Sunday, October 1, 2023

Xkan Pernah Habis, Cubaan & Dugaan Hidup Ini

Sayang Seribu Kali Sayang,

Walaupun suami za mainkan perasaan za ,x hargai cinta suci za tapi sy amat sayangkan za,hanya satu pintaku semoga za bahagia selalu walaupun cabaran dalam hidup ni xkan pernah berhenti dan datang silih berganti ,sabarlah wahai hati sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang,hanya Dia yg berkuasa atas segalanya,Syukurlah kalau Tuhan tempat mengadu dan Berpaut,bertambah Iman dan Amalan,dan menempah syurga di akhirat nanti !


Za,sy x mintak za balas apa2 pun apa yg pernah sy bagi kat za ,za x perlu ambik hati sy,nak susah payah tulis kata2 manis ker apa,xperlu semua tu,yg hanya perlu za buat dan za tahu ,sy hanya ingin tahu sakit pening za,masalah za dan susah payah za,hanya itu za,tolonglah za jaga mood sy,stoplah ambil peduli dan balas jasa sy,bayar dgn duit ! Kira semua settle,Okay ??? Janji za dgn sy jgn jaga hati sy,


Ingat lagi x apa yg pernah sy bagitahu za,za kena tahu hanya org yg ikhlas,jujur dan suci hati sahaja yg akan bahagia kat dunia ini,percayalah za x ada yg lebih damai melainkan punyai hati x iri dgn org x cemburu dgn org atau dengki,takdir hanya suka pada manusia yg baik hatinya jadi ,niatlah hari demi hari dgn doa yg baik2 sahaja,siapalah kita nak ambik kerja Tuhan,nak kawal dunia apa yg akan berlaku ? Akan terbatas jua,setelah usaha dgn hati suci maka tawakallah,insyaAllah doa yg ikhlas di hati kan temu kebahagiaan !


Bukan kerana suami beristeri lain,kita pun sedih dan hilang semangat utk hidup,tapi sebenarnya kita kena teruskan hidup, kena gagah walaupun rebah ,bagaimana nak lalui ? Diri diduakan ?? Malu ?? Rasa diri hina kerana suami lebih cintakan isteri muda yg cantik jelita ! Seolah2 kita ni macam sampah dan x cantik pula tapi hati awk za ,Class A ! Good2..Baik dan Sempurna,Isteri muda gembira dapat rebut kasih sayang suami dan suami lebihkan isteri muda,??? Za makan hati ker ??? Za terpaksa berkongsi kasih sayang dgn dia,?? Cuma satu jer za perlu buat iaitu jauhkan diri drp perkara2 yg dibenci Allah kerana itu semua syaitan !


Perasaan gembira za dibunuh suami za sendiri ,Za terpaksa susah hati semata2 utk tgk suami za bahagia dgn insan lain,tabah erk Za,Ujian Allah ni macam2..tapi ujian yg paling besar bagi seorang wanita adalah apabila diduakan suami,mungkin suami x kan pernah mengerti susah payah dan duka lara perasaan ini,tapi za serahlah segala2nya pada Takdir,biar takdir tentukan segalanya,kita x tahu apa yg terbaik utk kita,kita hanya merancang tapi Allah yg tentukan segalanya,Pasal dosa pahala suami ,tu bukan urusan za utk ambil kerja Tuhan kerja za hanya seboleh mungkin bangkit utk terus hidup dan berada di sisi anak2 !


Kawal minda dan emosi ,takut masalah terlalu di ambil pusing nanti masalah lain pula timbul,kalau boleh buanglah segala masalah,happy2kan diri selalu x kiralah jalan mana kita nak lalui asalkan boleh buat kita bahagia,byk benda dalam dunia ni yg boleh buat kita senyum dan bahagia,jangam stress2 !  Nanti org cakap kita gila,xnak kan ? So jaga2..Za jaga dan didiklah anak2 za ngan suami,jgn pula nanti terabai pendidikan anak2 dan gelap gelita masa depan anak2,Janjilah pada diri jgn sia2 tugas dekat anak !


Sungguh ladang pahala buat za terbuka luas,sabar dgn perangai suami dapat pahala,berbeza dgn mereka yg normal, walaupun bahagia tapi ladang pahala kurang,x kiralah apa jua,kita tetap mahukan bahagia yg milik kita sorang kan ? Tuhan menguji tiada henti menjadikan za susah utk meraih impian za tersebut,maka usaha lagi dan lagi utk mendapatkan apa yg za mahu,dia xkan berubah maka za yg kena berubah !

