Tuesday, February 25, 2020

Bila Kapur & Marker Menari-nari

Salam Bahagia..
mengimbau zaman sekolah rendah dulu2
Teacher yg ajar aku dulu
suka sgt guna kapur utk tulis soalan
mesti berderet panjang soalan nya
yg sebanyak bilangan (10) soalan..

Kalau kat pejabat tu ada mcm2 warna kapur tulis
ada kuning,merah dan biru serta hijau
dan paling byk jumlah kapurnya adalah warna putih
sekali ambik kat pejabat,kapur putih sebanyak 4 btg,
Siapa yg ambik tu??? Ketua kelas.

Masa tu kan kecik lagi,nama pun sekolah rendah
ada juga curi kapur bawak balik rumah
terutamanya kapur putih utk jd cikgu x tertakrif
kat mana contengnya tu?? belakang almari meja study!!
HuhU..Guna pulak buku yg ada soalan2
Macam cikgu betul2 U !! Hahahahaha..

Tapi x heranlah,sekarang pun.. =)
aku dah jadi cikgu pun..tapi dah x guna kapur tulis dah
Tapi guna marker dah,,canggih dari dulu

Kalau dulu guna kapur habuk masuk mata,
guna marker senang tanggal kalau sapu dgn pemadam!

Bayangkanlah awk jadi cikgu dgn kerja2 lain
Sebagai contoh penoreh getah..kapur tulisnya
adalah pisau penoreh getah!

Seorang nurse pula kapur tulisnya adalah
jarum suntik !!! Seorang tentera pula kapur tulisnya
adalah senapang !!!

Keadaan ni tamat bila aku sekolah menengah
zaman sekolah rendah pun dlm darjah 3 4 5,
Teringat juga kawan2 selalu guna papan hitam utk
tulis apa2 jer tentang jamuan akhir tahun
papan hitam dihias dan ditulis ayat2..

Selamat Tinggal zaman olok2 menjadi cikgu
Sekarang aku dah pun cikgu,Tulis lah puas2 
kat papan hitam dan papan putih semahu2nya
Hahahahahah... =)

Yang x tahannya ,gaya sapu papan hitam dgn pemadan
Bergaya sungguh menyapunya dgn ayu sekali !
Hahahaha..

Selamat Datang sy ucapkan,utk anak2 didik
Semoga menjadi seorang guru yg hebat
jika itu cita2 kamu kerana ada di antara kamu
yg ingin dan minat utk menjadi seorang guru..Semoga Berjaya!!
Amin3..

Bermula dgn menjadi seorang murid dan Berakhir menjadi Seorang Guru !!!

Itulah dinamakan Cita-Cita,

Bermula di sekolah & Kembali ke sekolah.
 

Saturday, February 22, 2020

Kasih Yang X Sudah

Salam dermawan semua,
Apa lagi yg bisa sy katakan lagi
x dpt di luahkan dgn kata2 

Apa yg kamu berikan terlampau dan sgt banyak

Apa sebenarnya yg merasuk dari mu?
Apakah aku yg bersalah dan menghantui mu?
Dan apakah yg aku berikan adalah tenangkan hati mu ?? 

What Ever..

Ke mana hendak aku berikan limpahan kasih sayang mu pada aku ?
Aku kekadang turut terbuai kot lalai dgn penulisan ku 
tapi x aku fikirkan kesannya..

Duit dan harta bukan lagi ukurannya kini

Tapi semoga kamu juga pandai berbudi dan berbahasa 

dan aku hanya mampu menasihat supaya pandai2 lah 
menyimpan duit utk hal2 lain..

Ya Allah,kami hanya mampu berusaha 
yg menentukan hanya Kamu Ya Tuhan !

Nampakkanlah jalan yg lurus 

kepada kami semua Ya Allah ,
jalan yg Kau Redhai..Amin

Dulu2 penulisanku hanya sekadar suka2 sahaja 
tapi x sangka jadi mcm ni !!

Aku masih lagi dlm keadaan tidak sedar 

akan apa yg telah terjadi !!

Kamu jujur pada aku ! 
Kalau kamu x jujur kamu xkan limpahkan aku 
dgn duit dan harta !!

X perlu aku ragui kejujuran itu..TQ.


