Monday, December 25, 2017

Diari Diri

Salam Citarasa..

Segala Apa Yang Aku Putuskan 

Tindakan Kamu Hanya 
Berfikiran Positif Dan 
Bersangka Baik2 Sahaja 
Tentang Itu Dan Itulah Aku !!!


Saturday, December 9, 2017

Keindahan Semakin Senja

Salam semua..
Dulu2 masa budak2 duk 
pulak di kampung
waktu tu main mcm2
permainan tepi halaman
berumput di hinggap pepatung
or lebih dikenali sbgai tuyup askar

Masa tu kita buat la perangkap
igat tuyup ambik batang kayu
panjang then ikat plastik
supaya berbentuk perangkap
so senang lah nak igat tuyup

Paling suka duk kampung
tepi jalan kiri kanan
penuh dgn hutan or semak
nak tahu apa aku jumpe??

Jumpe pokok kemunting
kalau ada buah yg masak
aku makanlah sukanya !!

Sekarang dah membangun
kampung aku jln kampung
yg dulu telah menjadi bandar
or highway then pokok
kemunting susah dah nak jumpe !

Seronok ingat dlu2 
kemunting,buah pokok kelapa
kecil pun aku makan
maklumlah tepi jalan kan
so nampak then cuma petik jer !

Kalau ingat balik permainan dlu2
ada mcm2 so kita main lah sampai
petang kan,seronoknya.

Main zero point dekcok main nusuk
main guli daun terup bergambar
batu seremban congkak dll

Sekarang dah besar semua
aku dan kwn2 ada 
yg dh berumahtangga dan beranak pinak

Begitulah kehidupan
sentiasa meninggalkan hari ini

dan menjelma pula hari esok
dan begitulah seterusnya.

Dari kita kecik zman kanak2
sekarang dh dewasa.
Biarlah andai begitu hakikat
kehidupan.Jika di hitung
dlm hidup ni kdg2 kita 
x boleh berharap utk hari esok!!

Tapi hari kelmarin sudah pun 
kenangan dan hari ini pula
nikmatilah dgn gembira dan
berbuat baiklah..

Kerana alam juga seakan
mengerti apa yg akan 
dan telah terjadi !!!

Kata org keputusan dan jawapan
kita seiring dgn pengalaman 
yg ada disemat dlm diri kita 
dan seiring dgn ilmu 
yg kita alami sebenarnya !!!





Otak ku Gembira !!
Otakku Girang !!!




Thursday, December 7, 2017

Kenangan Tercipta

Salam Kenang-kenangan
Sekarang semuanya baru aku perasan
contohnya msa zaman sek men
aku duduk dlm rumah jer
x kuar ke mana2..

Bila aku cerita tentang 
x kuar rumah mestilah
kulit aku masih terpelihara
drp hangus atau hitam kan??
Gebu gebas gitu ! Hu Hu

Mcm berat aku jugak
dlu aku chubby sikit2
seimbang jer ngan tinggi aku.

Itu biasa tapi apa yg aku
terlebih anggapan masa
sek men dan universiti
adalah berat aku.

Selalu aku rasa aku ini agak 
gemuk tapi hakikatnya 
berat dan tinggi aku
adalah seimbang!!

Ni bukan apa aku terlebih
tafsir kita mcm rasa kita gemuk
tapi hakikatnya x !!

Kalau sekarang pulak  aku
mmg btl2 gemuk, Hurm..

Bukan apa aku ni jarang 
tgk cermin  so x tahu sgt
tentang pandangan diri terhadap
diri sendiri..

Bukan itu jer nak citer
muda2 dulu aku rajin jer
semua aku buat hari2
dan x malas mcm sekarang,,

Kemas rumah,cuci bilik air
basuh pinggan dan lain2

Bukan apa,aku penat sgt
ngan kerja hari2 selalu susah
payah jer sejak dulu

Tapi sekarang ni lain,
aku dah selalu kuar rumah jalan2 
dlu kuar rumah pun x sampai
org kampung x cam aku ni anak sape

Bukan apa,jalan2 dpt hilangkan
tension aku dan buat aku gembira
dapat makan angin,
Ronda2 ngan motor..

Tapi aku masih 90% ilusi dan fantasi
Aku masih x tahu apa sebenarnya
terjadi mna bisa aku menghitung
kerana aku  masih di jln menuju
kedepan sedangkan utk menghitung,

Aku mesti tahu apa yg ada
di hadapan.Gelap gelita..




Sekeping gambar boleh mengsaksikan
segala2nya menggali segalanya 
kenangan dari ingatan 
tapi 100 patah perkataan belum tentu
dapat membuktikan segalanya..