Saturday, June 1, 2024

Hati Ini X Bisa Di Ubati Lagi

Salam Kasih Sayang Semua2nya =)

Rasanya aku akan memendam rasa sehingga ke akhirnya dan bila bermula hari2 baru aku akan bersama niat baru serta kehidupan baru,kisah hidup aku dan sengsara derita ini akan aku jadikan sesuatu yg aku lawan dgn kebahagian aku di masa2 akan datang,seluruh derita aku ini akan aku ubati dgn kegembiaraan yg aku tempuh hari demi hari di masa depan ku,sungguh perit kurasakan pada waktu dulu bilamana aku berhadapan dgn masalah yg x dpt aku ceritakan pada org lain,aku sgt2 terkilan dan risau serta runsing,sudah nasib ku,biarlah berlalu itu semua,akan ku mulakan hidup baru demi maruah ku dan gemilangku


Masalah aku ni aku x pernah cerita dekat org hundred persen,aku alami segala apa sahaja ujian manusia2 lain di dunia ini,mengajar aku erti kesabaran dan kejayaan,hati mana boleh tahan nak hadapi masalah berat ku ini,kita aku lalui dgn tabah dan penuh keazaman yg setiap yg sengsara itu akan berganti bahagia bila tiba masanya,Percayalah pada kuasa Allah,sedih itu walau seberat apa pun dan seberat mana pun xkan selamanya,akan berganti bahagia jua nantinya,siang x selamanya malam pun x selamanya,dalam dunia ini x semua adalah selamanya dan setiap yg ada dlm dunia ini sifatnya akan bersilih ganti,itu hakikatnya!


Bila aku tgk kehidupan insan lain mereka sgt bernasib baik kerana masalah mereka hanya masalah biasa2 sahaja,sepatutnya kamu semua harus bersyukur kerana bahagia hidup di bumi Tuhan ini,kita ni kalau seorang yg terkenal makan dugaan hidup pun agak banyak kena lah byk2 sabar dan tabah hadapi masalah,masalah yg besar dan byk akan mengajar kita erti sabar dan kekuatan,bila kita berjaya hadapi semua masalah kita akan jadi alah bisa tegal biasa tapi kalau kita x pernah hadapi masalah kita akan jadi manusia yg lemah dan x cekap dan cekal berhadapan dgn masalah,tapi kalau kita manusia biasa,pasti juga masalah yg akan kita hadapi juga hanya masalah yg biasa2 sahaja beratnya !


Tapi bila kita hadapi byk masalah ni memang lah org kata alah bisa tegal biasa,tapi risiko nya kita akan tertekan berhadapan dgn masalah dan tangani masalah kita itu,bagaimana utk kita settlekan masalah kita itu,manusia yg normal adalah manusia yg berhadapan dgn masalah yg biasa2 sahaja dan boleh dikatakan seluruh hidupnya bahagia2 dan tenang2 ajer,mcm aku kan hidup aku dan hati, kepala aku penuh masalah ,dan kini aku di fasa akhir berhadapan dgn masalah,jadi target aku biarlah aku terus2an macam ni, iaitu x cerita semua masalah sebenar diri aku,biarlah sampai ke akhirnya aku mcm ni,kerna masa depan ku aku yakin aku akan beroleh bahagia abadi,jadi biar derita sehingga berganti bahagia,usah cerita,biar hanya kita sahaja yg tahu,itu lagi senang pada aku,cara yg paling mudah dan x merumitkan diri aku !


Kalau aku nak cerita masalah aku dekat org,aku x boleh nak cerita masalah aku ,maksud ku mcm mana nak aku mula kerna bersimpul siul,berpintal kusut bagai,biarlah aku begini dan biar ia menjadi rahsia hidup ku dlm lipatan sejarah hidup ku,kalau boleh tulis segalanya,akan ku tulis segalanya tapi mampukah aku meluahkan segalanya,biarlah aku hadapi sorang tanpa kamu di sisi kerna jika kau jujur memahami tiada ku menjauhi,rumit dgn sendirian aku menghadapi sorang2,mudah nya kau merosakkan hati ini dan betapa sukarnya utk aku hadapi masalah ini dan ingin aku bina semula keyakinan hati ini dan hatiku terguris dgn perbuatan kamu2 semua terhadap diri ini,sungguh kejam kamu semua !