Nak Hidup Ni ,Susah Sangat Ker,Tuhanku..Berilah BahagiaNya ! Amin3 =)

Perasaan Mu Za,,,

Perasaan za selalu kacau ,za berperang dgn keadaan,sukar dan sulit sungguh keadaan za,apa pun walau perit macam mana sekalipun ,za kena hadapi ,jangan takut dan jangan mengalah hadapi kenyataan hidup ! Keadaan za bermain dgn perasaan amat melukakan,jiwa za x pernah tenteram,kalau luka di tangan nampak berdarah tapi luka di hati x siapa yg tahu dan betapa sakitnya menjalaninya sendirian dan kalau ada yg mengambil tahu pun ,mereka tiada belas kasihan dan simpati pun,


Malas nak sentuh bab dosa pahala bab syurga neraka,anggaplah janji semua itu palsu dan marilah kita cari jalan mudah utk selesaikan masalah ini,tempuhlah dgn hati yg gembira jika ada secubit kegembiraan di hati mu za dan tempuhilah dgn hati yg sakit dan pedih jika tiada secubit kasih sayang di hatimu dan juga jika tiada cinta suami mu terhadapmu,hidup ini ada turun naiknya,bercakap memang mudah kan ??? 😏 nak melaksanakan tu semua yg susah,tapi jgn za lupa jgn buat benda2 yg Allah larang dan perkara2 yg Tuhan x suka !


Za lah wanita tabah itu,yg dicanang2 bukan dia,tapi za ! Yg paling za kena tahu,kalau ada apa2 masalah jangan pendam di hati jgn pendam sendiri tapi carilah kawan yg boleh za percayai utk dgr masalah za jgn pula dapat kawan yg meluahkan masalah dan bala dia kat kita pula,biar kita jadikan dia tempat berpaut,,sekalipun masalah za dapat diselesaikan atau tidak ,itu x menjadi masalah,yg penting jika sesuatu itu dikongsi berganding bahu ,barang yg berat pun terasa ringan ! Yakin tau..cari semangat tau utk teruskan hidup ,kerana masalah hidup ni xkan pernah habis utk ditangisi jadi kita kena pandai urus masalah dan beban stress kita,Okay !😁


Kun Fayakun !!! Jadi..maka jadilah,yakinkah za dgn ayat ini ?? Za,kalau Tuhan kata nak angkat masalah za malam ni,malam ni jugak masalah za settle tapi bukan Tuhan x sayang hamba dia yg baik seperti za,cuma mungkin adalah tu takdir nak bagi apa2 buat za,kita jer za x tahu dgn perancangan takdir Allah,siapa kita utk hidung tinggi,utk bangga,utk sakitkan hati org,kita hanya hamba Allah za,sama semuanya za,suami za ,dia dan siapa2lah,kita semua sama iaitu makhluk Allah dan hamba dan tentulah byk kekurangannya,dan kata org kita hidup ni x menongkat langit pun,semua akan mati tetap dihisab amalan baik buruk,syurga neraka itu benar! Biarlah ia,itu urusan Allah ,tugas kita hanya beribadat pada Allah !


Za kena ingat ,apa yg org buat kat kita ,itu x penting tapi apa yg penting apa yg kita buat kat org,tunjuklah kelebihan za yg keibuan itu dgn hati hanya utk suami sahaja dan sekali lagi nak cakap,apa yg org lain buat kat kita itu x penting tapi apa yg org buat kat kita,itu yg penting,Apa2 pun buatlah yg terbaik za supaya hasilkan yg terbaik,kita hidup,kita berjuang teruskan hidup ini bukan utk org lain jer tapi yg sebenar2nya adalah utk diri kita sendiri,kita senyum cuba lahirkan dari hati utk ubat hati kita yg luka adalah kerana kita sayang diri kita,diri kita hati kita terlalu mahal harganya,jgn sia2kan hidup kita utk menjadikan diri kita hanyut dgn duka dan kesedihan,kalau sedih cepat2 cari ubat,Okay !


Za wanita yg berhati suci,sy syg za,Allah sayang za dan mungkin ramai lagi yg syg za,jgn sia2kan hidup za lagi,jgn kerana org lain buat jahat kat kita,kita pun turut buat jahat kat diri kita sendiri,jgn biar hati kita terus sedih,dunia ni luas,kalau nak bahagia ,kita boleh cari ? Dan kalau kita nak derita,kita juga boleh cari ? Tiada yg mustahil dalam dunia ini,semuanya boleh digapai,Buat za..kak doakan sokmo2 utk hidup za supaya yg terbaik jah hadir dalam hidup za,Amin3..sakit hati ubatnya luahkan,buangkan,girangkan,curahkan,lembutkan,hargai dan lain2 ! Za boleh bahagia ! Bahagia hanya milikKu,milik za sorang jer ! Kan Tuhan ???😭 Kalau ikutkan byk lagi nak tuliskan utk za 🙄

Begini Begitu Aku ,Kerana Kamulah Segalanya!

