Monday, December 25, 2017

Diari Diri

Salam Citarasa..

Segala Apa Yang Aku Putuskan 

Tindakan Kamu Hanya 
Berfikiran Positif Dan 
Bersangka Baik2 Sahaja 
Tentang Itu Dan Itulah Aku !!!


Saturday, December 9, 2017

Keindahan Semakin Senja

Salam semua..
Dulu2 masa budak2 duk 
pulak di kampung
waktu tu main mcm2
permainan tepi halaman
berumput di hinggap pepatung
or lebih dikenali sbgai tuyup askar

Masa tu kita buat la perangkap
igat tuyup ambik batang kayu
panjang then ikat plastik
supaya berbentuk perangkap
so senang lah nak igat tuyup

Paling suka duk kampung
tepi jalan kiri kanan
penuh dgn hutan or semak
nak tahu apa aku jumpe??

Jumpe pokok kemunting
kalau ada buah yg masak
aku makanlah sukanya !!

Sekarang dah membangun
kampung aku jln kampung
yg dulu telah menjadi bandar
or highway then pokok
kemunting susah dah nak jumpe !

Seronok ingat dlu2 
kemunting,buah pokok kelapa
kecil pun aku makan
maklumlah tepi jalan kan
so nampak then cuma petik jer !

Kalau ingat balik permainan dlu2
ada mcm2 so kita main lah sampai
petang kan,seronoknya.

Main zero point dekcok main nusuk
main guli daun terup bergambar
batu seremban congkak dll

Sekarang dah besar semua
aku dan kwn2 ada 
yg dh berumahtangga dan beranak pinak

Begitulah kehidupan
sentiasa meninggalkan hari ini

dan menjelma pula hari esok
dan begitulah seterusnya.

Dari kita kecik zman kanak2
sekarang dh dewasa.
Biarlah andai begitu hakikat
kehidupan.Jika di hitung
dlm hidup ni kdg2 kita 
x boleh berharap utk hari esok!!

Tapi hari kelmarin sudah pun 
kenangan dan hari ini pula
nikmatilah dgn gembira dan
berbuat baiklah..

Kerana alam juga seakan
mengerti apa yg akan 
dan telah terjadi !!!

Kata org keputusan dan jawapan
kita seiring dgn pengalaman 
yg ada disemat dlm diri kita 
dan seiring dgn ilmu 
yg kita alami sebenarnya !!!





Otak ku Gembira !!
Otakku Girang !!!




Thursday, December 7, 2017

Kenangan Tercipta

Salam Kenang-kenangan
Sekarang semuanya baru aku perasan
contohnya msa zaman sek men
aku duduk dlm rumah jer
x kuar ke mana2..

Bila aku cerita tentang 
x kuar rumah mestilah
kulit aku masih terpelihara
drp hangus atau hitam kan??
Gebu gebas gitu ! Hu Hu

Mcm berat aku jugak
dlu aku chubby sikit2
seimbang jer ngan tinggi aku.

Itu biasa tapi apa yg aku
terlebih anggapan masa
sek men dan universiti
adalah berat aku.

Selalu aku rasa aku ini agak 
gemuk tapi hakikatnya 
berat dan tinggi aku
adalah seimbang!!

Ni bukan apa aku terlebih
tafsir kita mcm rasa kita gemuk
tapi hakikatnya x !!

Kalau sekarang pulak  aku
mmg btl2 gemuk, Hurm..

Bukan apa aku ni jarang 
tgk cermin  so x tahu sgt
tentang pandangan diri terhadap
diri sendiri..

Bukan itu jer nak citer
muda2 dulu aku rajin jer
semua aku buat hari2
dan x malas mcm sekarang,,

Kemas rumah,cuci bilik air
basuh pinggan dan lain2

Bukan apa,aku penat sgt
ngan kerja hari2 selalu susah
payah jer sejak dulu

Tapi sekarang ni lain,
aku dah selalu kuar rumah jalan2 
dlu kuar rumah pun x sampai
org kampung x cam aku ni anak sape

Bukan apa,jalan2 dpt hilangkan
tension aku dan buat aku gembira
dapat makan angin,
Ronda2 ngan motor..

