Salam Dunia.. ingin bengkongsi tentang minat saya minat dengan hijau dan nombor 7.
Kenapa aku minat dgn nombor tujuh? ada kaitan dgn tarikh lahir aku yg ada nombor tujuh kot!!Huhu..27hb 4 1987. Nombor ganjil ini,sgt cantik bg aku, kerana nombor ganjil ada kaitan dengan dulang hantaran iaitu 7 berbalas 5. Selain itu,solat sunat juga dibuat dgn bilangan ganjil.Tapi,mungkin aku sekadar minat sahaja dan tiada kaitan dgn kepercayaan apa pun..Nice gitu!!
Kenapa sy suka warna hijau?Jawapannya, hijau ni sejukkan mata memandang.
Tgklah pokok2 yg berwarna hijau bukan cerahkan mata jer tapi sejukkan suasana. Pokok keluarkan oksigen dan memerlukan karbon dioksida..Huhu.
Kalau dulu2n nak beli apa pun nak pilih apa pun mesti pilih dan beli warna hijau..sebab minat awk!
Selain itu,warna hijau ni ada di syurga.Warna hijau juga warna rumput..sgt cantik mata memandang.
Hijau itu Pertanian..hijau itu parti PAS!Haha.. selingan jer yg ni.Saja2..aku minat hijau bukan sebab pertanian dan bukan sebab pasti PAS di Malaysia. Okay!! Harap bebas dari tuduhan ini.HuHu..
Hello Dunia.. Nak cerita sikit ni, sewaktu kita sihat x rasa pun semua tu dan apa erti sihat,Tapi setelah kita dilanda sakit dan kesihatan x menentu barulah kita sedar akan erti kesakitan dan erti sihat. Macam akulah tgh goreng keropok terkena minyak panas kat tangan. Aduh! sakitnya..Tu baru minyak panas bukan teruk pun sedikit jer gelembung panasnya. Oh, Tuhan! Beginikah sakit? X tentu hala rasanya dan x leh berdiam diri sebab tanggung semua tu.Kalau time sihat, gembira jer ,x terfikir pun bila nak sakit, Bila nak terlantar demam! Demam seminggu pun panas badan cari ma jugak, Nak berdampingan jer dgn ma,Nak suruh jer letak kain basah atas dahi dan lap badan badan panas. Hurm,begitulah sakit. Tu belum rasa nazak nak mati entah macam mna lah rasanya yer. Gembira pulak menghilangkan rasa gundah gulana Kalau sehari x gelak,hilanglah warna warni kehidupan. Kalau boleh senyum dan gelak tawa biarlah menghiasi hidup kita agar hidup lebih bermakna. Kata org,sakit itu penghapus dosa.So,sabarlah hadapi keadaan yer.Time sakit ada juga kita rasa nak marah2 nak manja2 dgn org tersayang! Tu bagi org dewasa.. Tapi,bagi kanak2 kalau sakit apa2 asyik nak menangis jer.Cian kan..nama pun budak nak cakap x pandai tu yg just tahu menangis jer.
Budak kalau sakit kesian sangat,diorang just mahu di ulik2 dan diriba2.Kalau budak sakit mak ayah faham2lah,janganlah marah2.Kesian budak2 diorang kalau dewasa xdelah nak meragam. Semoga kita semua,menjadi insan yg tahu menghargai kesenangan,tapi jika berlaku juga kesakitan sabarlah wahai hati..Menghargai tu mcm mna?? Bersyukur.. Kita x tahu malang ni,Kata org malang itu tidak berbau! So,happy2lah selalu hargailah masa bersama insan tersayang! ketika saat ketawa bersama.. Sedih itu akan berlalu juga, Sihat tidak selamanya..Sakit pun tidak selamanya Ingat tu!!
Salam Peringatan semua.. Asap berkabus-kabus?? Apa yg sy nak cerita ni asap berkabus2 plak? Tiada lain awk bicaranya tentang merokok. Teringat zaman dulu2.Aku berjanji dengan diri aku sendiri xkan menyentuh kotak rokok dan rokok! Bukan apa,tandanya aku xnak dan menjijikkan diri, serta bersihkan diri daripada jadi hamba kepada perokok! Bagi aku,kalau nak merokok tu merokoklah tapi, jangan susahkan orang sekeliling anda.Ni yg rimas! Bila asap rokok dia hisap kita yg hidu!!No No No!