Hidupku punah ranah hanya kerana kamu semua yg tiada perikemanusiaan kepada diri ini,wahai perempuan kamu iri dgn ku ,wahai lelaki kamu inginkan diri ini,dua2 beri masalah pada ku,Apa2 pun x semua benda yg buruk terjadi dekat diri kita x berguna utk kita,sekurang2nya ia memberi pengalaman dan pengajaran buat diri kita utk kita berhati2 dan beringat2 dgn apa sahaja di sekitar kita dan dgn perangai manusia2 di sekeliling kita,Sekarang aku dah boleh slow2 rasa gembira dan happy2 selalu kerana masalah yg terlalu2 dahulu sudah berakhir dlm diri aku,Wahai masa lalu berlalu lah dari hidup inidan Wahai masa depan dtg lah dlm hidup ini dgn penuh ceria,aku sentiasa ingin berjaya Tuhan,jgn berhenti sygi diri ini,akan aku syukuri selagi aku termampu ,Amin3

Bilakah Akan Berakhir Penantian Ini,Adakah JawabNya ?

Salam Kasih Dan Sayang Drp Ku =)

Segunung masalah sudah pun berlalu dari diri ini ,mungkin nanti akan sendirian ? Mungkin juga nanti akan ditemani ramai insan2 istimewa yg membawa bahagia utk diri ini,malas nak cakap pasal hati yg luka dan hasrat yg x kesampaian,hampa perasaan dan penat penantian,mungkin hari masih muda dan sedangkan Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita ,so jalani sahaja lah hidup ini dgn penuh ikhlas dan sabar,aku hanya insan biasa sudah pun mendaki gunung yg tinggi dan lembah ku turuni jua,namun penantian masih lagi membelenggu diri ini,bohong lah kalau aku katakan apa yg aku lalui dan apa yg kamu beri membuat bahagia di hati ini,Pasrahlah !


Mungkin tidak semua dpt aku katakan di sini, tapi coretan ini mungkin meleraikan beribu rindu bagi insan2 yg merindui diri ini,semua impian masih lagi impian dan belum dpt ku gapai semua nya hanya kerana aku masih lagi terpenjara dan x bebas drp dunia penuh dugaan ini,sabar sahajalah,kalau dulu memang hidup ku pernah merasa pahitnya hidup dan berjuang dlm menjalani ujian dan dugaan hidup ini,x semua org hidupnya bertuah dan semalang aku,aku yakin bahawa hidup aku akan gemilang selepas aku dibebaskan nanti,sebanyak mana derita dan sebanyak itu lah bahagia,ingatlah bahawa tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu,xkan lah sepanjang aku hidup ini x pernah merasa gembira dan xkan lah sedih jer memanjang kan ? Hidup ni kadang2 sedih dan kadang2 happy,itulah hakikat kehidupan yg sebenar2nya,Yakin dan Percayalah !


Aku pun terasa sgt bodohnya apa yg telah terjadi kepada takdir hidup ku,kalau lah dari dulu lagi aku boleh terbang dan bertukar rupa pasti xkan ada yg dapat kawal hidup aku seperti hidupku hari ini,aku hilang dan x ada 100 % segala2nya,membuatkan aku jadi dibelenggu dlm hidup yg penuh malang dan x bernasib baik,dan ibarat kata pepatah sudahlah jatuh di timpa tangga dan terkena pula tahi ayam,itulah ibaratnya hidup aku,org senang2 jer nak musnahkan hidup aku kerana aku x mampu utk mengubah takdir hidupku sendiri kerana aku x mampu bersuara dan x mampu berbuat apa2,seolah2 peluang tertutup rapat buat ku,penat ku menanti dan lelah melalui,Hanya mampu bersabar dan bertahan ,Itu sahajalah yg mampu !


