Thursday, October 29, 2020

Hati Permata dan Hati Suci

 Hati Permata dan Hati Suci

Salam Kasih Sayang,

Sepanjang sy hidup sendirian sejak dulu,baru kini hati semakin dekat dgn bahagia ,adakah bahagia milik ku? Perit pedih sakit terhina sedih semua sekali dlu pernah menjadi milik ku,adakah aku tidak layak utk memiliki bahagia wahai Tuhan ! InsyaAllah jika ikhlas dlm hati kan temu kebahagiaan =) Moga2,Amin


Jika anda insan yg punyai hati yg suci dan bersih sudah tentu anda akan tercari2 permata suci ,nilai lah sendiri anda di takat mna, sukar utk aku lakarkan harus bagaimana menjadi insan suci ,miskin xpe janji hati x jahat, kaya pun kalau jahat nak buat apa ! 


Anda kalau nak jadi idola dan disukai ramai selalu2 lah jaga hati didik hati semuanya tentang hati patut di jaga dan di sucilan dgn niat2 yg baik sahaja..ingat tu !


Kerana dari mana mata turun ke hati ,bukan rupa cantik sahaja dipandang org tapi hati yg suci sgt menambahkan lagi kecantikan,


Adakah ada punyai hati permata ? Hati yg tulus suci dan baik seketul hati itu baik lah segalanya =)


Hati emas tu dah terbaik tapi hati permata lagi suci murni ,Apalah nak dihirau kesakitan yg org berikan dekat kita asalkan hati kita jujur dan nurani yg luhur itu pun aset kita jugak utk bahagia


Biarlah org nak buat jahat kat kita pun asalkan kita x buat jahat kat org ,awak..carilah kebahagian dgn berbuat baik kat org kerana kita kena percaya 10 kita beri kebaikkan dekat org 100 kebaikkan akan dtg dekat kita 


Percayalah,x rugi apa pun kita berbuat baik malah hati makin bahagia kerana diri tiada dosa..Good !


Alam jua akan mengerti dan turut menari bersma insan2 tercinta yg punyai hati nurani yg suci ! Yes.


Tahniah sy ucapkan kepada anda yg telah terbuka hati menerima kehadiran sy di dunia ini  ,ini menunjukkan anda adalah insan yg hebat dan punyai hati yg terbaik dan cemerlang..Teruskan perjuangan ! Anda insan tulus dan bersih


Bukan senang nak jadi diri anda kerana di luar sana berapa ramai yg buta mata dan buta hati ,sekarang dalam diam anda menunjukkan siapa diri anda,Tahniah sy ucapkan dlm tempoh ujian ini anda mengambil kesempatan menunjukkan tarian anda


Anda jgn sedih kalau kita x bersma kerana ingat lah bahawa anda cukup mahal sebenarnya ,itu yg anda patut tahu ! Cukup mahal !!! Tahniah..jgn sedih dan be happy always

Monday, October 12, 2020

Jauh Buat Kita Celaru

 Jauh Buat Kita Celaru

Salam bahagia semua,apa khabar?

Jom kita citer2 tentang kehidupan !! Alam ini sudah berjuta tahun lamanya..sudah terlalu tua.


Pernahkah kita terfikir adakah alam lain selain dunia?Jika ada siapakah penghuni itu dan adakah ada alam lain tapi cuma kita jer yg x tahu !


Kita selalu tgk buku cerita budak2 cinderella,duyung,7 puteri turun dri kayangan dan alam kayangan ? Jika itu dogeng mengapa di sebut2 ? Tidakkah menutup kebenaran,


Em biar sajalah semua itu tapi aku nak cerita jugak ni kehidupan dgn cinta..kata org soal cinta ni jgn di buat main kerana melibatkan soal hati dan perasaan !


Bila hati suka masih x apa jika hati tgh happy masih juga boleh tersenyum tapi apa akan terjadi bila hati terluka ? 


Kata org luka di tgn nampak berdarah tapi luka di hati x siapa tahu !Dan luka perasaan kerana cinta juga boleh buat kita down sgt2 dan bahagia dlm cinta boleh buat kita bahagia sgt2 !