Wahai perokok ingatkah anda pada larangan merokok?Merokok boleh mebahayakan kesihatan anda! dan org sekeliling anda yg terhidu asap rokok.
Rokok boleh didapati dalam pelbagai jenama. Yg herannya mahal rokok pun org suka hisap lagi, Xkan berhenti pulak tu!
Apa istimewanya rokok dia jer yg tahu.
Rokok di buat dengan bahan2 yg boleh membahayakan kesihatan.Merokok juga sering dikaitkan dengan lelaki.
Wanita pun ada yg gengstar suka merokok.Tapi, harap2 wanita tu bilangannya sedikitlah sebabnya gaya pompuan hisap rokok ni lain macam lah !! Kalau boleh berhenti merokok lagi baik yer wanita2 di luar sana!
Kalau lelaki merokok org kata macho! Hurm..Terpulanglah!! Bagi yg kaya,beli rokok tu berkotak2 dan ada yg sekotak 1 hari merokok.Tapi yg x berduit dan datuk2 kita hisap rokok daun jer mereka semua xder bergaya macho ke apa! Bagi remaja di luar sana,anda dilarang merokok! bekerja pun belum,lepas tu habiskan duit mak bapak untuk beli rokok. Kadang2 dalam kawasan sekolah pun diorang merokok, memang x tahu takut langsung dengan undang2. Kesudahannya, x salah nak hisap rokok janji guna duit sendiri.
Wahai remaja di luar sana,Belajar pandai2 lepas tu kerja nak hisap rokok berapa banyak pun hisap lah.Xder sape nak marah! Sebab duit sendiri.Tapi kalau sakit tu tanggung lah sendiri !Ingat tu..
Ada yg kata,susahlah nak berhenti merokok..ketagih jugak! Jawabnya atas diri sendiri semua tu.Kalau mulut jer kata nak berhenti tapi hati kata nak dan buat! X jadi Jugak.
Terpulanglah tas kekuatan diri sendiri! Org lain x dapat ubah, melainkan diri sendiri jer yg boleh mengubahnya!!
Kerajaan bukan x bagi nasihat kepada yg merokok ni bukan apa kat tempat2 tertentu kita dilarang merokok. Baguslah!dapat disiplinkan diri jugak kan.. So,Akhir kata..merokok membahayakan kesihatan. Nak macho bukan kerana rokok tapi kerana budi bahasa dan baik perangai..So,Sedar-sedar lah..
Nampakkan,sign board ni?? kat mana selalu jumpa..buat ke x?? Lain padang,lain belalang!!
Hai Semua, Bercerita pasal sirih pinang. Ada beberapa kegunaan sirih pinang ni Dalam hantaran perkahwinan sirih junjung dijuangkan Macam2 gubahan sirih dibuat pereka hantaran perkahwinan.Cantik2 belaka gubahannya.
Kalau mak2 dan nenek kita dulu2 suka sangat makan sirih pinang. Kata aku makan sirih pinang ni boleh hilangkan bau mulut.Boleh cucikan gigi walaupun warnanya merah sebab makan sirih pinang ni.
Nenek2 kita dulu selain makan sirih pinang dia hisap rokok daun sekali.Ewah2,makanan ringan dia.Selain itu,makan sirih pinang x bagi kesan buruk kalau nak buang air besar atau kesat.Hurm,
Ni alkisah aku plak,Aku sekali sekala ada juga makan sirih pinang ni,Ala,olok2 jadi mak2 kan..Huhu.
Aksi makan sirih ni aku gayakan dengan kunyahan yg agak2 mcm gadis yakin dengan gaya gadis moden tapi ala2 cerdik pandai dan bijak yg tunjuk belang gaya gadis kampung!
Kalau kamu tahu tentang ini,Mana ada gadis sekarang yg nak buat action gaya mak2 yg makan makanan kuno ni tapi bijak!
Mungkin sebab aku gadis kampung tapi perwatakan aku gaya mak2.Haha..Hanya yg merasa jer yg tahu tentang action ini.
Bukan apa,saja2 buat gaya gadis kampung sirih pinang.
