Saturday, November 28, 2020

Semuanya Kerana Duit

 Semuanya Kerana Duit


Salam semua,apa berita ?Hurmm kerana duit ,ada org kerana duit sanggup buat apa saja merayu merintih menangis ! Ingat masa kecik2 dulu kalau merajuk desak ma suh bagi RM 50 hinggit


Kerana duit org berniaga kecil2 bukak warung berniaga pisang goreng sanggup buat apa saja lah demi duit


Kalau cara x elok nak dpt duit terima rasuah jual dadah mencuri kedai emas merompak beg duit org  dan lain2 lah


Cakap bab duit ni x der sape xnak bermuka2 pun ada yg byk kat dunia ni org yg xder duit org yg ada duit jarang jer kita jumpa


Aku bukan apa pernah miskin waktu kecil2 dulu bukan dari family kaya so sampai lah sekarang sifat jimat cermat tu tersemat lagi sbb nya aku blm kaya !


Hurmm,mcm mna lah aku kalau dah kaya ? Lupa diri x ? Tapi aku rasa byk org guna tektik kotor kalau nak dpt byk duit mcm rasuah mencuri..entah lah !


Kalau cara baik nk dpt duit kena usaha tanpa jemu jual tu jual ni mcm sekarang jual produk kat facebook n mcm2 lagi lah utk dpt duit lebih


Aku rasa hanya aku yg senang nak dpt duit,tulis2 korang baca ,korang bagi duit ! Senang keluarga aku kaum kerabat n rakyat jelata cuma mintak dihalalkan semua duit2 korang tu..Amin3


Cuma nk mkn sorang mmg c hbis kalau aku x ckp aku kaya pun korang mesti tahu jugak n sering di war war kan di tv niaga hari ni mcm mna niaga esk mcm mna


Mcm artis lah jugak nyanyi buat album laris artis juga yg kaya,mcm aku jugak lah..x jelous ker =) Katanya aku pernah kaya dgn nyanyi so sekarang ni nak kata kaya aku ni sbb apa plak ?


Sempat buat jalan dgn duit nyanyi =)


Kalau ada duit hidup senang dlm byk aspek,ada org boleh jadi bankrup sbb duit buat lah  perangai kalau nak bankrup phiya oi =( Rezeki awk bagi sy anggap rezeki yg Tuhan bagi kat sy !!


Terima Kasih Semuanya =)


Duit byk sgt pun x best jugak sbb kena ikhlaskan hati nak bagi duit kat org sbb nak mkn sorang mmg x habis ! Kita bagi demo sampai buleh beli lah gelang kaki ,gitu kah sedekah ! Atau hadiah semata2...cuma ikhlas x hati ni =)


Kalau rezeki kaya seadanya kita punya tanggungjawab pun x besar x perlu nak fikir ke mana nak agih2kan duit tu hanya seadanya utk kita mkn sendiri !


X perlu fikir org lain ,mmg lah kita fikir susah senang tapi samada org nk hargai kita atau tidak, blm tentu lagi..tp xper kita buat bukan kerna org tapi kita buat kerana Tuhan !


Kita buat kerana Tuhan utk amalan yg akan di kira di akhirat nanti =) Hanya itu yg aku fikirkan,kalau kita nak fikir org samada org hargai kita atau tidak ,matlamat utama kita kerana Allah x ke mana !


Org ni kalau kita ada duit pandai jer nak ambik hati kita bukan ikhlas nak kwn tapi nak duit kita ! X gitu ??


Entah lah ,maybe aku belum kenal dunia ni mcm mna yg sebenarnya ada ramai yg hati nya tulus dan ramai hati nya busuk ! Dunia Oh Dunia


X mengapa lah,aku x mahu mengerti akan hati yg tidak setulusnya aku hanya mahu menganggap semua manusia ada hati perut dan kalau kita buat baik org akan balas baik jugak..Amin


Sox setakat itu sahaja lah karangan aku,moga2 aku jumpa insan2 yg tulus hatinya sahaja dlm hidup ku hanya itu harapan ku..Ya Tuhan Ku !


Kalau utk memberi kesedaran bahawa kecewa juga perlu ada dlm kehidupan ku biar hanya terserempak sahaja tapi bukan kebiasaan yg nyata..hanya itu ku harapkan pada Mu 


Hari sudah semakin gelap meninggalkan siang hari ini..so tinggalkan sejarah hari ini dan berlalu lah..dtg lah hari yg tenang buat ku dan hari yg bahagia buat diri ini..Amin

Kawan Perempuan Hanya Utk Perempuan

 Kawan Perempuan Hanya Utk Perempuan


Salam Bahagia semua..Erm.Sebut pasal kawan ,ada ker istilah kita pompuan kwn dgn lelaki ? Rasanya xde kot sebab kalau kwn ngan laki nk sembang pasal apa kan ??