Cinta adalah anugerah Ilahi yg x terhingga nilainya..sgt bermakna,rupa x menjamin bahagia dlm cinta tapi tanyalah insan yg pernah bahagia dlm cinta sudah tentu tersenyum jer muka,riang ria sgt !


Tunggulah cinta anda cinta pengubat derita,derita menghadapi dunia ! Wahai wanita anda bertuah sgt dicintai kerana kasih syg yg akan dicurahkan buat anda !


Kehidupan kita di dunia ini adalah anugerah diciptakan oleh Tuhan utk ujian tapi hanya kita yg terleka dgn cinta kerana kehidupan ini sungguh indah


Walau pun aku sedih juga dgn cinta aku tapi ingatlah kdg2 kita boleh move on hidup kita tapi kalau x boleh ke depan anggap lah jgn tumpukan satu perkara sahaja dlm hidup ini kena tunaikan byk benda 


Berdoa lah semoga hidup kita sentiasa riang gembira zaman remaja hanya sekali so sekali hidup hai buktikan lah ! Carilah teman hidup sesungguhnya manusia perlukan teman utk kemudi kehidupan fana ini


Mama abah sekarang ni adalah zaman teknologi so eratkan hubungan dgn  mesej santai sesama family yg sporting dan memahami diri jgn sesekali pinggirkan keluarga kita kerana mereka adalah kekuatan kita 


Bersyukurlah apa adanya kerana hidup perlukan anda patuhi agama kerana agama itu jalan bahagia dan jalan kehidupan pada yg btl


So ,berbelit2 sy merepek ni harap kacau di kepala ni terbuang..Amin3 =)


Sayang sokmo2 x pernah x sayang !!!!

Thursday, October 1, 2020

Cadar

Hello2..
Cadar Yang Selesa Atau Cadar 
Yang Cantik..Sweet2 Gitu !!

Nak beli cadar jgn cari yg kain licin 
x selesa cari yg kain kapas,
tu semua org tahu kan ? Haha...cadar2

Dalam keamanan kah semua ? 
Salam kasih sayang, kat mana yer 
nak dapatkan cadar yg selesa yg cantik2 !

Pernah aku beli dan yakin adalah drp AVON

Ingat lagi masa sem 1 kat UPSI ,
pernah beli cadar murah kat pasaraya 
rupa2nya turun warna habis kotor 
dan lekat atas tilam warna birunya..aduh ! 
Rosak tilam org !

Nanti dah kwin kalau boleh 
aku nak tukar cadar kerap2 nak tukar gilir 
byk2 cadar macam jugak langsir berapa byk 
dan mcm2 warna apa itu x boleh lah 
aku bagitahu kat sini =)

Kalau cadar seminggu sekali langsir pulak 
2 minggu sekali semua org gaji yg buat tu semua..
bukan org gaji rumah yg buat kerja berat2 
tapi org gaji upahan yg bayar gaji hari2 
maybe seramai 3 org x termasuk org gaji rumah ku

Hidup ku muda remaja aje ! Happy2 Gitu..

Cadar dgn comfortable kita hantar dobi 
maybe tukar gilir 10 cadar tu pun jenis beza2 
corak warna jenama jantina dan harga =) 
Nanti dah lusuh kita beli baru lagi dan lagi 
apa macam ? Okay ???

Tapi satu jer aku xkan beli cadar yg kain licin 
apa tu org panggil kain linen ker? 
Aku akan beli kain kapas tu jer !  
Kalau kain licin nak letak kepala pun x selesa =)

Kalau boleh aku nak bilik aku luas jer ada aircorn 
mmg dah ada pun rumah tu tinggal nak tinggal 
dgn anak2 jer..org gaji, driver dan 2 org pengasuh
 yg berijazah itu lah depan hari hidup ku 
dlm 10 tahun ini ini yg entah bila

Pernah tgk x org kwin dlu2 
mesti hias bilik dan bergambar dan bergaya atas katil 
syok jugak  lah mcm tu tp sekarang ada lagi ke mcm tu ?