Selain makan dan berguna untuk hantaran perkahwinan, sirih ada digunakan dan dijadikan sabun dan seangkatannya.
Sirih pinang ni kalau nak tahu,di tanam naik junjung pokoknya. Pokok pinang pula tinggi mcm pokok kelapa dan buahnya berkulit oren.Cantik sgt warnanya..
Manakala,kapur dan gambir antara bahan tambahan untuk dijadikan sirih pinang.Kalau dulu2 buah pinang ada di jeruk,dan lagi sedap kot di makan bersama sirih. Mungkin byk kelebihan sirih ni.Cuma kita jer yg x tahu. Yang kita tahu sirih ni elok utk awet muda kalau memakannya,
Gadis2 kalau sekali sekala nak bergaya mcm mak2 tu try lah makan sirih ni nak nampak A+ pun boleh sekali pun makan sirih.Mak bijak jer makan sirih ni. Mak yg kelaut x makan sirih hanya mak A+ dan anak semua Doktor berani bergaya dengan sirih pinang ni.Silalah..
Walaupun hanya sekali sekala jer makannya,tu pun kalau turun ke kampung2.Sirih pinang memang makanan ringan yg digemari oleh nenek2 kita yg awet muda..
Sy gadis yg gaya mak2 kadang2 suka sirih sebab boleh hilangkan bau mulut!Sekian saja about sirih pinang!!
Hai Semua.. Bagaimana dengan halaman rumah anda? Ingat dulu2 masa sekolah rendah n menengah Ada jer masa nak tanam2 pokok2 bunga kan ingat lagi masa kecik dulu mmg halaman rumah sentiasa di ambil kisah,selalu sapu selalu tanam bunga. Nak tahu ker bunga apa yg aku dan abah tanam? bunga pukul sepuluh.Yer,lagi tanam bunga dalam pasu! bunga apa tu tanam dalam pasu?bunga kertas! Minat dulu2 x disemai sekarang ni,kata aku masanya belum sesuai.Nanti dah tiba masanya akan aku laksanakan jugak. Bunga pukul 10 tu aku dan abah ambik kisah sgt masa tu selalu jaga dan siram.Cantik sangat! Bila dia berbunga.Bunganya mekar bila pukul 10. Mungkin anda tertanya2 bagaimana rupa bunga pukul 10 ni kan? nanti saya tunjuk rupanya..
Inilah dia bunga pukul 10. Memang bunga ni berbunga mekar pada pukul sepuluh pagi. Yang ni tanam dalam pasu,tapi sebenarnya lagi cantik tanam atas tanah. Bunga ni nampak lagi cantik bila ditanam luas di permukaan tanah.Nampak cantik jer mekarnya! Sebenarnya aku dapat bunga ni dari kebun tempat kerja abah.Masa tu kami sama2 minat nak jga bunga ni. Minat tanam bunga sekarang telah terkubur dan terpendam! bukan xnak tanam lagi,bukan xder bunga lain nak ditanam selain bunga pukul 10? tapi keadaan dan mood x mengizinkan.Terpaksalah kuburkan minat! Lihatlah bunga ini,jika ditanam luas di atas tanah! Cantik sangat!!
Selain bunga ini,bunga kertas yg aku tanam. Tapi dalam pasu.Tu pun dulu2.. Kini,menunggu rumah baru,utk ku semai bunga2 lain juga.. Tengoklah,cantik sangat kan tanam byk2 mcm ni! Tiba masa nanti,aku nak kembali bercucuk tanam! Sekarang halaman kami x berbunga dah.Telah di bawa masa kami hanya fokuskan kehidupan penuh sibuk dan berlalu. Bunga pukul 10 ni masih boleh di lihat sbenarnya tapi bukan di halaman rumah aku ianya di tanam di halaman rumah mak saudara aku.. Cantik sangat bunga ni..bunga lain pun cantik juga! Tanam lah bunga apa pun,kalau dah namanya pokok bunga..pasti cantik lah! Harapan sy,semoga minat anda menanam bunga menghasilkan bunga2 yg indah! Dan Minat ini akan sy laksanakan nanti! tunggu masa jer ni.. Bunga kertas,Bunga ros,Bunga kekwa Dan banyak lagi bunga..semuanya cantik belaka. Selamat memetik bunga & baunya harum.