Berat tau dugaan hidup aku,kalau setakat cucuk ,jumpa doktor,makan ubat mungkin boleh tahan lagi tapi bagaimana nak bertahan dgn hantu2 yg ada dalam badan aku ini,Sungguh x tertahan weh ! Setiap saat nak kena control dan kawal hati drp keluar ayat yg bukan2 dan berkata2 yg negatif2 serta lucah,sape dpt tahan weh ! Itulah ujian yg paling aku x sanggup,bila hantu membeliak kan mata aku dan kaku tubuh badan ku dan badan ku menjadi berat ,Kalau lah dibuang hantu 3 hantu dlm badan aku ni ringan lah sikit derita hidupku,tapi apa boleh buat ada agenda yg lagi penting drp itu semua,sesungguhnya bahu yg memikul x sama dgn mata yg memandang kan ? dah lah mlm2 rasa loya2 Tuhan jer tahu apa yg aku rasa setiap hari2 yg aku lalui dgn bunyi hon setiap hari kena hadap dan up kan perasaan jgn bagi terasa dgn mulut celupar org lagi ,Ingat senang ker nak lalui semua itu ?


Aku tahu ujian berat ini ganjaran nya adalah bahagia yg amat2 bahagia,walau apa pun terjadi aku kena bertahan,aku kena ingat yg perancangan Allah adalah yg paling terbaik buat hambanya ,Hidup aku pun x mcm dulu2 lagi dah tekanan dan paling lama bertahan pun aku menanggung dan mengandung tangis ,selagi aku x dibebaskan selagi itulah tangisan aku xkan keluar dan mengalir,lama tu memang lama dah bertahun2 aku tanggung semua ini dan kini hanya tinggallah tekanan yg menggunung dan hanya tekanan sederhana sahaja yg ku tanggung kini,tapi yg tahu sebenar2nya apa yg terjadi pada diri ini hanya kamu dan Tuhan sahaja,Sabarlah duhai hati,mungkin bagi aku ujian nya begini dan pada kamu semua,ujian nye lain pula kan ? Maafkan aku kalau nanti aku membuat luka di hati mu,dan terima kasih kerana kalau bertentang mata hilanglah segala resah !


Akhir kata,aku boleh menanti tapi impian aku utk dpt semuanya kena ditangguhkan dan tertangguh lagi dan bilakah aku akan dibebaskan ?aku x dpt pakai pakaian aku yg mahal2 x dpt naik takhta dan segala impian dan kerjaya masih x dpt aku kerjakan,menanti dan terus menanti, x mengapalah aku maafkan kamu semua harap2nya,aku boleh menunggu,insyaAllah ! Pasal air mata x payah dan x usahlah dibicarakan,hanya menambah luka di hati,ingatlah wahai kamu semua setiap perbuatan akan ada ganjaran nya dan balasan nya,perbuatan baik atau buruk hanya menunggu cepat atau lambatnya sahaja,perbuatan baik akan dibalas baik dan perbuatan jahat akan dibalas jahat,Yakin dan Percayalah kamu semua,Sekian drp diri yg mencari damai dlm kekalutan ! Ikhlas Drp Ku..

Aku Menangis,Aku Ketawa ! Oh,Perasaan..Aku Yg Dilanda !

Salam Kebahagian Buat Semua =)

Hari ini aku menangis lagi,x tahu lah apa lagi yg Tuhan nak drp aku,sememangnya selama ini aku x pernah mengalirkan air mata,tapi sampai bila hendak aku simpan air mata yg harus ku tumpahkan ini,sejak akhir2 ini ada sahaja masalah2 yg mendatang dan x pernah habis,sudah2lah Tuhan menguji aku ini,sudah2 lah pada ku beri pula kepada insan lain yg ramai lagi tengah bersenang lenang di dada bumi mu ini Ya Allah,kenapa asyik aku dan aku ? Sakit dan Terseksa aku ini ! Berpada2lah buat sesuatu dan jgn terlalu obses dan jangan terlalu tamak kerana org yg tamak selalu rugi !


