenah mereka sebaik mungkin,aku kan kalau nak banding kesalahan2 yg ada,yg aku x boleh terima adalah kes penderaan kanak2,kalau kes ini x dilaporkan kepada pihak berkuasa contohnya pihak polis,aku yakin kes ini terus berleluasa dan semakin meningkat,jika kita semua ambil peranan masing2,dan saling ambil berat tentu kita semua akan aman kerana x lagi mendengar kes2 dera kanak2 ini,ada juga kes yg aku dengar ibu dengan bekas kekasih dera anak,ada juga aku dengar kes dera kanak2 oleh pengasuh dan sekarang ini pula kanak2 diliwat dan ada juga kanak2 umur 2 tahun mati sebab dirogol,kau bayangkanlah budak 2 tahun baru tu,bukan sama umur dgn pelaku,sudah2 2 hari jer hidup then mati,budak2 ni kalau kesalahan paling berat pun dia buat,kalau kita waras dan tahu apalah angat mental dia kan,masih mentah,sudah2 kita maafkan juga,tapi kenapa dgn kamu wahai org dewasa,bersikap seperti binatang dan xder perasaan belas kasihan !


Jika anda sebagai org dewasa kalau xder perasaan kasihan dan dalam kasih sayang terhadap kanak2,x payah kahwin,x payah pelihara kanak2 nanti x pasal2 kamu melakukan kesalahan dan keganasan terhadap kanak2,nak kahwin terlebih dahulu anda perlu ada ilmu keibubapaan,ilmu menjaga anak2,kalau xder ilmu tu semua ,x payah nak ada anak,nanti x pasal2 anda dalam penjara,dalam penjara x per lagi,takutnya ke tali gantung kalau anak anda mati sebab tangan kaki anda sebat anak dan sepak terajang anak,kadang2 aku rasa bagus juga kes2 mahkamah seperti yg disiarkan di tv3,boleh jadi pengajaran utk org lain dan kita semua,ke manalah kemanusiaan kamu,kalau anak kau x mati x per,nasib kau baik tapi andai kata anak kau mati di tangan kau, sah kau di tali gantung,banyak kes2 bunuh juga di sebabkan oleh perkara kecil tapi boleh membawa ke kes bunuh,Okay habis kes bunuh jiwa kanak2 dan dera kanak2,aku nak sentuh pula kes dera anak tapi anak x mati,kau masih beruntung org dewasa kerana anak kau masih sayangkan kau,maksudnya kau x dia bawa ke tali gantung !


Kadang2 ada juga kes kanak2 anak yatim duduk di rumah amal seperti dalam berita tv3 di liwat dan di dera yg ustaz merotan anak2 ,sehingga meronta kanak2 tersebut,dera tubuh badan memang x boleh di terima oleh mana2 manusia biasa pun,tapi kalau nak dibandingkan kes dera dan kes buli,pernah terjadi di kalangan pelajar sama pelajar sehingga mati kawan dia pun ada,macam yg terjadi dekat penuntut UPNM,pelajar sama pelajar dera kawan diorang sendiri,last2 semua yg dera kawan dia tu kena hukuman mati,lama juga kes tu,aku x cakap org lain, aku sendiri pun mangsa buli masa kat sekolah menengah dulu,kes dera dan buli ini x boleh dipandang ringan oleh sesiapa pun,kalau x luka badan pun,luka emosi pun boleh jadi mangsa akan menangis dan sedih dan merana serta tertekan,ini akan menggangu mangsa utk belajar dipotensi yg paling baik dan memusnahkan masa depan mangsa,sampai ke hari ini ,luka masih dalam dan belum sembuh2, Tekanan yg diterima menjadikan hidup tidak bahagia dan derita memanjatkan doa !


Sesungguhnya,marilah kita sama2 tangani masalah dera dan buli kanak2 ini,sanggupkah kita ada di kalangan anak2 kita kalau jadi mangsa dera dan dibuli seperti yg di siar2 dalam media atau tv,agaknya beginilah pemangsa iaitu seorang yg kurang iman tapi kan ada ramai juga di kalangan kita sembahyang x tinggal pun sanggup melakukan perkara terkutuk itu,begitulah kalau dah ketandusan dan kehilangan tamadun,x berfikir dahulu sebelum buat,pepatah ada mengatakan bahawa sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna,tapi aku sebagai manusia yg ada perikemanusiaan ini akan selalu berdoa agar disorok bagaimana sekalipun semoga terbongkar jua kes2 dera dan buli ke muka pengadilan,Amin3..Wahai anak2 ,sy sebagai insan bernama cikgu,harapan sy x mahu lagi melihat perbuatan yg tiada perikemanusiaan ini terjadi lagi walaupun ianya terjadi dari bukan kalangan kaum kerabat sy sendiri,katakan tidak kepada dera dan buli !! 😭😭