Salam Kasih Dan Sayang, Terjadinya semua ini,aku hilang kasih sayang semua manusia ,aku x dapat guna duit aku yg berbilion2 itu yg aku usahakan dgn blog, kerjaya aku yg sepatutnya aku kecapi zaman remaja aku iaitu usia 31 x dapat aku capai, pangkat dan darjat Dato, Tan Sri permaisuri x dapat pada usia 31.
Xdapat couple dan kahwin awal umur 31, X dapat mesej dan whatapps serta facebook walaupun ramai yang tunggu aku, rumah dan istana aku terabai, X ada kereta mewah,masih bawak bebanan perasaan , otak masih buntu,kebenaran belum terbukti, x dapat cinta dari mana2 lelaki dan tunggu sehingga tua2 semua.
X der duit belanja duk kg,baju semuanya buruk dan terkoyak seluar,still masih ada kad OKU, Still mkn ubat,still ke Klinik Psikiatrik HUSM untuk cucuk dan ambik ubat jumpe doktor, katil patah ,alatan peribadi di khianati ,ubat gigi, rambut wangi ,pencuci muka dirosakkan,
Still ada 3 hantu dalam tubuh kalau terlalu happy mata aku terbeliak,selipar nak putus, kuku kaki selalu berdebu,Makan sellau loya, kg ada JPJ xleh ronda ngan motor lagi.,kipas berbunyi, semuanya aku terlambat.Aku x dpt kecapi semua keindahan itu ada sebabnya.Still tv cerita hantu jer, malam2ku bertemankan hantu ,rancangan tv cacatkan otak, buletin utama dan cerita maksudku hanya bercuti di kg ,
X dapat kuar jauh2 dan bercuti best2 ke oversea ke, tiada barang kemas banyak2 dan mahal kat badan , di jamu radio dan lagu oleh org yg menagih dan nak kan cintaku tapi aku benggang!
X boleh pegang duit beribu2 kat tangan dan dalam dompet,sedihkan??,
Action yg nak buat hati aku cemburu ada jugak, sabar jelah hati,xde banyak aktiviti sihat dan banyak tidur,makan sikit tapi badan aku gemuk semacam jer!Tubuh aku penat dan lesu dan patah2 sebab di tetak di seluruh badan dan menjadikan tubuh aku cepat penat ,
Sarung phone aku buruk sgt2,head phone aku selalu rosak dah byk kali beli dan dia punahkan, ubat gigi aku separuh dia buang dan tinggal sedikit ubat gigi buat aku.
Buat aku marah lagi,aku x dtg haid dah lebih 6 tahun, kehidupan aku di biarkan bermain di kg sahaja dan fikiranku di biarkan buntu,aku dia buat kencing malam byk kali dalam 3 kali waktu malam.
Aku x buat apa2 kerja rumah kerana cepat penat dan malas.Bulan 11 ,12 air paip selalu tersumbat kalau musim hujan,susahnya nak mandi ,basuh baju dan ke bilik air,baju ku x bertukar dekat 7 tahun dah sbb xde saiz dan baju kat pasaraya.Duit pun xde. Barang2 mahal kat 1MALAYSIA.
Kurang kasih sayang drp awak2 semua. Sedihkan hidup sy sentiasa berada di bawah, then di timpa ujian berat begini,kemudian bahagia kian hampir menjelma,x kesampaian dan terpaksa menahan kesakitan dan kepedihan demi kebahagiaan Kau dan Aku.
Aku tidak boleh salahkan sape2 dan aku x berdaya. sudah nasib malang diri ku,aku terpaksa hadapi untuk yg pertama dan terakhir kali,
Sabarlah wahai diri,dan aku berdoa agar kau dapat hak kau dan sy dapat hak sy .Nanti kalau ada terlebih dan terkurang harap diampuni.
Dan putuslah perhubungan antara Tuhan dan hamba. Yang aku kesalkan adaalah semua insanku sayang akan alami tua ,dan masa mudanya x dapat kita bersama.