Cadar org kwin banyak yg kain licin 
kalau dlu2 warna tu terang benderang 
cadar nya..Huhu =)

Harapnya, biar lah kehidupan berumahtangga 
pun seterang benderang cadar yg di hampar 
sewaktu hari perkahwinan anda

Cadar OH Cadar !!!
 
Cadar Pengantin Baru Mesti Cantik2 kan???
 
Tapi aku jer susah nak cari cadar yg cantik2
 
Kalau ikutkan rumah kita yg org deko
 
mesti cantik jer !!! Pandai diorang cari cadar n lain2
 
cantik2 semuanya..aku yg belum di landa kecantikan..HUhu.

 

Nasi Lemak

Nasi Lemak

Hai semua...Nasi Ooh Nasi =)
Try nasi lemak lah dlu kata 
org nasi lemak ni sedap di makan 
breakfast dan sebungkus murah jer..Hahaha

Murah ker nasi lemak? 
Murah pun paling murah bukan RM 0.50 dah pun 
x mcm dlu paling murah sekarang pun RM 1.50 
dan paling sederhana harganya RM 3.00 Huhu =(

Selalunya kalau kita nak sarapan pagi 
singgah mana2 warung ker kedai makan ker 
mesti kita dpt lihat nasi lemak yg terbungkus 
2 3 4 bungkus atas meja yg di balut 
dgn daun pisang bahagian dalam nya 
dan luarnya kertas surat khbar lama 
atau kertas pembungkus makanan

Apa yg membuatkan nasi lemak ni famous yer? 
Kata org makan nasi lemak ni banyak kolestrol  
bahaya sgt ker utk kita semua makan selalu 
nasi lemak ni yer ?

Macam ni,nasi lemak ni nama dah pun lemak 
mesti lah byk lemak kan kat mana 
lemaknya nasi lemak ni kat nasi dia kwn,
nasi dia di masak dgn santan daun pandan 
santan tu lah lemak nya =)

Apa bahan2 dlm pembuatan nasi lemak ni  ,
firstly nak buat nasi dia kena ada beras 
santan daun pandan dan garam 
Secondly,kena ada telur rebus dan 
Thirdly,ada sambal ikan bilis 
mcm mna nak buat sambal ikan bilis?

Untuk sambal bilis tumis 
semua bahan cili kering bawang2 
yg diperlukan gula garam lain2 
dan sedikit perasa lepas tu masukkan 
ikan bilis then siap boleh dihidangkan

Kalau kita tgk nasi lemak dan nasi lain2 
bezanya cara bungkus,nasi lemak dibungkus 
segitiga dan nasi lain di bungkus dgn getah !

Seingat aku lah,nasi lemak sedap 
yg pernah aku makan adalah di kolej KAB 
di UPSI dan kat  Library UPSI sedap sgt =)

Sekarang masih belum jumpa yg lagi menyengat..Huhu =)

Bagi aku kan nasi lemak ni x mengancam 
kalau xder kacang tanah goreng kalau ada 
baru lah lengkap,ada nasi telur kacang tanah 
dan sambal ikan bilis !

Sedap sgt2 lah ! Nasi Lemak ni, Murah Murah !!
 

 Makan Nasi Lemak Xper

Yang X boleh Adalah Naik Lemak !!

Dan Pijak2 Kepala Orang

Tu Jgn Bagi Muka Tapi Bagi Selera Makan,

Xper..HuHU.

Rumah Kayu, Rumah Batu

Assalamualaikum semua,
sebelum tulis panjang ni 
adakah anda semua pernah tgk rumah buruk 
org kampung zaman dulu2 ? 
Yg dibuat dgn tiang kayu kecil dan berzink 
yang sudah pun buruk rumah tu ?

