Sunday, February 21, 2021

Sweet2 Jer Hubungan Korang

 Sweet2 Jer Hubungan Korang 


Salam Abadi semuanya =)Katakan lah awk nak cari jodoh atau dah pun jumpa jodoh? Bagaimana yer perwatakan nya atau kelebihan mereka2 ini ?


Mari kejap kita sembang2 sikit,bab2 jodoh pilihan hati wanita2 di luar sana ,tapi yg paling penting elakkan lah lelaki yg baran dan garang kerana baran dan garang faktor utama pecah belah hubungan dan penderitaan serta memendam rasa!


Maka,pilihlah lelaki yg kelakar dan suka bergurau senda selalu dan penyabar yg berada pada tahap tertentu atau terkawal !


Kedua,elakkan lah lelaki yg cerewet bab makan! Memang susah dapat lelaki yg cerewet bab makan kerana susah isteri nak bersusah payah fikir tentang masakan apa yg dia mahu nak2 lagi dia sendiri x beritahu kita nak makan apa! Susah lah mcm ni ,


Maka,cari lah lelaki yg x memilih makan maksudku masak apa pun makan dan kalau sedap dia makan serta dia bertambah nasi dan kalau x sedap tegur dan isteri kena jugak faham tekak suami dia =)


Ketiga,cari yg peramah bukan yg pendiam nak asyik angin jer,peramah dan komunikasi dua hala lancar dan kalau pendiam serta angin jer susah lah kita pun akan stress !


Keempat,poket kena tebal suka kerja dan fikir masa depan anak2 dan bekerja hanya utk keluarga bukan utk bergatal enjoy joli dan judi itu harus dijauhkan!


Kelima,berpangkat bagai ada syarikat sendiri ker,kedai sendiri ker apa2 lah ! CEO ker =)baru cerah masa depan,itu pun kalau bertuah lah dapat yg berpangkat atau bawah2 sikit pangkatnya pun kira okay jugak lah


Keenam,ada gelaran Dato ker,Dato Seri ker tu utk wanita yg hight standart dan wanita moden dan berilmu serta wanita ada class dan wanita idaman setiap lelaki mungkin =) So, menjadi impian setiap lelaki


Ketujuh,cari lelaki yg bekerjaya tetap kalau boleh yg kerja dengan goverment itu sgt penting supaya masa depan lebih terjamin dan ada pencen utk hari tua atau kalau krja swasta pun okay janji dpt kumpul sendiri duit ,menyimpan utk hari tua =)


Kelapan,tentu sekali kalau anda wanita yg cantik nak kan lelaki yg hensem kan ,,Emmm,yer sgt lah tu ! Mmg itu lah yg paling sesuai dan jodoh ni kata org urusan Allah 


Dan ada jer kita tgk org tu laki hensem wife dia biasa jer mungkin pandangan mata wife dia x cantik tapi mana tahu lakinya tertarik sebab perangai elok atau hati wife nya baik dan sebaliknya juga btl kalau wife cantik dan lakinya hodoh !


Kesembilan,sebab ilmu dan kaya duit dan harta itu lambang kebahagiaan rumahtangga juga!Dan lain2 nya byk lagi lah petua utk cari jodoh baik,petua utk rumahtangga bahagia dan petua utk dapat lelaki terbaik dan lain2 lah


Ke -10,utk kekal jodoh pulak perangai masing2 kena jaga,ingat sekali lagi kalau masa couple pun asyik gaduh jer jgn haraplah kalau dah kwin akan berubah mmg xkan k,makin teruk adalah !


Then,Kalau couple pun naik tangan jgn maafkan dia dan kalau kwin pun dia akan tetap jadi lelaki mcm tu,percaya lah!


Lelaki yg baik xkan sekalipun guna kekerasan terhadap wanita walau salah apa sekalipun malah memberi nasihat yg baik2 OK ! InsyaAllah dgn itu sweet2 jer hubungan korang! HaHaHa =)

Saturday, February 20, 2021

Sesebuah Novel Atau Cerita

 Sesebuah Novel Atau Cerita


Salam kasih syg semua =)Dalam sebuah novel atau cerita perlu ada peristiwa penting yg berlaku antara satu sama lain tidak kiralah antara pasangan mungkin !


Dengan itu juga,dlm novel atau cerita perlu ada nasihat drp penulis setelah mengalami pengalaman sendiri dan mengabdikan dlm novel atau cerita !


Selain itu ,perlu ada cerita tentang kehebatan kerjaya dan dengan kerjaya itu diceritakan apa kehebatan kerja itu,adakah dapat melancong ke negara orang atau kelebihan tertentu iaitu dapat pengalaman baru atau lain2 


Dalam pada itu,kecantikan paras rupa iras artis mna? Sememangnya rupa watak utama adalah hensem sgt2..Hurm,nama watak juga cantik2 sgt !


Selepas itu,ada turun naik emosi dan cabaran dlm menjalani watak2 yg diabadikan dalam novel atau cerita tersebut,So ada nakal2 sikit dialog buat cerita jadi aura dewasa tapi kalau watak anak2 tentu sekali ada ayat2 manjanya =)


Kalau ikutkan kebanyakkan novel2 atau cerita ada cinta antara cikgu dengan cikgu atau doktor dengan nurse atau what ever lah tapi yg penting biarlah dapat beri kesan positif dan impian jodoh setiap insan !


Kedai2 dan tempat shopping mesti dan tentunya tempat yg besar dan famous begitu juga tempat dating iaitu tempat makan yg high standart dan mahal2 !


Ada cerita dan novel menceritakan tentang situasi miskin dan kaya,apa pun jua ada hikmahnya dan ada permulaan pertengahan dan pengakhiran yg sempurna supaya tidak memberi tekanan kepada pembaca dan penonton !


Watak jahat atau baik sudah semestinya ada memang itulah kisah novel sebenarnya walaupun ada hakikatnya  kehidupan ini kita just jumpa org yg baik jer dan kalau ada yg jahat pun hanya sedang2 sahaja tapi kalau tanye aku bukan jahat sedang2 lah yg aku jumpa tapi memang jahat !


Bahasa yg digunakan ada lah sikit2 bahasa inggeris dan selebihnya guna bahasa melayu dan ayat daerah negeri2 sebagai utk pengetahuan umum jer dan sekadar utk org x tahu rupanya akan tahu akhirnya..Hurm !


Situasi keadaan keluarga atau family dlm cerita atau novel ada yg sempurna dan ada yg bermasalah tapi kena pandai2 kita nak ambik jadi pengajaran atau nak ambik jadi ikhtibar =)


Dan lain2 lah,aku just bgtahu yg aku sempat tahu jer,kalau ada info yg tertinggal tambah sendiri lah erk..Huhu.Macam lah aku ni byk sgt yg tahu kan? Rupanya tahu sikit2 jer..Maaf lah yer! Bye..