Cuma pintaku jujurlah mengatakan sesuatu 
jika x suka akan sesuatu itu tegurlah dgn berhemah 
dan aku juga berharap aku xkan melukai hati kamu..

Terima Kasih semua ,kerana awk sy masih terus menulis 
walau niat di hati nak menulis utk meluahkan perasaan jer 
dan sebagai kenangan jer..

Sy hanya mampu mendoakan agar s
y memberikan apa saja yg terbaik utk awk semua..Amin Moga2.

Sy akan selalu mendoakan awk semua 
dpt byk kebaikkan dan manfaat drp apa yg sy tulis kat blog sy ni..




Kongsi hanya ilmu moga2
Kongsi hanya kenyataan moga2
Kongsi hanya perasaan cinta moga2
Kongsi hanya impian dan cita2 moga2

Dengan adanya internet, tiada apa yg mustahil
Utk dikongsi sbb segalanya ada di sini..sila2 lah baca !!

Si Comel Pipi Merah

Salam Ukhuwah semua,
Nak bercerita tentang lori kepalanya
berwarna merah,

Dua tiga hari lepas aku terserempak
Dgn lori cute kepala lori tu warnanya merah
Sangat cute !


Kalau sebut pasal lori ni kan dlm kepala
Mesti terbayang badan dia yg tegap dan besar
Kegunaan lori adalah utk mengangkut tanah,

batu dan lain2 barang dlm kuantiti yg byk !

Sebut juga pasal lori kan,mcm2 bentuk kepala
lori ada yg cute , ada yg hensem 

ada yg sgt berfesyen kerana byk pakai aksesori lori,
Bukan lori jer,keadaan mcm ni juga berlaku 
pada kereta kenderaan lain2 dan motor 
byk berfesyen ikut tuan punya kenderaan

Berbalik pada lori,dekat kg aku byk lori lalu lalang 
sbb angkut tanah2 dari bukit yg aku nak ckp ni bukan apa..
byk memburukkan keadaan jalan dan udara 
kerana tanah2 jatuh atas jalan 
dan bila hujan jalan jd becak!

Udara juga jadi x segar dan dingin 
yg bersih kerana dipenuhi debu2 di ruang udara.

Apa yg aku nak ckp juga pasal lori ni 
dia punya kepala ada mcm2 dan 
pelbagai rupa bentuk sama mcm nanusia..
Ada mata ,ada hidung, ada kening, ada mulut ,ada telinga !

Cuba kamu perhatikan..ada semua tu!!!

Sebagai contoh telinga adalah 
cermin sisi kiri dan kanan.
Mata pula adalah lampu depan kiri dan kanan 
dan lain2nya juga ada =)

Perasan x awk semua kenderaan juga 
sama mcm manusia dan ada jiwa 
tp dia bukanlah benda hidup tp di ibarat seperti hidup!

Berbalik kepada lori yg aku jarang2 ni
Lori ni kepalanya bewarna merah ! Cute Sgt


Si Comel Pipi Merah yg menunjukkan 

bahawa si comel ini berwatakkan 
seperti lori betina bukan jantan !!

Kalau lori yg selalu aku jumpa 
adalah lori berwatakkan lelaki !!

Lori hantu pun ada you..mcm mna lah rupanya yer ?? 
Nak cerita pun takut.Selalunya lori hantu angkut tanah 
dari bukit tinggi dan angkut kayu balak !!

Tapi x nak cerita pasal lori hantu 
hanya nak cerita tentang lori merah muka cute jer !! 
Agaknya sepanjang jalan perjalanan menjadi senyuman 
bila berselisih dgn lori ini..HUHU.

Lori yg sentiasa dalam mood sentiasa cute 
dan sentiasa tersenyum dan comel yg amat

Apa yg kita perlu faham kenderaan ni 
mcm2 bentuk rupa.So, pilihlah yg bersesuaian 
dgn gaya dan selama mana kamu mahu menggunakan ia. 
Sesuai juga dgn bajet !!

So, sekian itu saja ingin ku bicarakan.

Walaupun lori ni comel mcm cute jer,
tapi yg pandunya bukan pompuan!
Lelaki yg pandu !!

Bagaimanalah mood pemandunya yer??
 X terasa ker mcm aura pompuan??

Huhu..

