Tuesday, May 25, 2021

Nak Jaga Rupa, Jaga Badan Juga

 Nak Jaga Rupa,Jaga Badan Juga


Salam suci zahir batin semua,emm ni satu hal nak cakap kalau dah bangun tido tu sah2 lah mulut kalau x bergosok pula mesti lah bau2 ,ada juga yg cakap org diri sendiri x nampak !


Sama lah bau ketiak pun,Ya Allah org zaman dulu2 mana lah ada deodorant semua mcm mnalah bau nya org zaman dlu x mcm sekarang xder bau busuk ker org zaman dulu dgn org zaman sekarang ?


Lagi satu ni,pad atau tuala wanita yg datang haid dlu2 mana ada tuala wanita mcm zaman sekarang tapi sekarang ni tumbuh bagai cendawan mcm2 jenama ,xnak lah sebut jenama apa tu semua anda wanita mesti tahu !


Haaa,ni lagi satu bab cukur mencukur ni bulu kebenda2 jaga ker kita semua yer lah mana lah tahu ada juga bukan org dulu2 jer org sekarang pun ada jer malas nak jaga so jadilah org yg simpan bulu !


Ini bukan cukur duit ! Ini bukan boleh dijadikan hobi utk simpan bulu atau rambut panjang awk semua tapi ini bab kecantikan dan ini bab kebersihan tambah2 lagi kita wanita sah2 lah kena berkali ganda mesti jaga kebersihan walau x cantik =)


Aku bukan apa dan bukan drp aku sahaja aku suarakan dari pihak org lain juga yg x tahan duduk berdekatan dgn anda iaitu suka simpan rerambut dan hasilkan bau pula ! Ape la =)


Ni lagi satu,pasal tangan sentuh tu sentuh ni lepas tu pulak pegang hidung korek hidung dia cungkil pulak gigi ngan jari kalau nak kata bab kebersihan tangan sesetengah org tu mmg betul2 jaga kerap basuh tangan kalau tangan anda kerap dijaga bersihnya,ini menunjukkan anda insan pembersih dan bukan ragu2 lagi =)


Hidung tu dalam kereta pun korek duk mengadap kerja pun korek cubalah pilih waktu yg sesuai waktu mana yg sesuai nak korek tahi hidung contohnya waktu mandi ker ! Adoiii tu pun nak kena ajar n ingatkan kot ?


Yer lah bukan apa macam korek hidung n gosok lidah x semua org tahu waktu mana sesuai nak korek hidung dan ada sesetengah org gosok gigi tapi x gosok lidah bukan apa sebab x di ajar oleh ibu dari kecil dan kurang pendedahan tentang nak jaga itu semua ,org2 jer yg amalkan korek hidung waktu mandi dan gosok lidah selepas gosok gigi =)


So, ini semua dah diberitahu dan xder rahsia lagi semua org boleh amalkan dah,Kuku tangan dan kaki pun sama kalau dah cukup seminggu tu kena lah potong,kuku tangan seminggu sekali dan kuku kaki 2 minggu sekali ni dia biar jer lebih seminggu siap simpan kuku tangan jari kelingking dan ibu jari pun ada..jgn lah kawan ! Jaga kebersihan tangan dan kaki anda okey !


Satu lagi, bila buang air kecil atau buang air basuh seluruh punggung anda jangan basuh celah paha jer halakan air paip ke seluruh punggung sebelah kanan dan sebelah kiri samada celah paha atau bahagian sisi punggung sebelah kanan dan sebelah kiri,Sekian =)

Saturday, May 15, 2021

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan =)

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan =)

Hai semua,apa khabar ? Semoga dlm lindungan Allah selalu..Amin3

Sungguh penantian ini entah bila kan berakhir aku sendiri pun x tahu apa lagi yg akan berlaku selepas ini moga2 yg baik2 sajalah yg kan muncul =)

Namun, apa jua tetaplah tersenyum ria kerana senyum itu penawar duka walau pun di hati seribu lara tetapkan iman di dada dan kuatkan semangat serta semaikan budi nan luhur sebagai bakti kita hidup di bumi Allah ini =)

Walau pun pedih sedih perit yg di lalui berterima kasih lah pada Tuhan kerana Dia bisa memberi kita udara utk kita bernafas dlm kehidupan sehari2 kita ini jika terasa hati dengan hidup yg penuh duri ini sekalipun kita tidak boleh lah sambil lewa sahaja dlm mencari ilmu dan rezeki itu adalah tanggungjawab kita semua =)

Walaupun coretan ini sedap dibaca sedap didengar tapi derita ini bukan sebuah novel tapi ianya sebenar2 kejadian bukan dongeng tapi kebenaran cuma si pencoret telah biasa menulis biasa mencoret so telah terbiasa dgn coretan yg terindah =)

Bukanlah aku ingin pertikaikan apa yg diberi Tuhan pada hambaNya ini tapi aku juga punyai hati dan perasaan mungkin Tuhan mementingkan kedudukkan nya berbanding kepentingan manusia tapi kita juga punyai HATI !!!

Malam terasa lambat berlalu begitu juga siang nya kerana kita menunggu ! Tapi malam juga siang terasa cepat berlalu jika keriangan dan kegembiraan dalam diri so apa yg nak dipersoalkan lagi segalanya pinjaman semata2 dan milik Allah semuanya dan paling mulia itu kedudukannya yg tidak boleh dipersoalkan lagi !

Berat apa yg ditanggung itu hanya org yg merasai sahaja yg tahu akan betapa berat apa yg ditanggung dan dirasainya malang tidak dipinta malang juga tidak berbau oleh itu penderitaan itu bukan dipinta malah bukan pilihan semua manusia di muka bumi ini =(

Apa yg paling menyeksakan manusia dlm kehidupan ini semuanya sekali jika kecil adalah kawan dan jika besar dan banyak menjadi lawan ! Itulah penyeksaan yg x tertanggung oleh manusia mana bisa kita bertahan kalau itu jadinya siapa2 pun x mahu masalah dlm hidup mereka =(

Bawa2 lah bersabar dan bawa bertenang jika dlm masalah kerana mungkin masalah kita besar atau kecil boleh diselesaikan walau pun tidak mudah dan perlukan masa,sabar yer !!

Sabar itu sgt menyakitkan samada lama atau sekejap lama atau baru semalam atau esok ianya memeritkan sabar itu derita sabar itu payah jgn ada sabar dlm hidup kita buang rasa sabar insyaAllah bahagia kan menjelma =)

Tabah juga serupa tepiskan ianya dan gantikan sabar dan tabah itu dgn merebut peluang dan ruang2 kegembiraan insyaAllah ketawa ria mesti dan pasti jadi milik anda =)

Namun yang pasti, tanamlah kejujuran dan keikhlasan ditempat yg paling tinggi paling suci dan terpuji kerana ianya akar kebahagiaan =)

Hidup ini pilihan, so pilihan di tangan sendiri tepuk dada tanya selera anda adalah apa yg anda amalkan anda adalah apa yg anda makan ,So..Sweet2Lah =)