Tapi aku masih 90% ilusi dan fantasi
Aku masih x tahu apa sebenarnya
terjadi mna bisa aku menghitung
kerana aku  masih di jln menuju
kedepan sedangkan utk menghitung,

Aku mesti tahu apa yg ada
di hadapan.Gelap gelita..




Sekeping gambar boleh mengsaksikan
segala2nya menggali segalanya 
kenangan dari ingatan 
tapi 100 patah perkataan belum tentu
dapat membuktikan segalanya..

Monday, November 13, 2017

Terletak Ker Kasut Kaki Ku??

Salam Kasih Kasihan
ngomong2 kasut di kaki ku..


Hitam Menjadi pilihan
ke mana nak melangkah
pakai apa kat kaki??

Kasutku cantik
berwarna hitam
terletak jer kat kaki!!

Selalu pakai kasut atau sandal
mna2 pun boleh kerana
yg penting selesa dan cantik !!


Kita dan anak2 belanja kasut
besar ke kecil ker saiz
semua ada kat pasaraya kan kan!!

Kasut ni pelbagai jer jenama
ikut mna kita minat
jenama mahal ke murah ke
ikut kemampuan okay !!!

Kat pasaraya kalau aku lah
sekarang x berduit
so mna je aku tgk
sesuai ngan bajet..Ermm!

Kasut mahal ni selalunya
tahan lama dan lasak
korang byk duit beli yg jenama
ermmm ..selesa dan cantik kan???
Terletak jer...Hurmm.


Kalau kaki anda tu besar
sesuai pakai yg no heel
kalau kaki kecil nak heel 
sikit ke byk ke no hal
sesuai jer..kan kan???

Koleksi kasut byk org kaya
sgt banyak dan org miskin
yg x berduit cukup je sepasang
kalau dah rosak baru lah tukar baru,

Bagi org kaya  yg berduit
koleksi kasut mahal2
mcm kedai kasut pun ada
berlambak dan juga tersusun
letaknya so suka hati nak pakai
mana dulu..Hurmm!!

Kita ni bukan semua pandai memakai
alah membeli menang memakai
alah memakai menang membeli
u tafsir lah sendiri apa maksud i tu???
Harus kita ingat hidup ini kdg2
biasa dan kdg2 luar biasa..Hu Hu.

Friday, November 10, 2017

Bibir Merahmu

1) Milikmu Selamanya


www.youtube.com/watch?v=vMRNqtsw9bk

 





2) Asal Kau Bahagia


www.youtube.com/watch?v=py6GDNgye6k 



 

3) Bukan Dia


www.youtube.com/watch?v=DxsZR4dYiFY






4) Bukan Aku 

www.youtube.com/watch?v=_PRiXhsLvwc









5) Alhamdulillah


www.youtube.com/watch?v=T0saZo4OcQ




6) Selagi Ada


www.youtube.com/watch?v=9opVIpBw9wM 

Secubit Memberikan Rasa

Salam Sejati semua
hari ni ni ulas sikit pasal dapur
agaknya xder semua ni jd x masakan anda
cuba2 lah kita baca
agar tahu gunanya barang dapur
yg sy cerita ini =) Okay!


Pertama,gula digunakan utk 
menjadikan hasilan makan 
atau minum kita manis.
Maniskan dalam senyuman
itu lagi elok but kurangkan manis
dalam minuman.Ha Ha.Pengat
manis sedap di makan di makan
pula diwaktu petang..Emm




Kedua,garam sangat diperlukan untuk menjadikan
ikan goreng sedap di makan.Juga,menjadikan
masakan2 yg berkuah sedap dan ada rasa
untuk di makan bersama nasi,mee atau bihun.
Apa rasa garam iaitu masin.Kalau xder garam
xde maknanya ikan kering dan pekasam.
Ketiga,penambah perasa sangat banyak digunakan
untuk sayur goreng,gulai atau makanan berkuah yg lain.
Oleh itu,penambah perasa ini untuk seimbangkan rasa 
masakan.Penambah perasa peranannya untuk menambahkan
rasa sedap masakan.Tidak terlalu banyak kuantiti yg 
diperlukan ke dalam masakan hanya secubit cuma.Iya.