Dah lama aku pendam segala nya,aku diam dan diam,segala yg mendatang aku cuba buanh jauh2 ,tapi kamu semua x pernah mengerti perasaan aku dan beban masalah aku yg bertimbun2 di benak zahir dan batin ku,kamu dekatkan aku dgn bala yg sengsara mu itu kau lemparkan padaku,aku tidak segagah mu utk menghadapi segala cubaan dan ujian dari mu musuh ku dan dari mu Tuhan ku,memang hatiku mudah terpujuk sekalipun hati ku terluka tapi diri ku cepat memaafkan insan lain,Tuhan dah lah uji aku berat2 kenapa yg lain dibiarkan lalai dan bersenang lenang di dada bumi mu, Tuhanku !


Cukup lah apa yg kamu tahu sahaja dan aku x akan bersuara apa pun meskipun hati ku kau lukai dan sakiti kerana aku sudah jemu dan sudah kalis dan sudah x berdaya membuka mulut lalu meluahkan ayat2 yg mungkin mengguris hati mu,aku juga x akan pernah ingin membuka pekung di dada segala apa yg pernah aku lalui selama ini sehingga menjadikan aku setabah ini dan sekuat ini,sejak aku kenal kamu dan sebelum kenal kamu pun aku sudah penuh dgn masalah,mungkin aku ini insan yg malang,sebab selalu ditimpa masalah,kalau hadir mu utk menyakiti dan membebani diri ini,biarlah jauh drp pandangan drp dekat penuh seksa !


Bukan sedikit apa yg aku lalui tapi banyak,biarlah aku dgn pendirian aku,aku yakin yg suatu hari nanti kebaikkan akan dibalas kebaikkan dan kejahatan akan dibalas kejahatan,hanya mampu berdoa semoga apa yg ditanam itu lah hasil nya yg tumbuh ! Kau carilah mana2 insan kat dunia ni,siapa yg pernah diuji macam aku kat dunia ni ? jawapan nya x perlu kau cakap okay,hanya aku org itu.fullstop ! berat x berat sehingga segala masalah ini x pernah aku luah kat siapa2 dan x pernah sekalipun aku diberi peluang utk bercakap hal yg sebenar2 nya,aku cukup tabah okay,kata org sebesar2 masalah adalah masalah yg tersembunyi dan bukan yg selalu dicanang2 kan,akulah satu2nya insan yg terlalu seksa dan paling terseksa sekali !


Walau pun hidup aku macam ni macam mayat hidup yg serba kekurangan dan dhaif tapi aku ikhlas jalani hidup ini dan aku bersyukur selalu,suatu masa nanti akan tersuratlah kenyataan dan akan terbukti lah mana yg salah mana yg betul,terbukti lah setiap kesamaran pasti ada sinar dihujungnya,aku diam bukan xde apa yg nak dibicarakan tapi aku diam kerana x mampu berkata apa2 setelah apa yg terjadi pada diri ini dan x mampu berbuat apa2 atas segala keterlanjuran insan lain terhadap diri ini,sama ada lari jauh drp masalah ker ,atau lari drp masalah ker ,bawak diri jauh2 drp org yg suka ganggu hidup aku ,sesungguhnya fahami lah aku,aku x mampu utk semua itu ! Kalau lah aku mampu,saat ni pun x tahu ke mna dah aku bawak diri aku !


Dengan bebanan yg aku pikul ini,dapatkah kamu membalas segala jasa2 ku yg pernah aku curahkan ? dan dapatkah kamu bayar masa yg telah berlalu pergi saat remaja ku dulu ku habiskan dgn memikul bebanan ini ? dan adakah hantu2 akan ada dalam satu jasad mu seperti ku ? sesungguhnya aku lah yg paling terseksa ! X mengapa lah kamu sudah ambil bahagian kamu masing2, x kira lah kamu di pihak mna,tapi kamu semua telah ambil bahagian kamu itu cuma tinggal aku jer belum ! Jadi utk bahagian aku nanti akan aku jalani hidup ku sebagaimna apa yg aku mahu dan aku berjanji yg aku amat sygkan diri ku xkan lagi ku beri mu walau seinci ! Ingat tu..Sekian ! 


Drp: Insan Yg Terluka !