Salam semua..
Dulu2 masa budak2 duk
pulak di kampung
waktu tu main mcm2
permainan tepi halaman
berumput di hinggap pepatung
or lebih dikenali sbgai tuyup askar
Masa tu kita buat la perangkap
igat tuyup ambik batang kayu
panjang then ikat plastik
supaya berbentuk perangkap
so senang lah nak igat tuyup
Paling suka duk kampung
tepi jalan kiri kanan
penuh dgn hutan or semak
nak tahu apa aku jumpe??
Jumpe pokok kemunting
kalau ada buah yg masak
aku makanlah sukanya !!
Sekarang dah membangun
kampung aku jln kampung
yg dulu telah menjadi bandar
or highway then pokok
kemunting susah dah nak jumpe !
Seronok ingat dlu2
kemunting,buah pokok kelapa
kecil pun aku makan
maklumlah tepi jalan kan
so nampak then cuma petik jer !
Kalau ingat balik permainan dlu2
ada mcm2 so kita main lah sampai
petang kan,seronoknya.
Main zero point dekcok main nusuk
main guli daun terup bergambar
batu seremban congkak dll
Sekarang dah besar semua
aku dan kwn2 ada
yg dh berumahtangga dan beranak pinak
Begitulah kehidupan
sentiasa meninggalkan hari ini
dan menjelma pula hari esok
dan begitulah seterusnya.
Dari kita kecik zman kanak2
sekarang dh dewasa.
Biarlah andai begitu hakikat
kehidupan.Jika di hitung
dlm hidup ni kdg2 kita
x boleh berharap utk hari esok!!
Tapi hari kelmarin sudah pun
kenangan dan hari ini pula
nikmatilah dgn gembira dan
berbuat baiklah..
Kerana alam juga seakan
mengerti apa yg akan
dan telah terjadi !!!
Kata org keputusan dan jawapan
kita seiring dgn pengalaman
yg ada disemat dlm diri kita
dan seiring dgn ilmu
yg kita alami sebenarnya !!!
Otak ku Gembira !!
Otakku Girang !!!
No comments:
Post a Comment