Apa pun,lori ni tetap membawa tugasan 
yg berat di bahunya..Sekian,,


Tuesday, February 4, 2020

Impian Dan Mimpi

Hello, Hai Semua..

Ada org jarang dpt mimpi kalau tidur
Ada org mimpi tu jadi betul2 dan kenyataan
Ada org mimpi sekadar mainan tidur..
Ada org mimpi ni petanda sesuatu 
yg buruk akan terjadi !!!

Sejauh mana kebenaran semua tu? 
Aku sendiri pun x tahu..

Tapi berbeza dgn aku
aku setiap malam bermimpi
maybe ada sesuatu yang x kena dlm hidup ku
itu semua agak2 aku sahaja
yang  sebenarnya tahu hanyalah Allah sahaja.
Pelik dan Ajaib Hidupku..

Kadang2 apa yang aku mimpikan adalah 
semuanya betul dlm hidupku
maksudku mimpi itu sama dgn kenyatan
seperti mana yang telah aku lalui dlm hidupku !

Kadang2 apa yang aku mimpikan adalah mengarut
semata2 dan angan2 kosong dan jauh terlajak drp
kehidupan sebenar yang aku tempuh dlm hidupku !

Seolah2 menunjukkan semua ini adalah permainan
tidur kadang2 perlu diambik serius dan kadang2 x perlu
dihiraukan hanya perlu diabaikan sahaja...Biarkanlah Berlalu!

Tapi aku x pernah menceritakan tentang mimpiku
kepada sesiapa pun,bukan biarlah rahsia semua tu
tapi malas untuk mengambil pusing,sesuatu yang belum tentu!

Pernah juga mendengar ceramah drp ustaz2
bahawa kadang2 mimpi ni ada membawa maksud !
Itu kena tanya pada org yg pakar lah..aku bukannya
selayaknya org itu..sekadar memaklumkan,itu adalah aku.

Bukan pada zaman sekarang jer tentang mimpi ni
yang membawa berita,tapi sejak zaman 
nabi2 kita dahulu lagi..boleh jer dipercayai..
apa yg diberitahui penilik mimpi pada waktu dan ketika itu.


Apa pun jua,yang kita perlu ingat mimpi mmg mainan tidur !
Tapi ,Impian dan Harapan Bukan Mainan Tidur !!
Tapi Sesuatu Yang Perlu Diusaha Dan Digapai !!!
Berusahalah dgn apa jua sekalipun Sehingga Dapat Apa 
Yang Diimpikan !

Zaman Usia Enam tahun

Hai Semua..
Ingat lagi x zaman kecil2 dulu??
agaknya kita umur 6 tahun ingat lagi x??
kalau berpandukan gambar kenangan 
dan dibantu gambar yg diambil 
ketika saat itu waktu dulu2,
mungkin kita boleh ingat 
tentang apa yg telah terjadi kan?

Masih segar lagi dlm ingatan 
aku waktu kecil2 dulu selalu merajuk ngan ma
sering buat perangai nak ikut ma pergi mana2
sering sepahkan kain drp almari bila mengamuk!
dan x pasal2 kena cubit dgn ma..Huhu.

Begitulah kehidupan di waktu kecilku dulu2
Kenakalan aku waktu usia 6 7 8 tahun amat lah sgt
dan bila x dpt sesuatu aku suka sgt mengamuk !!!
habis aku sepahkan kain baju..waktu tu,
adik2 pun tgh kecil2 tapi aku bukan seorang kakak
yg baik dan x suka bermain dgn adik2..

Selalunya aku bawak diri ke rumah kawan2
dan hanya tahu bermain sahaja..Bau badan 
x payah ckp lah,kalau balik tu..mmg kena mandi
Sental2 badan sebab daki..biasalah tu
main kuat dan berpeluh2 !!

Bila x sihat tu berhingus jer hidung
X reti pun nak jaga !
X mcm budak bandar mak2 mereka sgt jaga
Dan terjagalah mereka x mcm budak kg
Kotor dah besar baru pandai jaga

Kecil2 dulu mana tahu nak jaga badan.
Selain drp tu tubuh aku banyak sgt kudis2 
tumbuh meliar dan berbau busuk dah lah bermain 
tak pakai selipar dgn debu2 dan pasir2 !!!
Nama pun budak2 kan..sabar jer lah!!!