Teringat rumah aku dlu2 
miskin jer rumah dibuat dgn tiang kayu kukuh 
bertongkat tungku gagah bahagian setiap tiang2,
berzink dan lantainya drp kayu yg dipaku 
ada jarak 1cm 2cm bila mlm hawa dingin akan masuk 
dlm rumah sbb rumah x di lapis dgn 
tikar getah atau tikar lain2

Bila abah buat pinjaman loan 
baru lah merasa rumah batu tu pun 
x sempurna rumah yg siap sepenuhnya 
masih lagi boleh dipanggil rumah 
belum siap sepenuhnya

Rumah zaman dlu berdinding buluh 
yg disulam pun aku x sempat merasa 
dan pintunya di khat kan dgn sulaman 
pelbagai jenis khat bunga bungaan 
dan daun cantik sgt bila di cat =)

Dapur rumah aku dlu ada dapur kayu 
dan dapur gas pun ada tapi baru jer masa tu 
merasa dapur gas tapi kerap dgn guna dapur kayu 
dapur kayu pula guna kayu yg ma abah ambik 
kat kebun getah sekali wat balik 1 guni 
yg telah dipotong2 kayu getah tersebut !

Bila dah ada rumah simen iaitu rumah batu 
dapur kayu dah x digunakan kalau guna pun 
di hidupkan di luar rumah tapi rumah yg abah buat 
pelan nya x cantik mcm rumah org lain,
sambung lah kata kan disambung dgn rumah 
pusaka tok ayah dan nenek

Rumah yg x sempura itu ditampal mozek 
di cat pun x sempurna tapi boleh lah utk berlindung 
drp hujan panas Alhamdulillah syukur =)

Apalah nak heran rumah kat kampung 
begitu lah adanya tu pun dh syukur byk 
bagi aku dah cukup selesa berbanding 
rumah org miskin yg lain

Mungkin rezeki anak2 lah yg akan mengubah 
nasib ma ngan abah kerana abah pun dah nak pencen 
duit pun bukan byk coz buat bayar kereta 
yg blm habis bayar tu pun syukur rumah 
kat kampung x sewa mana2 harta pusaka pun ada 
4 5 tempat kebun2 dan sekarang adik2 nak buat 
rumah dah tanah2 bahagi sikit2 sorang

Di kampung aku masih lagi boleh hidup gaji seribu dua 
cuba kalau kat bandar gaji seribu dua menyewa 
rumah flat hutang kereta lagi maybe cukup2 makan jer

Kalau anak nak sekolah pulak hidup kat bandar 
mmg semua nampak kaya raya dan ramai 
org kaya raya tapi yg miskin pun kecapi jugak 
kekayaan bagi yg kaya pulak mmg senang lenang 
dgn kekayaan mereka

Segalanya ada dibandar besar 
tinggal nak kena ada duit jer 
ada duit semua boleh semua jadi 
rumah flat pun RM 500 sebulan belum api air lagi 
tu semua kena fikir duit makan minum servis kereta 
minyak kereta adoi pening kalau xde duit

So, kita yg masih belajar ni belajar rajin2 
biar dpt kerja baik baru hidup senang aman 
dan bahagia then boleh lah buat rumah besar 
pakai kereta besar dan mewah segalanya

Rumah simen ke rumah kayu ker 
yg penting kita ada rumah xde lah 
nak menumpang rumah org 
dan kita x menyewa ! Senang hati..

Bagi kami abah ngan ma cukup lah 
dgn rumah yg aku ceritakan td 
lepas tu rumah anak2 dia diorang sendiri lah 
kena usaha bina rumah sendiri

Dan adik2 pun dah besar panjang 
yg bongsu pun dah keja dah nurse kat Selayang 
then dah nak kwin pun =)

Rumah kayu yg cantik pun ada org bina sekarang 
tu pun untuk kekalkan tradisi lama takut di telan zaman 
so, mereka yg berduit membinanya

Selebihnya rumah batu yg terkini terus mendapat perhatian 
kerana kukuh binaan nya dan cantik harga pun berpatutan 
nak dibandingkan dgn rumah kayu bahan semakin sukar didapati =)

Sekian Dahulu cerita rumah kayu,rumah batu =)
 
**********************************
 Rumah Kayu sejuk diduduki di siang hari

dan 

Rumah batu sejuk diduduki di malam hari
***********************************