Sunday, December 13, 2020

Princess Silver Story

 Princess Silver Story


Salam bahagia semua,Telah tamatlah cerita Princess Silver =(


Aku x sangka cerita best ni yg aku tgk kat tv 8 sgt menyentuh hati ini,cerita tentang kerabat diraja perebutan kuasa dan tahta serta cinta =(


Pelakon nya yg cantik2 dan hensem2 sgt menonjol dlm cerita tu,berpakaian tradisi diraja sgt cantik dan kisah ini melambangkan keagungan zaman diraja dulu-dulu =(


Aku x berapa faham sgt jalan cerita asal nya mcm mna kerana aku hanya menonton di separuh episodnya jer tapi dgn sari kata bahasa melayu ada so aku boleh faham lah sikit2 dan byk


Dalam cerita ni ada askar2 zaman dahulu yg berperang bukan dgn senapang patah tapi dengan pedang,mmg org kata pakaian nya berperisai lah =(


Suasana istana dan tempat set lakonan adalah reka bentuk istana dulu2 dan pokok2 yg cantik dan dalam cerita ni ada nama penyakit misteri racun tu lah ni lah contohnya puteri Rong le terkena racun takdir dan satu lagi racun apa entah yg puteri ini terkena sehingga rambutnya menjadi putih !


Rambut putih Puteri Rong Le dapat diubati dgn minum ubat pokok merah darah yg terdapat di gunung yg dijumpai oleh pahlawan lelaki yg sgt mencintainya =(


Aku bukan nak mengimbau ceritanya bagaimana coz itu semua telah diketahui oleh kamu semua tapi apa yg ingin aku bicarakan aku terkesan dgn watak dan org2 dlm cerita tersebut


Dlm cerita ini ,akibat perebutan kuasa ramai sgt yg menempuh maut kenapa semua ini harus terjadi ? Aku bertanya pada diri dan sedih melihat apa yg telah terjadi dlm cerita ini walaupun ianya hanya lakonan semata2


Seorang demi seorang mati !


Apa yg menarik dlm cerita ini,aku suka sgt pelakon nya yg hensem dan cantik2 sehinggakan di alam realiti pun aku syg dan lahir rasa simpati dengan nyawa2 yg terkorban !


Juga aku amat amati pelakon nya mmg baik2 dan hero nya menjadi buah hati ku tapi syg dlm cerita ini diorang mati kerana kisah hidup yg menyayat hati !So aku turut sedih =(


Memandangkan cerita ini seperti aku cinta cerita korea zaman study dlu2 jadi aku abadikan di blog ini iaitu cerita cinta abadi  Princess Silver.


Tamatlah Cerita Nya ,Namun Tetap Kekal Selamanya di Hati Ini Iaitu Sesuatu Yg Telah Abadi Di Hati Ini.

Wednesday, December 2, 2020

Laris Mcm Pisang Goreng Panas

Salam dihulur utk semuanya..
apa khbar?harap semuanya baik2 je yer =)

Pisang goreng sedap di makan panas2 
kalau di daerah pasir puteh pisang goreng 
dijual bersama2 ubi keledek goreng 
dan tapai ubi kayu dan keropok lekor 
serta hot dog

Pisang goreng sedap di makan 
begitu juga dgn ubi keledek goreng 
dan tapai ubi kayu goreng di makan pula bersama 
dgn air sejuk atau panas di petang hari..
mmg syok habis !

Kalau dlm pembelajaran SPM ker,
pisang goreng atau goreng pisang menjadi 
soalan ujian utk pelajar diberi ayat,
mana satu yg btl mna satu yg salah? 
Pisang goreng atau Goreng pisang !!

Pisang goreng dan goreng pisang 
mna satu menjadi kata nama 
dan mana satu kata perbuatan ? 
Pisang goreng adalah kata nama 
dan goreng pisang adalah kata perbuatan,
itu saja =)

Pisang apa yg dijadikan juadah utk digoreng 
paling sedap adalah pisang nangka kot 
sedap rasa dia masam2 sikit,tu bgi aku la

Pisang goreng famous di Kelantan 
dan boleh didapati di mana2 sahaja 
dengan harga yg murah nak RM1 boleh 
RM2 boleh,mana2 jer yunk !

Pisang tanduk besar pun boleh dibelah dihiris 
utk dijadikan pisang goreng selain itu pisang kapas 
pula sesuai dijadikan cekodok ! pun digoreng juadah ini..
sedap juga di makan petang hari !!