Lepas tu,kalau main2 masak2 tu 
guna pisau yg ma guna kat dapur 
lagi lah ma marah,kena lah pulak kejar keliling rumah!
Kalau kena tangkap nahas aku..Huhu.


Itulah kenangan zaman dulu2 masa kecil.

Pernah jugak merajuk dgn ma isi kain baju 
dlm beg duduk sembunyi dlm kebun tepi rumah
kononnya nak lari drp rumah lah,Aduhai Anak..
masa tu menangis sedih yang amat dgn sikap ma..Huhu.

Bila hari raya pulak,hanya ada satu rantai tgn gila2
milik aku,itulah dtg jer raya bru dpt pakai
maklumlah family miskin masa tu..kita pun kecil lagi !
baju kurung sepasang jer setahun tu pun masa raya jer !

=( 

Masih aku simpan gambar kenangan masa raya 
perut buncit aku masa tu usia dlm 6 tahun
pasal perut pulak selalu jer x sihat 
pelihara cacing dlm perut..

Sekarang dah besar panjang,tahu dah, cerdik!
belajar pun masuk universiti,sebagai cikgu !!
masa kecil tu kita masih bodoh dan x tahu apa2
biarlah semua tu..hanya tinggal memory jer tu semua,

Kini,dah dewasa..pandai dah bawak diri wlaupun
ada juga sedih dgn jlan hidup yg dilalui..Terima Kasih Tuhan !!

Agaknya,Masa Paling Suka

Adalah Zaman Kecil2,

Dan Zaman Yang Paling Indah

Adalah Zaman Remaja

Dan zaman Paling Manis

Adalah Zaman Dewasa

Rumah Zaman Dulu-Dulu

Selamat Petang Semua..
Adakah penuh keceriaan hari ni awk semua??
Sekadar bertanya,harap semuanya okay yer
awk semua =)..Huhu..

Hari ni nak bukak cerita tentang
rumah zaman dulu2..kalau ikutkan 
cerita orang zaman dulu2 dlm tv
rumah dibuat dgn buluh jer..
dikait2 dan di sulam2 maka jadilah dinding!

Selain rumah utk duduk sekeluarga
rumah utk simpan padi juga di bina
sebab zaman dlu2 mana ada org jual beras kan ??
sebab tu padi ditumbuk2 guna alatannya
maka jadilah beras !!

Selepas rumah dgn buluh timbul pulak rumah
dinding dibuat drp papan dan lantai utk duduk 
juga dibuat drp kayu! kalau rumah mcm ni
mmg aku sempat duduk !!

Rumah aku dulu sempat rumah papan !
Masa tu memasak nasi pun rebus air pun guna 
kayu api ! Susahnya kehidupan zaman dulu2
semuanya manual !! Aduhai..

Tapi kehidupan org zaman dulu2 aman bahagia
walau pun hidup di hujung kampung 
tiada internet dan line phone,masih lagi boleh hidup
x mcm kini kalau xder internet dan line phone
susah segalanya !!!

Itulah beza dulu dan kini !!!














Aku nak bercerita lebih tentang zaman2 dulu
aku sendiri pengalamannya sikit jer..
sekadar berkongsi apa yang tahu boleh lah
lebih drp tu aku sendiri pun kena diberitahu !!! Huhu

Semasa rumah kecilku dulu berasaskan papan
bukan rumah aku saja yg mcm tu
malah rumah jiran dan sedara mara pun mmg 
mcm tu jugak ! Boleh dikatakan begitulah hidup dulu2

Kalau tangga tu,kayu keras lah sikit !
pendek kata,makan pun bersila jer di atas lantai 
tanpa beralas!kalau beralas pun hanya tikar mengkuang
tu pun kalau ada !! HuhU..

Apa pun,zaman dah berubah
kehidupan semakin senang dan semuanya serba mudah
dan serba teknologi canggih dan serba moden
kehidupan yang susah jadi senang
tambah senang kalau ada duit !!!

Kehidupan sekarang,Kehidupan DUIT !!!




Kehidupan Dulu2 Mudah

Dgn Cara Manual

Tapi Kehidupan Sekarang 

Mudah Dgn Cara 

Teknologi Serba Moden !!