Keempat,asam keping digunakan dalam masakan2 tertentu
seperti kuah laksa pinang atau kuah laksa lemak.Lauk pauk berasam
pedas dan singgang.Hanya sekeping sudah memberikan rasa.Oleh itu,
dalam masakan seperti yg telah dijelaskan kalau tiada asam keping
memang kurang rasa yg sepatutnya melazatkan.Hu Hu.

Thursday, November 9, 2017

Emas Permata Diriku Ini

Salam Kilauan Emas Permata
Hal Yg Aku Ingin...$$$$$$

 Cincin Permata 
$$$$$$$$$$$$$


Rantai Leher Permata
$$$$$$$$$$$$$$$$$


Anting-Anting Emas
$$$$$$$$$$$$$$$$


Gelang Emas dan Permata
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Rantai Kaki Paling halus 
rantainya..
$$$$$$$$


Miliki Segalanya
Berduit dan Badan di saluti Emas!!!

Impian Dan Harapan IBU

Salam Kasih & Mengerti
Untuk anak2
mama tunjukkan ini
untuk keluarga kita
agar kita capai segalanya..okay!!

Supaya kita ada rumah
untuk kita berteduh dan tidur.


Supaya kita ada kereta mewah
untuk kita ke mana2 dan jalan2.

Supaya kita ada DUIT
untuk kita beli makanan2
supaya sihat dan kenyang anak2.



Supaya Kita ada selimut
daripada sejuk dan panas
untuk kita kelihatan cantik dan selesa.


 Supaya anak2 mama boleh sekolah
untuk terus melakar kejayaan dalam hidup
yer sayang..Jayakan Okay!!!


Supaya kita lebih ceria dan happy selalu
untuk kebahagian yg berpanjangan
berduit dan kita pergi bercuti.


Akhir sekali,semoga kita selalu bersama
untuk lebih bahagia dan bermakna
di samping mama dan kita satu family.

Saturday, November 4, 2017

Melukis Biar Masa Kecik

Salam Kasih Sayang 
Sesungguhnya waktu yg ditunggu2
sgt jauh di mata
dan entah bila kan menjelma.

Aku masih yg dulu yg ketinggalan
dari segala segi pun.

Entah apa lagi yg dapat
kucoretkan  dgn pena ini
hanya kisah yg pernah dilalui
bukan melalui kebahagiaan yg
masih jauh di hadapan.

Usahlah,diceritakan  apa
yg masih jauh di hadapan.

Andai katalah kebahagian di
hadapanku adalah hari ini
pasti banyak  yg dapat kucoretkan
di atas kertas ini..

Tapi,segalanya hanya angan2
dan bukan kenyataan.

Tanggal 3hb 11 2017,Jumaat
aku setelah menjawab exam online
dri SPA8i utk jawatan..
Pegawai Takbir & Diplomatik

Entahlah ,lulus atau tidak
kalau lulus akan dipanggil 
ujian kecergasan pulak
maybe dlm bulan 1 2018

Doa2lah ,semoga aku dapat 
kerja lah x kisah kerja apa pun
okay!!!!

Pensil utk anak2
semoga jadi anak yg baik
berilmu dan bertakwa

Sayang mama utk anak
sampai besar panjang
then besar jadi kwn mama

anak2 bahagialah di sisi
esok masih ada
usaha sampai jaya yer syg!

Thursday, November 2, 2017

Buah Idaman Kampung

Salam Rindu-rinduan
Apa Khabar Dunia..