Pelbagai jenis pisang ada dan di tanam 
penduduk kampung pisang berangan 
enak di makan begitu sahaja

Dan dgn pelbagai nama lagi pisang2 ni 
cuma aku jer yg x tahu nama2 jenis pisang 
yg ada kat dunia ni dlm bahasa kelantan 
aku tahu lah sedikit sebanyak nama jenis2 pisang

Ada pisang batu ada pisang emas ada pisang kapas 
ada pisang kelat keling ada pisang berangan 
ada pisang tanduk ada pisang nangka ada pisang kelat lega,
itu lah sedikit sebanyak =)

Tapi dicerita tentang pisang ni aku paling suka 
juga pisang kapas dibuat cekodok oleh ma aku.. 
sedap sgt !

Sebenarnya juga, kita jarang dgr org sebut "pisang goreng" 
kalau nak beli pisang goreng tapi kita selalu dgr 
diorang sebut "Nak beli goreng pisang RM2"

Penggunaan ayat yg salah !! 
Dalam bahasa melayu pisang goreng adalah ayat yg btl 
dan goreng pisang menunjukkan sy sedang goreng pisang !

Dulu aku mahir juga menggunakan perkataan 
dan ayat2 dln bahasa melayu tapi dah lama 
tinggalkan alam study dah hampir lumpuh semuanya..
Ampun yer !

Mcm mna nak buat pisang goreng sedap yer ? 
Apa bahan2 nyer yer?
Malas nak cerita byk maybe just pisang ,
tepung beras sedikit garam dan gula ,
dan juga pewarna kuning, air, telur, kapur!

Then boleh lah goreng dlm minyak yg banyak !!

Boleh lah try yer mna yg belum cuba 
makan pisang goreng makanan org kampung 
maybe kat bandar susah nak jumpa 
So, turun kampung sekali sekala beli lah yer !

X semestinya makanan tepi jalanan ni 
x der standart malah ada yg menjadi minat 
sesetengah org sekadar makanan petang ! On sajalah

Oh lupa, kalau tgh jual sesuatu kalau laris sgt 
mesti diorang sebut "laris mcm pisang goreng panas" 
Huhu =)

Pisang Goreng sedap di jadikan

juadah minum petang !

Sekarang pisang goreng juga di ubah

rasa menjadi pisang goreng cheese ! 

Leleh..Sedap lah juga !!

Guli Or Buah Getah

Salam semua,mainan zaman kanak2..
apasal lah semua jer zaman dulu2! 
Haha..nak buat mcm mna kan hidup ni 
x move on ke depan lagi,
so dulu2 jelah kita imbau =)

Permainan guli2 dulu2 abg aku yg aktif main,
bayangkan dgn mungkin 5 biji guli boleh 
menang jadi satu botol pepsi besar penuh 
di isi dgn guli =) Untungkan !

Jiwa plak kalau main menang rasa 
nak main lagi dan lagi tapi kalau dah kalah 
rasa kecewa rasa geram sgt2 =(

Fungsi guli dgn buah getah 
ibarat mcm sama !!!

Buah getah juga dimainkan mana 
yg pecah dulu dia kalah ! 
Best main dia kalau nak main permainan buah getah 
kena cari buah getah yg berurat2 gitu 
yg keras kalau kita sekali ketuk xkan pecah !!!

Em, itu lah fungsi buah getah yg berbeza 
dgn buah guli dan fungsi yg sama buah guli 
dan buah getah adalah boleh dibuat main congkak =)

Kalau aku dulu2 main congkak gali tanah 
dgn sudu buat bulat gali muat-muat 7 biji 
buah getah then settle,

Bahagian tuan rumah pulak dibuat 
bulatan yg agak besar supaya muat 
lebih drp  7 or 14 biji getah,

Kira2 lah mcm tu lah rasanya 
dan bahagian lawan pun sama 
7 lubang kecil dan 1 lubang besar

Suka tau main congkak guna buah getah 
dia punya bunyi bertembung 
sesama biji dia enak ! Then x berat mcm buah guli

Permainan congkak dgn buah guli ni 
dah kira moden sbb dulu2 org main congkak 
dgn buah getah !