Lewat dah masa untukkita bersama menikmati cinta. Ini kerana takdir Ilahi.Aku Redha.Itu yang amat ku kesalkan sebenar2nya.Sangat Kesal!!Rambut semakin panjang, jodoh di tarik balik,kasih sayang parent hilang, rezeki tersekat,tiada emas permata dan duit..sekian,
Kesedihan Ini Terlalu Lama Entah Bila Kebahagiaan Akan Menjelma..Aku Masih Menunggu, Menanti Kau Menjemputku Untuk Berada Dekat Di Sisi Mu.. Kasih Sayang Terlalu Di Dambakan Datanglah Kau Pada Ku.. Ku Ingin Bahagia Bersama Mu..
Assalamualaikum semua, Ya Tuhan,sesungguhnya aku meletakkan duka lara hidupku ini di tgnMu Ya Allah,Hanya padaMu ku berdoa seikhlas hatiku,hanya padaMu lah yang Abadi !Amin Ya Rabbi..
Biar Takdir Dan Waktu Yang Menentukan!
Aku ingin menjadi yg Terbaik,Selalu Berdedikasi, Tegas dan Terpimpin ,Teguh Pendirian. Biar Ada Yang Membenci ,aku hanya mengharap diredhai,Jadikan lahaku ikhlasnya hati dan jujur perbuatannya!Kebenaran akan terbukti jua, Sepandai2 Tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua!! Kita tidak boleh menolak Takdir.Hidup ini Hukum Karma.Jangan dilupa cari Keberkatan. Tuah! Is Yours! Kalau Kita Buat Baik,Kita Akan Di Balas Baik ! Jika Ikhlas Dalam Hati Kan Temu kebahagiaan. Apalah yg dicari selain Kebahagiaan? Muka lawa Kalau Hati X Lawa,Xde Makna beb! Tapi Kalau Dua2 Cantik Dan Lawa,Lagi Bagus. GOOD! Kata Org Jika Kita X Pernah Rasa Derita, Kita X Kan Tahu Mcm Mna Nak Hargai Senang, Jika Kita Lapar Bru Nikmat Makan Nasi. Tapi Pastikan Kebenaran Bukan Keadilan! But Keadilan Dalam Kebenaran Very Good Jugak Lah!! He He..Anak Raja Pun keluar Istana Semata2 Nak Sakit ! Hanya Yang Bencikan Kita Yang Mampu Tamatkan Perhubungan Kita.Love Gitu ! Muah.. Bukan Kerana Hari Ini Bahagia Kita Bahagia, Tapi Kerana Kita Bahagia Hari Ini Menjadi Bahagia!! Semoga Bahagia Selalu Yer! Sy Bahagia,Awk Bahagia dan Sebaliknya.Amin 3 Aspek iaitu Jasmani,Emosi Dan Intelek! Lebih Baik,Paling Baik Dan Terbaik! Yang Kabur Akan Jelas Jua Nanti, Kuatkan Iman Dengan Doa! Setiap Something Itu Datang Dengan Pakej, Iaitu Ada Baik Dan Ada Buruk, So Nilailah Mana Satu Diri Kita, Sesuatu Itu Jika Milik Kita Andai Di Pisah Pun Akan Tetap Jadi Milik Kita,Dan Sesuatu Itu Jika Bukan Milik Kita Usahalah Mcm Mna Sekalipun Akan Tetap Bukan Milik Kita. Sebanyak Itu Usaha,Sebanyak Itulah Hasilnya! Biasakan Yang Betul Dan Betulkan Yang Biasa ! Ingat Tu.
Kalau Berkawan :4 KAWAN yg Baik + 1 KAWAN yg Jahat = Awk Jadi Baik. Kalau Berkawan:4 KAWAN yg Jahat + 1 KAWAN yg Baik = Awk Jadi Jahat.
Dari mana asalnya benang kalau bukan daripada kapas?Kitaa selalu dengarkan zaman dulu2 negara China menghasilkan benang daripada kapas?Zaman dahulu kala memang negara China terkenal dgn ulat sutera Menginjak waktu,sekarang mungkin kita x sepayah dulu untuk menghasilkan kapas daripada ulat sutera.Melihat kemodenan kini, mungkin jua kita akan terfikir bagaimana susah payah utk menghasilkan kapas drp benang dan benang di proses menjadi kain. Proses yg mudah atau susah utk menghasilkan benang sy sendiri tidak tahu?Bagaimanalah agaknya ulat sutera bekerja yer?He He.. Kini, telah moden mungkin menghasilkan benang begitu mudah.Benang boleh didapati dalam pelbagai warna.Ada Hijau,Merah,Oren dan sebagainya..Segulung benang amat penting!