Aku sejak dulu masa susah2 x pernah ada kwn pompuan bukan apa,payah nak cari kwn pompuan sebab x sebulu ! Perangai mereka semua x kita senangi so nak buat mcm mna kan =(


Mungkin juga aku belum temui kwn pompuan yg sebulu dn sejati tu yg aku tangkap rambang jer kwn ngan laki ,aku xnak lah cerita byk pasal pengalaman aku berkawan sudah tentu ada pro and kontra kan


Masalah yg ku alami selama ini x selesai2 memang aku memerlukan kwn ,mungkin juga aku dlm lingkungan masalah yg hanya aku yg faham dan sukar diceritakan !


Tapi apa pun jua boleh diharungi jika ada kawan2 disekeliling kita ,kata org berat sama dipikul ringan sama dijinjing !


Antara kawan lelaki dan kawan perempuan tiada istilah berkawan ! kalau rapat pun mungkin dipanggil kekasih dan kalau berjarak mungkin dipanggil kawan sekerja hanya sekadar bertegur sapa dari jauh sahaja


Dan aku wanita,sudah tentu aku punyai ramai kwn perempuan sebelum ini dlm hidupku,tapi disebabkan sesuatu yg berat terjadi dlm hidupku telah meragut persahabatan kami ! Apa nak dikata


Kini setelah semuanya aku harungi aku ingin bercinta lagi dgn kwn2 sejenisku sebagai kawan dlm mengharungi kehidupan yg penuh gelak tawa dan sama2 capai cita2 dan berjaya dlm hidup


Arahkan cinta sesama kami yg berTuhan Ya Tuhan bukannya hanyut x bertiang agama,sesungguhnya kwn ingin berkawan baik selama2nya


Jika ada permasalahan antara kami dan perselisihan faham antara kami cepat2 damaikan Ya Allah biar kami sama2 mengikat tali persahabatan yg abadi..Amin.


Aku berdoa semoga aku dapat kwn2 yg baik hati dan berjiwa suci utk tempuhi perjuangan dlm mengharungi kehidupan yg fana ini..Amin3.


Ya Allah,kurniakanlah cahaya kegemilangan cahaya kehidupan dan cahaya kebahagiaan kepada kami semua yg ingin mencipta kenangan manis bersama iaitu antara aku dan kwn pompuanku..Perkenankanlah Tuhan,Amin3.

Monday, November 2, 2020

Tiara Selamanya Cintaku

Salam Perkenalan semua 
dan Salam Silaturrahim,UntukMu Puteri..

Wahai puteri sang ayu 
tiada kasih sayang seindah wajahmu 
wahai sang puteri..Puteri Raja

Puteri raja jika wajah pun dah cantik 
malah cantik pula ijazahnya..lagi bagus..

Tiara yg ku ingini di letakkan di tahta wanita 
sangat cantik dan ibarat ratu cantik dunia 
yg bertanding sebaris jer semua cantik2 
dgn crown nya..

Jika ratu cantik dunia tinggi lampai 
tapi puteri raja famous juga di cintai 
dan disayangi dgn seadanya tapi semuanya 
puteri raja di dunia ini kenapa ye cantik2 semuanya..

Sesungguhnya puteri raja bukan sahaja cantik 
dan pandai pulak tu ada ijazah yg belum 
tentu ratu cantik dunia ada..

Tiara mmg diciptakan utk ratu cantik utk puteri 
utk permaisuri utk ratu utk pengantin baru 
dan utk anak2 kecil puteri ibu abah sambut hari jadinya..

Tiara yg sgt cantik ditahtakan kepada 
si ratu cantik dunia rambang mata melihat crown 
dan empunya diri yg sgt cantik..

Tiara utk puteri raja pula menambahkan 
keserian wajah dan crown yg di pakai
menunjukkan anda adalah ratu cantik yg asli..

Crown utk permaisuri dan ratu 
adalah kuasa dan sentiasa di hati rakyatnya..

Tiara utk permaisuri Aisyah 
sgt bermakna menjadi seorang permaisuri 
yg disanjungi rakyat..

Alah bukan puteri raja jelah 
boleh pakai crown org biasa pun boleh 
tapi crown yg bukan asli..Huhu =)

Macam org kahwin bersanding 
pasangan raja sehari pakai crown 
Wah! bertambah seri lah..

Kalau anak2 kecil pulak sambut hari jadi 
pakai crown jugak..Em merasalah 
bak puteri raja!

Wahai puteri raja,
Si putera raja sedang menunggu Mu, =)
 
Kalau Dah Nasib Tu Baik

Mesti Kata Org Apa Pun X Jalan 
 
Hati Sedang Gumbira Weh  Lot!
 