Kasih Sayang Itu Lahir Dari Hati.. 

Hati ini x selalu gembira dan x jugak selalu sedih,apa2 pun bila teringat org tersayang rasa kembali senyum dada ini,aku berjanji akan buat hati aku menjadi insan yg pengasih dan penyayang,xnak lah merajuk lama2 biar jer takdir yg tentukan segalanya ,sebagai manusia kita x sepatutnya ambil kerja Tuhan,takdir hidup kita biarlah Tuhan yg Maha Esa sahaja yg menentukan jalan manakah harus kita lalui dan tempuhi,sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati ,InsyaAllah bahagia milik kita !


Menangislah sampai berhenti sendiri atau keseorangan tanpa pujukan sesiapa, x mengapa Tuhan itu Adil ,harapnya kita dapat balasan yg setimpal dgn pengorbanan kita,xnak cerita banyak pasal diri biar masa jer berbicara ,semoga takdir yg datang nanti indah2 belaka ,kalau padi yg di tanam x kan tumbuhnya lalang pula kan,so pandai2lah buat keputusan jangan nanti menyesal dan buat kerja yg sia2 pula,InsyaAllah bila sampainya waktu sy akan pergi jua,tapi biar penuh dulu kasih sayang dalam dada,segalanya sy berserah pada Allah ,padaMu Ya Ilahi !


X mengapalah,mungkin hari ini hari awak dan mana tahu kan esok lusa hari sy pula,hidup x selalu di atas dan akan tiba masa tupai yg pandai meniti pun kalau tamak sangat ,jatuh ke tanah jua,x semua benda kat dunia ni dapat untung banyak yg beratus kali ganda sebab sesuatu itu infiniti jua,dan jangan yg dikejar hanya bayang dan yang dikendong berciciran,beginilah hidupku aku punyai hati dan jasad tapi kehidupanku bukan milikku, x ingin nama aku busuk,kerana nila setitik iaitu aku lah nila dan rosak susu sebelanga iaitu susah hidup insan2 lainnya,Subhanallah !


Aku x berdaya lagi tapi kena jugak bertahan kena jugak kuatkan semangat dan diri yg terkulai layu ini supaya sama dengan insan2 normal yg lain,aku cuma nak cakap bila aku dapat kuasa aku nanti ,xkan aku sia2kan lagi waktu remajaku, xkan aku sia2kan takdir kehidupan aku yg penuh keindah ini,aku xnk dah org cucuk hidung aku lagi,kuasaku milikku ,dan kamu xkan mampu menghalang kaki ini lagi ke mana sahaja aku pergi,saat itu aku sedang bercinta dgn hidupku,aku bahagia,aku gembira kerana semuanya nanti di tangan ini sendiri,nyata aku genggam semuanya,aku ingin menjadi aku yg punyai hati dan nurani yg tersendiri,Itulah aku !


Hidup kita tempuh utk apa sahaja,x kira ke mana kita kembara,dan kita tempuh segalanya itu tanpa pertolongan sesiapa dam tiada siapa di sisi dan jatuh bangun diri ini hanya diri ini yg berdiri sendiri,tabah menempuhnya,dalam tawa dalam tangis,tiada sesiapa di sisi memujuk,siapakah aku ini Tuhan ? Manusia atau apa ? Kata org ingin melihat berat atau ringan masalah dan sejarah seseorang itu,lihatlah pada kesan padanya atau kesan yg sudah terjadi,berat apa yg aku tanggung,sungguh berat oleh kerana itu aku x perlu minta izin sesiapa pun utk aku selindung duka lara ini nanti,akan ku tempuh sendiri ! Sehingga ke akhir hayatku nanti..


Biarlah aku mengalah utk sekali ini,iaitu menerima kasih sayang drp semua org2 yg bermakna dalam hidupku sebelum aku menyorokkan diri yg xkan ada sesiapa pun akan tahu di mana aku berada,biarkan sahaja apa aku nak buat,lakukanlah kerna kuasa di tangan ini dan insan lain x berdaya menghalangnya kerna kuasa yg bakal aku miliki nanti bukan kaleng2,amat berbisa ? Padanlah dgn kekejaman yg telah kau lakukan padaku dan akan aku balas dan hitung segalanya,baik dibalas baik dan jahat di balas jahat,Adil kan ? Tapi aku kini masih di sini yg aku x bisa berbuat apa2 utk melangkah pergi dan terpaksa hidup seksa begini,apa pun,wahai takdir aku berpaut padamu ,Amin3