Jika tiada benang,pakaian x dapat dihasilkan. Benang juga halus dan jahitan tangan akan sempurna jua..cubalah try buat yer!
Benang di buat di kilang.Prosesnya juga mudah mungkin?Boleh di beli dengan murah dan mudah didapati.Bagi tukang jahit benang adalah pensil manakala mesin jahit adalah buku..
Teringat ketika anak dara dulu,pergi belajar menjahit,habis punah semua kain nak buat baju, Jadilah baju yg paling hodoh!Hu Hu Hu..
Alkisahnya,habis SPM waktu tu,sementara tunggu result,Pergilah belajar menjahit, Dalam kepala waktu tu mcm2 ada!!!
Sehinggalah malunya baju sekolah Form 6 SMK Kamil,bahagian leher baju punah ranah dan hodoh sangat aku jahit gunting kan ia. Sebab aku x mahir menjahit,Dah lah First2 Blajarkan
Then baju kurung pun sama,aku jahit jahanam jugak! Hu Hu.So,Aku x tahu bilalah pulak aku nak belajar menjahit ni?Rasanya tempah kat butik je kot baju2 aku nanti! XKan menjahit dah! Xder Bakat U All!
Alkisah benang je pun,sampailah ke tragedi aku menjahit dulu2.Hah Ha.. So,Anda plak apa kisah dengan benang?? Nak jahit tangan kena ada apa??Jarum,Benang & Gunting.Taraa..dah siap,menjahitlah kome..Hehe. Guna benang pastikan sama colour dgn kain U All! InsyaAllah sembatlah mcm mna pun,asalkan x berlubang dan kemas jadinya.. Benang kena sentiasa ada dlm laci mesin jahit untuk kegunaan ketika perlu dan segera dgn jahit tgn, Selamat Menjahitlah wanita di luar sana,semoga kisah benang ini membawa impian anda menjadi suri yg hebat! Tiada benang jawabnya x berbajulah anda.
Benang sifatnya menangkupkan 2 helai kain, dengan bantuan jarum yg tajam.. Jadilah seperti benang yg menyatukan, Jangan jadi seperti gunting yg memisahkan!
Salam Sejahtera semua, Selamat Tahun Baharu 2019 semoga tahun ini menjadi tahun gemerlapan buat anda semua.. Saya dengan rendah hatinya mengucapkan selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki semua.. Tahun ini,bagi aku simpan semua memory lama dan tanamkan semangat ingin hidup lebih bermakna dengan menjadikan diri sendiri sebagai idola ramai.. Selamat menyambut kelahiran buat diri sendiri semoga anak2 mama membesar dgn sihat dan cerdas! Mama hanya inginkan yg terbaik buat kamu kamu sendiri kena ubah diri utk jadi lebih terbaik! Bersaing secara sihat di antara kamu yer..anak2! Mama sayang kamu semua..Muah! Buat anda di luar sana?anda bagaimana..dgn azam dan semangat lama lagikah?x mahu berubahkah? ke arah yg lebih baik?Semoga 1.1.2019 menjadi kenangan paling indah buat diri ini dan keluarga, Sayang kamu hingga syurga!Terbaik..
Bagi yg melangsungkan pertunangan & pernikahan semoga kamu kekal abadi until Jannah! Tahun baru ini bagi diri ini disambut seadanya Byk memory yg terjadi pada tahun lepas2 harap tahun 2019 adalah titik tolak kepada kebahagian dan kecemerlangan buat diri sendiri ini!
Ke mana hendak ku bawa haluan lagi kehidupan masih berliku,tapi Alhamdulillah! jika kita sabar Allah akan hapuskan dosa kita dan kita boleh menikmati hidup ini dgn tenang! Syukurlah!
Dengan itu juga,marilah kita semua sama2 bergembira di atas kecemerlangan lepas & harapan tahun ini dan tahun mendatang, KITA BAHAGIA LAGI! Salam 2019,Selamat Datang Tahun Baharu Impian & Harapan Di Gapai Bersama!!! Sayang You All..Sweet Gitu!