Mari2 Lah Kita Samo2 Doa
 
Biar Agung Kita ,Permaisuri Kito
 
Kekal Bertakhta ! Amin3...
 
Sihat2 Lah Hati Jgn Make Raso..
 
Bye2..
 
Mama Still Sayang Kito Ken =)

Ada Cerita Dan Ada Duka

Salam Al Kisah Yang Berlalu ,
suka sgt beli pensil2 yg macam jenis 
kat koperasi pemadam pun 
berbau wangi tu yg beli =)

Masa masuk library bertugas ker 
sbb pengawas pustaka pulak, 
xder keja lain mesti baca buku besar 
saiznya yg ada cerita2 dongeng mcm cinderella,

Zaman sekolah dulu aku aktif nasyid 
dan nyanyi tp selalu kalah bertanding..Huhu =)

Waktu fardu ain pulak mesti keluar sekolah
 beli keropok keping kedai tepi sekolah 
atau beli jambu batu =)

Yg paling malu pulak pernah kena tarik telinga 
dgn ustaz muda dan kena cubit ngan ustazah 
dan teacher dan didenda cikgu sains =(

Memalukan jugak dlu basikal aku 
tempat duduk dia hodoh bentuknya 
sbb ada spring tu yg malu nak naik,

Pernah jugak aku terjatuh beg dekat 
jambatan bukit kuang nasib baik sorang 
abg ni tolong turun sungai ambik beg aku..mmg 
kes la masa tu =(

Sekarang abg tu dah xder lagi kat dunia ni,
dah meninggal dunia...Al Fatihah.Amin3

Naik sekolah menengah aku x 
Pernah di denda berat cuma form 5 
sgt memalukan aku paling aku sedih =(

Disebabkan aku x lepas target 
matematik then aku kena junjung kerusi,sedih sgt !!
Tuhan jer tahu malunya aku nak nangis rasanya =(

Xper lah cikgu denda sy dan sy berjaya 
dpt A2 matematik pun bukan sebab cikgu 
tapi sebab sy usahakan nya sendiri

Thanks cikgu, lukakan hati sy =(
 
Gagal Berkali2 Dlm Hidupku

Membuatku Penat Dan Lelah !

Setelah Itu,Barulah Kejayaan 

Itu Datang..Bertimbun2 !!!

Masih Ada Lagikah 
 
Rendah Diri ?Buat Diri Ini ?

Sedapnya Menu Kantin Sek Rendah & Sek Menengah

Salam Menu2 Hangat,
Teringat zaman sekolah rendah dulu 
selalu dapat susu kotak yg kerajaan bagi 
kadang2 sekotak dan paling banyak 3 kotak =)

Waktu nak bagi tu, beratur cikgu bagi satu persatu 
em susu kotak dlu x mcm sekarang 
dulu2 kotak susu besar sekarang kecil2 je 
dan x tau budak sekolah rendah sekarang dapat 
lagi or tidak susu kotak !

Teringat jugak waktu pagi2 datang sekolah 
dapat RMT iaitu rancangan makanan tambahan 
bagi pelajar miskin so aku pun dapat =)

Kadang2 datang sekolah lewat nasi kadang2 
dah habis dan bunyi loceng waktu beratur 
tepi kelas so dah x boleh makan then terlepas lah =(

Ingat lagi mcm2 menu 
di sediakan pihak kantin sekolah 
terhadap rancangan RMT,

Semuanya sedap dan paling aku x boleh lupa 
nasi goreng dia yg ada kacang panjang 
yg di potong kecil2, Surely sedap !! 
Sekarang pun masih nak rasa nasi goreng tu
tapi kat mna nak cari ?? =)

Selain itu,waktu pagi dan waktu rehat 
ada jual keropok lekor Ya Allah Sedap Yang Amat !! 
Kat mana lah nak dapatkan keropok lekor 
yg rasa ikan kanji dan manis masin ikan tu 
yg secukup rasa..mmg puas hati beli 
cuma x cukup duit jer masa tu..Hurmm

Kalau awk semua nak tahu 
kadang2 sy suh kawan sy budak siam 
tolong belikan keropok lekor ..sedap nye lah 
keropok yg kantin jual

Sekarang dah x tahu nak beli dan cari 
kat mna keropok lekor sedap yg pernah 
sy makan dulu,rasa ikan rasa manis sedap sgt !

Lagi satu yg sedap kat kantin sekolah 
nasi yg dia jual nasi dgn ikan tongkol goreng pedas!