Permainan congkak dgn buah guli 
pula adalah bermain dgn lubang congkak 
yg dibuat drp papan kayu yg tebal 
dan dibuat lubang-lubang 7 lubang kecil 
dan 1 lubang besar sebelah kiri 
dan begitu juga kanan nya 7 lubang kecil 
dan 1 lubang besar !

Kalau guna papan kayu besar 
xlah best mcm main guna buah getah 
sebab guli mudah melantun keluar 
drp lubang dan berat biji nya 
kalau nak banding drp buah getah

Sekarang ni permainan guli ,
permainan getah permainan congkak 
adalah semuanya permainan tradisional 
maybe ke arah di tinggalkan oleh sejarah

Apa nak di kata..

Dunia dulu kaya dgn permainan 

beramai2,Sekarang pulak main

game lama2 dalam phone !

Xder nya internet bagai,

Kalau nak berhubung pun 

dgn hantar surat dan guna public phone !

Hutan Rimba Mahuku

Salam kesegaran udara yg dihirup =)
Apabila petang tiba aku menjelajah 
dgn motor ku melalui jalan2 ada laluan 
yg teduh ada laluan yg panas =)

Sesungguhnya kesinambungan hidup 
ini adil dan saksama mungkin,atau kebetulan sahaja =) 
kita perlukan pokok2 utk menghirup 
udara segar dan teduh 
dan pokok memerlukan matahari utk 
lengkapkam hidupnya..

Kan lengkap mcm tu,
kita perlu pokok kitaran pula pokok 
perlukan matahari kita panas 
kalau kena mentari nak pegi jalan2 !

Setelah pokok dpt matahari dia akan 
menghasilkan oksigen teduh bunga dan buah 
kepada manusia then oksigen adalah 
udara yg segar dan karbon dioksida dihembus 
manusia dihirup pula oleh pokok..Hurm

Cuma aku nak cerita petang2 
aku melalui bukit kuang suasananya teduh 
penuh dgn pokok2 sejuk dan segar udaranya 
dan tiada pencemaran udara

Pun begitu ada juga pencemaran sampah sarap 
sebelah kirinya so bad dan pencemaran air 
juga berlaku so bad =(

Sesungguhnya hutan hijau sgt 
diperlukan manusia seperti aku ini 
sgt segar dan sejuk udara kalau banyak 
pokok2 yg rimbun

Dulu kg aku dan sekitar nya sungguh 
dekat dgn alam sekitar yg berhutan rimba 
sekarang dah x lagi kat mna la nak 
keadaan seperti dlu

Kalau kat bandar dah la byk bangunan2 
pokok just satu dua jer panas lah keadaan 
udara pun berhabuk tapi kalau ada pokok 
karbon dioksida drp kendaraan akan dihirup pokok =)

Tu lah pihak2 berkenaan kalau hutan pun 
dah diterokai tanam lah semula hutan 
agar saling kesinambungan akan terus terpelihara

Angin petang pun memberi satu lagi keselesaan 
kepada manusia tapi kalau angin ribut pulak 
ohh sgt membahayakan!

Aku kalau ikutkan nak buat rumah ada banyak 
pokok2 dan kalau aku diberi kesempatan nak tgk 
kelantan ni tepi kiri kanan jalan nya banyak sgt pokok2

Kalau byk pokok mesti teduh kan
tapi kalau ribut kuat mendatang bimbang 
jugak tumbang pokok2 begitu lah keadaan 
kalau ringan menjadi kwn kalau kuat menjadi lawan !

Suasana kehijauan bukan sahaja menjadi perhatian 
unggas rimba tapi makanan dan tempat perlindungan 
mereka semua =)

Bayangkan jika tiada lagi hutan rimba 
bagaimana dgn hidupan liar utk teruskan hidup 
kerana habitat asalnya telah di ambik oleh manusia 
yg terlalu mengejar pembangunan tanpa memikirkan 
tentang perihal unggas rimba ini dan hidupan hijau 
iaitu pokok2 =)

Semoga kita membangun dan membina 
contohnya bukit bukau yg diterokai 
mestilah dihijaukan semula !

Kata org, meruntuh sekelip mata 
dan membina mengambil masa =)
Dgn itu,alam sekitar flora dan fauna dan manusia 
saling memerlukan tiada yg boleh memisahkan lagi =) Ya.

Burung2 berkicau riang ria

Sesungguhnya kaya flora &

fauna amat memberi erti kepada

kehidupan kita .Selain menyerikan 

hidup, Juga memberikan Ketenangan !!