Ceri-ceri Ladies
Cantik Kek Dihiasi Merah
********************

Betik Pelawas Yang Baik
Ditanam tepi rumah Oh oren isinya
**************************

Mangga Bermacam Nama
Dari Thailand sgtlah byk
*******************

Kiwi Kalau Yg Muda Pahit Kelat ker???
Pernah sekali aku makan..Oh!!
**********************

Watermelon or Tembikai
Hilangkan Dahaga Di Musim Panas!!!
***************************

Oren Buah Tangan Utk Pesakit
Oren Sunkies Masam Manis jer
************************

Rambutan Berbulu di luar
kalau dijadikan "jus rembutan" Bagaimana rasanya.
***********************
Jus Durian Belanda 
Baru Nak2 Famous di M'sia
*********************

Buah Yang Di Makan

Salam Kasih Sayang
Tentang Buah !!!

Strawberry Kehidupan
Masam Boleh Bersama Coklat
***********************











Kuning Kelat Rasanya
Tertanam Belakang Dapur
********************

Kuning Dan Bersikat
Makanan Kegemaran Monyet
***********************

Raja Buah
Boleh Jadi Keguguran kalau mengandung
*******************************
Anggur Menganggurlah Jawabnya
Pupple warnanya
*************
Manggis putih isinya
5 kelopak di luar 5 lah isi di dalam
**************************
Durian King Kuning isinya
Raja Segala Buah
Berduri Kulitnya
*************

Tuesday, October 3, 2017

Indah Dapat Dirasa









Salam Kasih Sayang
Sedih Pilu Suka Duka
Telah Berakhir 








Dan Kini Hanya Tinggal Sisa2
Perjuangan Yg Hanya Menunggu
Hari Utk Melepaskan Tekanan
Yg Ada,,
Setelah Penat Perit
Perjuangan Kehidupan Silam..

Rintangan Dan Halangan DiRempuh

Salam Bahagia semua..
Kdg2 sesuatu itu harus dibiarkan 
pergi berlalu..
kerana kisah terlalu byk 
utk ditangisi
setiap apa yg pernah dilalui.
Ada suka ada duka
kdg2 kisah yg terjadi dlm hidup ni 
dtg dari dugaan yg kita  tahu 
akan dtg  dugaan  dan 
ada yg kita tidak terduga.

Ada dugaan yg kita  terima kenyataan  
dan ada yg ringan.
Ada pelbagai  jenis dugaan 
ada manis dan ada pahit.
Andai kata lah manusia ni 
memberi  masalah mungkin 
kita terfikir  kenapa Tuhan menciptakan kita  
sudah tentu juga Tuhan sendiri tidak mahu 
kita  ini menyusahkan hidup Nya.

Maybe Tuhan merasai pahit  manis 
kerana menjadikan kita manusia  ini hidup.
Kita x tahu, sedangkan  
Tuhan tahu segalanya.
Bersyukur kita manusia  
diberikan hidup  dan bertakhtalah  Tuhan 
segala hasil  yg dipungut  dari manusia.

Setiap hari kita melalui hidup kita 
tempuh mcm2 dugaan  dan pelbagai cerita  
kdg2 suatu kenangan  itu berlalu pergi  begitu sahaja  
dan ada yg terpahat  kukuh dlm ingatan.
Utk kenangan terpahit  sudahlah pasti
mengalirkan air mata kita dan sebaliknya 
bagi kenangan terindah  yg buat kita tersenyum riang.

Apa jua, hadapilah dgn tabah 
dan setiap sesuatu  hdapilah dgn  senyuman.
Berpautlah pada Allah .
Berdoalah selalu dan niatkan yg baik2 sahaja ya 
supaya hidup kita  dlm rahmat Allah dan diberkati Ilahi.

Sekianlah,utk kali ini..berserah 
pada Ilahi setelah berusaha dgn gigih !!!











Monday, September 4, 2017

Belenggu Diri Ini

Salam Berita Sedih

1) Kes dgn polis dan berkaitan Lokap















2) Jepun potong jari















3) Skandal  ngan laki yg bodoh dan sesat 
    yg bukan lelaki sejati
















4) Kes kekecohan dgn polis dan berkaitan penjara
















Hidup ini susah kalau kita cari susah
Hidup ini susah kalau kita x berjaga2