Ya Allah,sedap nye maybe rasa ikan 
yg direbus terlebih dahulu dgn garam dan gula 
bersama asam keping then di goreng pedas,

Sangat sedap sampaikan ma goreng pun 
dan kat kenduri pun x sma rasa 
mcm apa yg tuan kantin jual =)

Itu lah di antara kenangan 
masa zaman sekolah rendah =)

Dan apa yg sedap makanan di sekolah menengah 
pula mee rebus dia,Ya Allah amat menyegat rasa 
rebusan air bersama sambal lada pedas2 
dan bersama ikan bilis pun sedap 
dan bersama daging pun sedap =)

Mee rebus dia kuah nya xder 
campur apa2 pun dan rasa lada yg di blander 
ikan bilis daging dipotong kecil2 sedap sgt

Harga mee pun x lah mahal masa tu 
RM 1.50 rasa2nya then minum pulak air soya 
Oh kenyang then boleh teruskan belajar =)

Lagi satu koperasi ada jual biskut perisa ketam 
dan maruku mmg selalu beli ada juga 
beli gula2 hudsons perisa anggur

Em tu jelah kenangan menu2 
masa zaman sekolah rendah dan sekolah menengah !

Bye2 zaman sekolah,Kini aku dah berjaya 
dlm hidupku dan tertunai segala 
hajat sejak kecil dan remaja..Thank You Allah !!!
 

 Gula-Gula Hudson's

Yang Warna Puple2

Selalu Aku Makan !!!

Sedap Ker ??

Zaman Sekolah Menengah

Punya Cerita..HaHaHaHa,Hai..

Baby Katakan,Budak-Budak

Dalam Kasih Didambakan, 
Salam Mulia..budak2 dan baby2 kecik 
diorang punya hati suci bersih jer 
dan belum rosak lagi segala peribadi..Hurmm

Kata org,kanak2 itu suci bersih jer 
dan ibu bapa lah yg mencorakkan nya 
utk utk menjadi yahudi nasrani atau majusi

Dan budak2 ni ibarat kain putih 
maka ibu bapa lah yg mencorakkan nya 
untuk menjadi hitam atau putih,kalau 
dicurahkan hitam hitam lah dia kalau 
dicurahkan putih putih lah ia =)

Disebabkan budak ni yg mmg 
dilahirkan suci bersih maka ibu bapa 
jika ingin anak mereka berada di jalan yg lurus 
dan menjadi anak yg berguna di depan harinya 
kena lah ibu bapa dia yg cerdik dalam mendidik

Aku bukan nak berbicara 
tentang bagaimana mendidik anak 
atau bagaimana anak2 membesar 
sebab aku pun masih juga di panggil budak..Huhu

Bukan kepakaran aku buat masa sekarang 
untuk aku berbicara tentang apa jua berkaitan 
dgn budak2 apa yg aku tahu budak ni 
cepat belajar kalau di asuh =)

Budak ni nak nak umur 5 6 bulan apa jer 
benda kat tangan mesti nak masuk mulut 
entah2 dia anggap semua benda ni 
makanan ker kot..Huhu

Lagi satu budak umur 6 7 bulan ni 
maybe otak dia x seiras dgn 
anggota badan atau x seiras dgn 
kelakuan dan tindak balas dia =)

Contohnya,kita cakap kat dia bye bye 
tunjuk reaksi bye bye dia cuba nak ikut 
tapi otak dgr lain tgn buat lain..adoi2 mierah2

Tu yg aku cerita tentang anak buah aku mierah 
sekarang usia nak masuk 8 bulan dah makin 
tumbuh gigi dah membuas jer keja nya aktif sgt

Ada seminggu lepas dia demam kesian dia 
muntah2 nak nangis2 cuba kalau kita yg demam 
mesti nak di peluk2 ma jer letak kain basah kat dahi..Huhu

Budak2 ni dia x boleh bercakap 
mcm mna lah nak tahu apa2 yg terjadi kat dia 
baik or buruk dia just tahu ketawa 
dan menangis jer lah,itu sahaja !

Apa pun jua budak atau baby 
pembawa bahagia dlm berumahtangga 
kata org,penyeri rumahtangga..Btl Ker? Yer kan !

Baby punya alatan penjagaan dirinya 
semuanya wangi sgt kalau mak bapak 
ambik kisah kena mak ayah x ambik tahu 
busuk lah anak2 suci bersih itu

So,coraklah anak2 anda Okay =)

Buruk baik anak2 terletak di kedua2 tgn mak ayah !!!
 
Ibu -Ibu Engkaulah Ratu Hatiku

Bila Ku Berduka ,Engkau..

Hiburkan Selalu..

Semua Wanita ,Boleh Jadi Ibu Terbaik

Jika Di Anugerahi Anak,

Tiada Tangan Ibu Yang Tidak Mampu !

Membelai Anak2 Mereka Dgn Baik !!!